APM Limbang

APM Limbang

Share

Hotline/Talian Kecemasan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang, 085-210471 (24Jam)

Photos from APM Limbang's post 05/27/2026

KES POKOK TUMBANG (PT)

SELASA, 26 MEI 2026

LIMBANG: Skuad Alpha Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang berjaya mengalihkan sebatang pokok tumbang yang menghalang laluan utama di RH Imau Batu 9, Jalan Kubong Limbang, malam tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada jam 8.22 malam. Bertindak atas maklumat, empat anggota Skuad Alpha yang diketuai oleh Pbt. (PA) Muhamad Hazmi Bin Morendi segera bergerak ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 14 kilometer dengan menggunakan logistik JMC LRV.

Setibanya di lokasi, anggota bertugas mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menutup sepenuhnya laluan utama sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas. Skuad Alpha bertindak pantas melakukan operasi menebang dan mengalihkan sisa pokok tersebut ke bahu jalan secara bersama-sama dengan agensi SESCO. Setelah memastikan jalan utama kembali selamat untuk dilalui oleh kenderaan, operasi ditamatkan sepenuhnya sebelum skuad bergerak balik ke PKOD.

Keselamatan dan kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan kami di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Pihak APM Limbang sentiasa bersiap sedia 24 jam sehari untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk ancaman keselamatan atau bencana demi ketenteraman awam.

Jika ada kecemasan, jangan ragu hubungi APM Limbang di talian (085-210471) atau talian kecemasan MERS 999.

"WIRA BIRU"
"APM SELAMANYA"
"SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI"

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
LIMBANGfm
Mohtar Samat

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM LIMBANG

05/27/2026

πŸ•‹ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M πŸ•‹

Segenap warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya buat warga Limbang dan seluruh anggota penyelamat di barisan hadapan.

Hari Raya Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar, keikhlasan, dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Semoga sambutan pada tahun ini membawa keberkatan dan memperkukuh semangat perpaduan sesama kita.

Kepada semua warga Limbang yang pulang ke kampung halaman atau melakukan perjalanan, pandulah dengan cermat dan utamakan keselamatan diri serta keluarga sepanjang musim perayaan ini.

β€Ž"WIRA BIRU"
β€Ž"APM SELAMANYA"
β€Ž"SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI"
β€Ž
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
LIMBANGfm
Mohtar Samat
β€Ž
β€ŽUNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM LIMBANG
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž

Want your organization to be the top-listed Government Service in Sarawak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Limbang
Sarawak
98700