Suriati Ibrahim
Perunding Harta Pusaka (Faraid, Wasiat, Hibah, Wakaf)
Perunding Keluarga
10/06/2024
Sebelah PAGI saya ke mahkamah utk Failing Hak Jagaan Anak. Anakguam setuju menyerahkan hak jagaan penuh pada ex husband. dia just nak ambik hak akses sahaja. pengorbanan seorang ibu. sebab apa dia bagi hak jagaan pada ex husband? sebab tak mau bergaduh..so dia decide nak detailkan hak akses supaya dia blh pantau anak dia sekerap yang mungkin..so kami discuss and detailkan hak akses..semoga ex husband anak guam saya bersetuju dengan tuntutan hak akses tersebut.
sebelah PETANG pulak ke mahkamah untuk tarik kes Fasakh. kenapa tarik kes? Alhamdulillah saya kira saya berjaya selamatkan rumah tangga yang mencecah usia 38 tahun. siapa saya untuk nasihat mereka yang sebaya dan seusia mak ayah saya. tapi alhamdulillah setelah berbincang untuk kesekian kalinya dengan Si Suami anak guam, si suami berjanji akan berubah dan anak guam setuju tarik kes dengan beberapa syarat. semoga hubungan rumah tangga anak guam dan suaminya bahagia hingga akhir hayat. semoga Allah beri mawaddah dan rahmah dalam keluarga kita semua..
Si suami berulang kali ucap terima kasih sebab menjadi "orang tengah" dan selamatkan rumah tangga dia..semoga ada sinar utk peluang kedua yang si isteri berikan.
"BAHAGIA KITA BILA ADA YANG LEBIH BAHAGIA DARI KITA"
Bulan puasa ni ramai pulak y nak fail kes Hak Jagaan Anak...sbb apa?sbb berebut nak raya dengan anak....😅
03/03/2021
Rumahtangga...~~~
Bila kurang sentuhan akan kurang kasih sayang
Bila kurang kasih sayang akan mendorong ke arah perceraian
Bila tidak dilepaskan membuatkan rumah tangga bergoyang dan mulalah pertengkaran harian.....
The power of comunication is important....
Sama2lah jaga rumahtangga kita....
29/11/2020
Apa yang boleh dituntut selepas BERCERAI??
SUAMI atau ISTERI dua-dua ada hak menuntut di mahkamah selepas bercerai..selalunya isteri yang banyak menuntut hak di mahkamah. Sebab apa? sebab normally isteri yang lebih terasa effect selepas bercerai..
ISTERI boleh tuntut banyak benda selepas bercerai. Antaranya NAFKAH IDDAH, MUTAAH, HARTA SEPENCARIAN, NAFKAH TERTUNGGAK, HAK JAGAAN ANAK dan NAFKAH ANAK.
SUAMI pun boleh tuntut HARTA SEPENCARIAN dan HAK JAGAAN ANAK. Tapi tak boleh tuntut nafkah iddah dan Mutaah. Sebab Iddah dan Mutaah adalah hak isteri sahaja.
So, apa lagi..jika ditakdirkan hampa dh bercerai, boleh p mahkamah buat tuntututan di atas....:-)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Alor Setar
06550
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 16:30 |
| Tuesday | 08:30 - 16:30 |
| Wednesday | 08:30 - 16:30 |
| Thursday | 08:30 - 16:30 |
| Sunday | 08:30 - 16:30 |