Dato Azimi Daim DAD FC
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dato Azimi Daim DAD FC, Political organisation, Alor Setar.
04/10/2021
Innalillahiwainna ilaihiraji'un
Selamat bersemadi abang Mad dan semoga aman, tenang dalam dakapan rahmat dan peliharaanNya.
Seorang yang sangat berdisiplin,beramanah dan sangat ikhlas serta jujur sewaktu menabur khidmat sebagai Pembantu Khas saya pada tahun 2004-2008, sewaktu saya berkhidmat sebagai Exco Kerajaan Negeri.
Meskipun bukan seorang yang berkelulusan cukup tinggi, budi pekerti, bahasa dan nilai murni padanya jarang dapat ditemui.Sangat tinggi dan mulia.
Walaupun selepas 12 tahun tidak bekerja dengan saya,beliau sangat menjaga silaturrahim dengan baik.
Saya berasa sangat sedih dengan pemergian arwah.
Semoga Allah tempatkan abang Mat bersama muttaqin,diluaskan dan diterangi alam kuburnya
13/09/2021
CARTA ORGANISASI MAJLIS PIMPINAN NEGERI KEDAH
Ingin saya umumkan di sini bahawa mesyuarat penubuhan rasmi patuh-akta Majlis Pimpinan Negeri untuk Parti Pejuang Negeri Kedah telah pun diadakan pada 7 September 2021.
Bersama ini saya siarkan carta organisasi MPN untuk makluman tuan/puan.
Terima kasih.
Isa Zakaria
SU Negeri
04/09/2021
YBhg Dato' Azimi Daim hari ini bersama Sukarelawan Pejuang Negeri Kedah & wakil Pejuang Jerai turun menyampaikan sumbangan kepada 30 keluarga di Gurun yang terlibat dalam tragedi kepala air Gunung Jerai beberapa minggu lalu.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang terlibat.
Click here to claim your Sponsored Listing.