Titimerastore
TITIMERAH SDN. BHD. (1380810-M)
OUR SERVICES:
CUSTOM MADE/ READY MADE
-TSHIRT/COLLAR/CORPORATE/
17/04/2026
TITIMERAH DAN LERASTA, PENAJA RASMI KEJOHANAN SUKPEN 2026
15 APRIL, ALOR SETAR, KEDAH – Kejohanan Sukan Pentadbiran Negeri Kedah (SUKPEN) 2026 secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik bersama TITIMERAH SDN. BHD. sebagai penaja rasmi bagi edisi ke-11 tahun ini. Kejohanan yang bakal bermula pada 16 April 2026 ini merupakan platform utama bagi memperkukuh ukhuwah serta persediaan atlet penjawat awam Kedah ke arah Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri Se-Malaysia (SUKSEM).
Sebagai penaja rasmi, TITIMERAH memainkan peranan kritikal dalam memperkasakan aspek pemasaran melalui penajaan pakaian dan penjenamaan kejohanan. Syarikat ini menyokong sepenuhnya dalam membuat liputan acara sukan yang dipertandingkan, merangkumi media digital dan penjenaman melalui iklan di lokasi utama. Selain itu, TITIMERAH menyediakan liputan foto profesional serta penubuhan bank foto eksklusif bagi memudahkan akses media dan agensi bertanding untuk tujuan hebahan pantas. Inisiatif ini turut merangkumi penghasilan kandungan digital dan grafik dinamik untuk mengangkat profil atlet serta 15 kontinjen terlibat terdiri dari 12 Pejabat Daerah & Tanah, Pejabat SUK Negeri Kedah, Pejabat Tanah & Galian Negeri Kedah dan Pejabat Kewangan & Perbendaharan Negeri Kedah ke tahap yang lebih berprestij, sekali gus memastikan momentum promosi kekal tinggi di platform digital.
Sementara itu, LERASTA turut menggerakkan kempen kreatif melalui media sosial untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai persiapan atlet. Kerjasama ini dijangka meletakkan SUKPEN 2026 sebagai penanda aras baharu dalam kecemerlangan sukan pentadbiran di Malaysia.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Alor Setar
06500
Opening Hours
| Monday | 09:30 - 06:00 |
| Tuesday | 09:30 - 06:00 |
| Wednesday | 09:30 - 06:00 |
| Thursday | 09:30 - 06:00 |
| Saturday | 09:30 - 06:00 |
| Sunday | 09:30 - 06:00 |