FAMA Negeri Kedah

FAMA Negeri Kedah

Share

Laman Rasmi FAMA Negeri Kedah

08/07/2026

ð—Ģð—˜ð—Ąð—šð—”ð—§ð—Ļð—Ĩð—”ð—Ą ð—Ģ𝗔ð—Ķ𝗔ð—Ĩð—”ð—Ą 𝗕ð—Ļ𝗔𝗛 ð—Ĩ𝗔𝗠𝗕ð—Ļð—§ð—”ð—Ą 𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗘ð—Ĩ𝗔𝗛 ð—•ð—”ð—Ÿð—œð—Ąð—š, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛

07 Julai 2026 (Selasa), 10.00 pagi

Pusat Operasi FAMA Sungai Petani hari ini telah melaksanakan pengaturan pasaran buah rambutan yang melibatkan 8 orang petani dengan jumlah pengeluaran sebanyak 4 metrik tan.

Antara kawasan pengeluaran yang terlibat ialah Kampung Batu 60, Kampung Weng Dalam, Kampung Bukit Tok Giling, Kampung Charok S*k dan Kampung Tembak, Daerah Baling.

Turut hadir memantau operasi ini ialah Encik Shaiful Azhar bin Zolkipli, Pengarah FAMA Negeri Kedah, diiringi Encik Hasrol Nizam bin Muhammad Zuki, Timbalan Pengarah Sekuriti Makanan dan Operasi FAMA Negeri Kedah, serta Puan Mazni binti Radhi, Pegawai FAMA Daerah Baling.

Pengaturan pasaran ini merupakan antara inisiatif FAMA dalam membantu petani memasarkan hasil buah-buahan bermusim secara lebih terancang, sekali gus memastikan hasil tuaian dapat dipasarkan dengan lebih cekap, mengurangkan lebihan di peringkat ladang serta meningkatkan pendapatan petani.

FAMA akan terus komited memperkukuh rantaian pemasaran hasil agromakanan tempatan demi menjamin kesejahteraan petani dan bekalan makanan negara.

"INTEGRITI DAN INKLUSIVITI: PEMACU KEJAYAAN"

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈æģ“įžĢ
Faisal Iswardi
Shaiful Azhar

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
PMO Malaysia
FAMA Malaysia
Bahagian Pemasaran Segar & Intervensi FAMA
Bahagian Padanan Bekalan FAMA

Photos from FAMA Negeri Kedah's post 06/07/2026

ð—Ģð—˜ð—Ąð—šð—”ð—§ð—Ļð—Ĩð—”ð—Ą ð—Ģ𝗔ð—Ķ𝗔ð—Ĩð—”ð—Ą 𝗕ð—Ļ𝗔𝗛-𝗕ð—Ļð—”ð—›ð—”ð—Ą 𝗕𝗘ð—Ĩ𝗠ð—Ļð—Ķ𝗜𝗠 - 𝗖𝗘𝗠ð—Ģ𝗘𝗗𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗠ð—Ģð—Ļð—Ąð—š

06 Julai 2026, Isnin

Pusat Operasi FAMA Alor Setar hari ini telah melakukan pengaturan pasaran buah cempedak kampung di lokasi iaitu Kampung Tong Pelu, Pedu, Padang Terap, Kedah dan Kampung Wang Perah, Kubang Pasu, Kedah.

Sebanyak 4500 kilogram buah cempedak kampung melibatkan 2 orang petani dibeli oleh Pusat Operasi FAMA Alor Setar untuk dipasarkan secara terus kepada pengguna dengan harga berpatutan.

Pusat Operasi FAMA Alor Setar juga akan mengadakan Jualan Buah-buahan Bermusim pada 8 hingga 9 Julai 2026 mulai jam 10.00 pagi bertempat di Pekarangan Pusat Operasi FAMA Alor Setar.

"INTEGRITI DAN INKLUSIVITI:PEMACU KEJAYAAN"

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈æģ“įžĢ
Faisal Iswardi
Shaiful Azhar

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
PMO Malaysia
FAMA Malaysia
Bahagian Pemasaran Segar & Intervensi FAMA

Want your organization to be the top-listed Government Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Pejabat FAMA Negeri Kedah, Jalan Perak, Kampung Gunung Sali
Alor Setar
05150