Kedah.my
page kedah.my untuk aktiviti setempat dan negeri kedah. pelbagai aktiviti dan program akan dipromosikan demi masyarakat negeri kedah..
29/04/2026
DAULAT TUANKU.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Sebenar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.Sultan Negeri Kedah Darul Aman
30 April 2026
12 Zulkaedah 1447H
Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku
dan dikurniakan kesihatan berpanjangan
Sembah Takzim Dari
Kedah.my
29/04/2026
PADANG SERAI, 29 April – Suasana meriah menyelubungi Perkarangan Econsave Padang Serai apabila Dianggarkan hampir 5,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Pembukaan Rasmi Econsave Padang Serai yang berlangsung hari ini.
Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB Khairul Anuar Ramli ( ADUN LUNAS ) yang turut menyambut baik kehadiran pasar raya berkenaan sebagai pemangkin ekonomi setempat serta memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna di kawasan ini.
beliau berkata pembukaan Econsave Padang Serai bukan sahaja memberi kemudahan membeli-belah kepada penduduk sekitar, malah berpotensi membuka peluang pekerjaan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi tempatan.
Sementara itu, Pengurus Econsave Zon Utara, Encik Zamzuri Bin Mansor berkata, pembukaan cawangan baharu itu merupakan komitmen syarikat dalam menyediakan barangan keperluan harian pada harga berpatutan kepada masyarakat.
Menurut beliau, pihak syarikat sentiasa menitikberatkan penawaran harga kompetitif, promosi menarik serta suasana membeli-belah yang selesa demi memenuhi keperluan pelanggan.
“Kami berharap kehadiran Econsave di Padang Serai dapat membantu warga setempat mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih berpatutan, di samping memberi pengalaman membeli-belah yang terbaik,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian.
Beliau turut memaklumkan bahawa syarikat akan terus memperluaskan rangkaian perniagaan di kawasan strategik bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang ditawarkan.
Majlis pembukaan tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik, promosi Pembukaan khas Selama 4 Hari Bermula 29/04 - 03/05/2026.pembukaan Yang Diterima Dengan sambutan luar biasa daripada orang ramai yang mula hadir seawal pagi Hari Ini..Terima Kasih Untuk Pengunjung Yang Terus Menyokong Kewujudan Econsave Dimana Jua Berada Terutama Di Padang Serai Ini Sendiri
Econsave
Click here to claim your Sponsored Listing.