Coach Mus
Sebuah laman media yang berkisarkan dunia kejurulatihan dan analisis perlawanan bola sepak.
13/04/2026
Secara jujurnya saya tidak terkejut skuad muda kita tak mampu memberi saingan kepada Vietnam.
Belum sempat juga mengkaji bagaimana Vietnam membina sistem pembangunan mereka tetapi jika kita tengok dari tahun ke tahun mereka konsisten dalam melahirkan bakat muda yang mampu bersaing di peringkat Asia.
Tetapi Malaysia semakin lama semakin layu. Bukan sekadar tak layak ke kejohanan Asia tetapi masih tidak mampu bersaing di peringkat asean juga.
Saya masih ingat ketika tahun 2023, saya berpeluang melihat kejohanan Super Mokh di AMD Gambang. Salah satu perlawanan yang menarik perhatian saya adalah pertemuan AMD U13 bertemu dengan pasukan Vietnam U13. Saya lupa dah apa nama team pembangunan mereka.
Sejujurnya saya terkejut kerana ada perbezaan kualiti yang ketara dari sudut teknikal dan fizikal pemain Vietnam. Sangat pantas dan matang dalam membuat keputusan dalam permainan.
Keputusannya kita tewas. Lebih parah kita hampir tidak ada hala tuju bermain.
Saya terdetik dalam hati, kalau team teknikal pembangunan kita tak belajar sesuatu daripada perlawanan tersebut kita akan berdepan masalah menuju ke peringkat senior.
Ya, mungkin tak adil untuk menilai dengan satu perlawanan ini, namun penilaian mana yang kita boleh guna pakai. Ini belum berdepan dengan kelab-kelab besar di Eropah.
Zaman LTK kita berjaya sekurangnya meletakkan nama pemain muda kita dalam kesebelasan terbaik kejohanan dan dijemput bersaing dalam kejohanan prestij bawah umur.
Tetapi sekarang ini kita hampir tak kenal seorang pun pemain bawah umur kita yang menonjol bakat mereka.
Saya tidak bertujuan mencari salah siapa, cuma sekadar membuka ruang perbincangan. Siapa yang sepatut bertanggungjawab dengan keputusan ini?
Kita mungkin tak perlu jauh ke Jepun, cukup rasanya belajar dengan Vietnam juga ada baiknya dari sudut pembangunan pemain muda.
31/12/2025
"KENAPA KITA NAK PEMAIN FAHAM 'KEY PRINCIPLE' DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK MODEN"
Hasil dan 'attitude' ini akan membezakan pemain muda apabila mereka berkembang dan mula bersaing di fasa yang lebih tinggi.
Saya ada lancarkan
Kelas Kejurulatihan Online : Kuasai “Principle of Play” Bola Sepak Moden
Join sekarang! Harga istimewa untuk 30 yang terawal.
Click here to claim your Sponsored Listing.