Cyber Security Engagement Program

Cyber Security Engagement Program

Share

Page ini bertindak sebagai agen sukarelawan dalam menyebarkan, mendidik, memupuk dan membantu masyar

21/01/2025

Dia tidak memakai topeng hitam
Dia tidak muncul setiap malam
Tapi dia ada di sebalik skrin anak kita
Dia tiada secara fizikal
Dia tidak datang ke rumah kita
Tapi dia bersama-sama kita..

Batu Pahat, 11 Jan 2025 – Kursus Kokurikulum Keselamatan Maklumat dan Web (UQA11001) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program iGUARD bertempat di Sekolah Kebangsaan Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan siber di kalangan pelajar sekolah rendah, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur.

Sebanyak 30 orang pelajar SK Jelotong dan 30 pelajar UTHM terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti interaktif sepanjang program. Antara pengisian utama ialah taklimat keselamatan siber yang merangkumi pengenalan kepada ancaman siber dan langkah pencegahan, serta simulasi permainan yang memperkenalkan konsep keselamatan seperti Jigsaw Password Challenge dan Digital Footprint Maze.

Pengarah program, Muhammad Nabil bin Mohd Nizam, menyatakan bahawa program ini bertujuan mendidik golongan muda agar lebih peka terhadap ancaman digital dalam penggunaan teknologi harian. “Kesedaran siber adalah satu keperluan asas dalam dunia moden, dan kami mahu memastikan generasi muda mampu melindungi identiti digital mereka dengan baik,” katanya.

Program ini turut mendapat bimbingan penuh daripada Dr. Noor Azlin binti Yamin, Pensyarah Kursus Keselamatan Maklumat dan Web (UQA11001). Beliau memainkan peranan penting dalam memastikan kandungan program relevan dengan keperluan masyarakat serta sejajar dengan objektif keselamatan siber. “Program ini memberi peluang kepada pelajar universiti untuk mendalami kemahiran mereka sambil menyumbang kepada kesedaran komuniti terhadap isu keselamatan siber,” jelas Dr. Noor Azlin.

Impak Program kepada Peserta dan Urusetia

Program iGUARD memberi kesan mendalam kepada pelajar sekolah rendah yang terlibat. Mereka kini lebih memahami ancaman siber dan kaedah melindungi data peribadi semasa melayari internet. Permainan simulasi yang dilaksanakan berjaya menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami, meningkatkan keberkesanan penyampaian mesej keselamatan siber.

Bagi pelajar UTHM yang bertindak sebagai urusetia, program ini bukan sahaja menguji kemahiran mereka dalam merancang dan melaksanakan program komuniti, tetapi juga memupuk kemahiran komunikasi, pengurusan risiko, dan kerja berpasukan. Salah seorang urusetia, Anusree a/p Vijayan, menyatakan, “Pengalaman ini memberi saya peluang untuk mengaplikasikan teori keselamatan maklumat dalam situasi dunia sebenar sambil menyumbang kepada masyarakat.”

Majlis penutup turut diserikan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Kokurikulum SK Jelotong serta penyampaian hadiah kepada peserta. Program ini telah menerima sambutan positif daripada pihak sekolah dan pelajar yang terlibat, dengan cadangan untuk melaksanakan aktiviti seumpama ini secara berterusan pada masa hadapan.

Inisiatif iGUARD membuktikan bahawa kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dan sekolah mampu memberi impak positif terhadap pembangunan komuniti, terutama dalam aspek keselamatan siber.

10/11/2021

Be Aware, Be Secure, Be Smart

PERHATIAN! Jika anda berkongsi salinan kad pegenalan kepada pihak ketiga PASTIKAN pihak tersebut boleh dipercayai supaya data peribadi anda tidak disalahguna.

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Pahat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Universiti Tun Hussein Onn
Batu Pahat
86400