DOA.Kedah
Laman Rasmi Jabatan Pertanian Negeri Kedah
04/06/2026
๐ข ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ฑ Jabatan Pertanian Negeri Kedah menjemput petani dan usahawan tani yang berminat untuk menyertai:
DISEMINASI ASAS SISTEM FERTIGASI
Sistem fertigasi merupakan gabungan sistem pengairan dan pembajaan yang berkesan bagi meningkatkan hasil tanaman dengan penggunaan air dan baja yang lebih cekap.
๐ Kategori Kursus: Sistem & Infrastruktur Pertanian
๐จโ๐พ Kategori Peserta: Petani / Usahawan Tani
๐ Tempat: Pusat Latihan Pertanian Charok Padang
๐
Tarikh: 24 Jun 2025
๐ค Penceramah: Bahagian Teknikal, Jabatan Pertanian Negeri Kedah
Antara pengisian kursus:
โ
Pengenalan sistem fertigasi
โ
Komponen dan infrastruktur fertigasi
โ
Pengurusan pengairan dan pembajaan
โ
Amalan terbaik meningkatkan produktiviti tanaman
โ
Sesi soal jawab bersama pegawai teknikal
Permohonan Penyertaan:
Sila daftar melalui pautan berikut:
๐ Borang Permohonan Kursus Fertigasi๏ฟผ -
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScdRN5oqwNkYaj5OWy1xXnxeUQNHRDxu3FFy85XSENluHiUpA/viewform
๐ฑ Atau imbas kod QR yang disediakan pada poster.
Tempat adalah terhad. Daftar segera!
01/06/2026
๐ซ๐ฐ๐น๐ฎ๐จ๐ฏ๐จ๐๐ผ ๐ป๐ผ๐จ๐ต๐ฒ๐ผ
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Salam takzim daripada
Pengarah Pertanian Negeri Kedah dan Warga Kerja Jabatan Pertanian Negeri Kedah
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha.
Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sinar kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada anda sekeluarga. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai kasih sayang, toleransi, hormat-menghormati dan keharmonian yang menjadi asas kepada masyarakat majmuk di negara ini.
Semoga semangat perpaduan dan saling memahami terus diperkukuhkan demi kemakmuran serta kesejahteraan negeri dan negara yang kita cintai.
๐ชท Selamat Menyambut Hari Wesak 31 MEI 2026 ๐ชท
Ikhlas daripada:
Pengarah Pertanian Negeri Kedah
dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Pertanian Negeri Kedah
26/05/2026
"Semoga pengorbanan kita diterima, dilimpahi keberkatan dan mengukuhkan ukhuwah di antara kita."
Tulus ikhlas daripada :
Pengarah Pertanian Negeri Kedah & seluruh warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Kedah.
Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh warga tani dan seluruh rakyat Malaysia pada 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447 H.
Semoga hari raya ini membawa seribu rahmat, kedamaian, dan rezeki yang berkat buat kita semua.
Pandu cermat untuk yang pulang ke kampung halamanโผ๏ธ
Jom ke MAHA2026 bermula 28 Ogos hingga 6 September 2026โผ๏ธ
23/05/2026
Technical Workshop on โMango Pest Biosecurity and Integrated Pest Management Systemsโ Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
22/05/2026
๐ข ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐!โผ๏ธโผ๏ธ๐ข
"Tingkat Ilmu, Perkasa Usahawan!"
Jabatan Pertanian Negeri Kedah ingin menjemput para usahawan (terutamanya usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian) untuk menyertai dua kursus penjenamaan dan pengurusan kualiti makanan yang sangat penting ini.
Penyertaan adalah 100% PERCUMA! Tempat adalah terhad.
๐ข KURSUS 1: PENSIJILAN HALAL
Fahami proses dan tingkatkan kredibiliti produk anda dengan pengiktirafan Halal Malaysia.
