Laman KPIPM
Sebuah laman rasmi bagi Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir menyalurkan maklumat dan makluman kepada seluruh ahli dan rakan page.
VIDEO | KALAM SEMANGAT & COUNTDOWN IMTIHAN FASA DUA
Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2025/2026
⏰ 1 Hari Berbaki ‼️
Berikut adalah Kalam Permata daripada Ustaz Johar bin Zainal Abidin, yang merupakan Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak. Video ini bertujuan untuk meniupkan seruan semangat kepada mahasiswa/wi Universiti Al-Azhar yang akan menghadapi imtihan bermula esok hari.
Moga terus istiqamah dalam menuntut ilmu.
Bersama kita jayakan kempen 'Mumtaz Maan'
"Langkah Seiring, Kejayaan Menanti"
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
15/05/2026
REPOST | GALAKAN HARI MUZAKARAH BERKELOMPOK DAN AMALAN SUNAT HARI JUMAAT
BIRO DAKWAH DAN TARBIAH KPIPM SESI 2025/2026
Firman Allah SWT:
وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran"
(Surah al-'Asr, ayat 1-3)
Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2025/2026 sukacitanya menggalakkan anak-anak Perak untuk sama-sama menghadirkan diri ke Muzakarah Berkelompok dan melakukan amalan sunat pada setiap hari jumaat.
Semoga setiap perkongsian ini menjadi asbab bertambahnya kefahaman, meningkatnya ketakwaan, dan dikurniakan keredhaan Allah SWT.
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
14/05/2026
POSTER | UCAPAN SEKALUNG TAHNIAH
Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2025/2026
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir mengucapkan sekalung tahniah kepada Ustaz Ihsan bin Nasran atas penganugerahan pangkat Mumtaz dalam Ijazah Sarjana (MA) Syariah Fiqh Am, Kuliah Dirasat Islamiah, Universiti Al-Azhar.
Semoga ianya menjadi pembakar semangat untuk kita terus berjuang dalam mencapai kejayaan di sini.
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Cairo