SRM UTHM

SRM UTHM

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRM UTHM, College & University, Jalan Batu Pahat, Batu Pahat.

21/12/2025

LENSA MEDIA | RAKAN BUMI: PLOGGING KOMUNITI

Sekretariat Rakan Muda (SRM) UTHM Sesi 24/25 telah menyahut jemputan penyertaan bagi program Rakan Bumi: Plogging Komuniti Daerah Batu Pahat 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat yang berlangsung pada 15 November 2025.

Program kesukarelawanan ini telah diadakan di sekitar kawasan Surau Parit Laman Dalam, Sri Medan, Batu Pahat. Kehadiran ahli SRM UTHM dalam aktiviti plogging ini adalah sebagai tanda sokongan padu mahasiswa terhadap inisiatif komuniti dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Melalui penyertaan ini, para peserta bukan sahaja dapat menyumbang tenaga kepada masyarakat Sri Medan, malah dapat membina jaringan sosial yang positif bersama pihak Pejabat Belia dan Sukan serta penduduk setempat. Semangat “Rakan Bumi” yang dipamerkan diharap dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk mencintai alam sekitar.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat atas jemputan ini. Terima kasih juga kepada semua ahli SRM UTHM yang telah memberikan komitmen terbaik sepanjang program berlangsung.

Ikhlas dari kami,
SEKRETARIAT RAKAN MUDA UTHM 24/25 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Untuk maklumat lanjut, ikuti & kongsi di
FB: Srm Uthm
IG:

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Pahat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Jalan Batu Pahat
Batu Pahat
86400