โข ๐
Tarikh: 8 Jun 2026 (Isnin)
โข โฐ Masa: 8:00 AM โ 5:00 PM
โข ๐ Tempat: Pusat Bimbingan Usahawan, Telok Chengai, Kedah
๐https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSctUmNGiKB6NODFlzwwA10u4TnejPkboSHRukqaT8l79OuZUA/viewform
โข ๐ Apa yang akan dipelajari:
โข Pengenalan pensijilan halal
โข Keperluan dan proses pensijilan halal
โข Pengurusan halal dan dokumentasi
โข Tanggungjawab pengendali halal
๐ KURSUS 2: PENGENDALIAN MAKANAN (SIRI 2)
โUtamakan Kebersihan & Keselamatanโ โ Pastikan kualiti penyediaan makanan anda mencapai standard tertinggi.
โข ๐
Tarikh: 9 Jun 2026 (Selasa)
โข โฐ Masa: 8:00 AM โ 5:00 PM
โข ๐ Tempat: Pusat Bimbingan Usahawan, Telok Chengai, Kedah
๐ https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeLHgs1rvsUcWGfMXDHdSnuq3iGjFvtUl2SHOhcdCYAo4J0WQ/viewform
โข ๐ Apa yang akan dipelajari:
โข Pengenalan bahan makanan selamat
โข Kebersihan diri dan persekitaran
โข Pencegahan pencemaran makanan
โข Amalan keselamatan makanan
๐ฒ CARA MEMOHON
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Imbas Kod QR pada poster atau klik pautan permohonan yang disediakan untuk mendaftar segera.
๐ HUBUNGI KAMI
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:
โข ๐ง Emel: [email protected]
โข ๐ Telefon: 04-7775000 (Pn. Sharifah)
KURSUS PERCUMA UNTUK USAHAWAN! JOM SERTAI SEKARANG! ๐ฅ
22/05/2026
Tahukah anda potensi tanaman kopi di Malaysia semakin mendapat perhatian dunia?
Walaupun Malaysia bukan pengeluar kopi terbesar dunia, negara ini mempunyai kelebihan tersendiri menerusi kopi varieti Liberica yang kini semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Industri kopi global dianggarkan bernilai USD269.3 bilion pada tahun 2024 dan dijangka terus berkembang sehingga USD366.5 bilion menjelang 2030.
Di Malaysia, kopi Liberica menjadi identiti unik negara khususnya di Johor, Sabah dan Sarawak.
Berbeza dengan Arabica dan Robusta yang mendominasi pasaran dunia, Liberica menawarkan profil rasa tersendiri yang semakin mendapat tempat dalam segmen kopi premium dan โspecialty coffeeโ global.
Prestasi industri kopi tempatan turut menunjukkan perkembangan positif apabila nilai eksport kopi Malaysia mencecah RM3.09 bilion pada tahun 2024, meningkat 28.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Dalam masa sama, kadar sara diri (SSR) kopi negara meningkat kepada 33.2 peratus dengan pengeluaran tempatan mencecah 2,861 tan metrik.
Bagaimanapun, industri ini masih berdepan beberapa cabaran termasuk produktiviti rendah, kos pengeluaran tinggi, kekurangan tenaga kerja serta ancaman penyakit dan perosak tanaman seperti karat daun dan kumbang penggerek buah.
Malaysia juga mempunyai pemain industri yang kukuh seperti OldTown White Coffee, Aik Cheong, NESCafรฉ, Kiuang Coffee dan ZUS Coffee yang membantu memperkukuh rantaian industri kopi tempatan.
Dengan pengukuhan pengeluaran tempatan, penggunaan teknologi moden dan pembangunan kopi Liberica sebagai identiti nasional, industri kopi Malaysia dilihat mempunyai potensi besar untuk terus berkembang pada masa hadapan.
Rujuk infografik untuk maklumat lanjut. Kongsikan kepada rakan-rakan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
62632
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |