APM TIMUR LAUT

APM TIMUR LAUT

Share

APM TIMUR LAUT

Photos from APM TIMUR LAUT's post 02/04/2026

Pada 28 - 29 Mac 2026 (Sabtu dan Ahad )

Pihak PDPA Kinta Memohon jasa baik daripada PDPA Timur Laut menjemput memberi tunjuk ajar berkaitan Peralatan- peralatan Ascending & Descending. Yang bertempat di Perkarangan Pejabat Pertahanan Awam Daerah Taiping. Anggota PDPA TIMUR LAUT yang terlibat L/KPL (PA) MOHAMMAD FADZLI BIN MAHRIM & PBT (PA) MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MANAP.

Sepanjang hari pertama dan hari kedua, para anggota PDPA Kinta diberi latihan Asas Tentang Pengenalan Peralatan Ascending dan Descending, taklimat keselamatan, Asas Ikatan/ Simpulan dan teknik-teknik menurun menggunakan tali.

Pengurusan PDPA Timur Laut, mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua anggota PDPA Kinta yang telah menamatkan dengan jayanya

Photos from APM TIMUR LAUT's post 12/02/2026

Pada 11 Februari 2026 (Rabu)

Penglibatan seramai 01 Pegawai Dari PDPA Timur Laut Dan anggota Lain - lain Pangkat, dalam berkongsian mengenai Pengenalan Pertahanan Awam Untuk Penubuhan ( KASPA ) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Al - Mashoor Perempuan Pulau Pinang.

Program ini telah berlangsung pada jam 3:30 Petang Sehingga 6:00 petang. APM PDPA Timur Laut berharap agar segala perkongsian dan ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan serta dipraktikkan dengan cara yang betul sekiranya berlaku kecemasan.

Selain itu, APM memberi penerangan ringkas mengenai langkah keselamatan asas ketika menghadapi situasi kecemasan, sekali gus dapat meningkatkan kesedaran para pelajar dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan Pertahanan Awam.

Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pulau Pinang, khususnya PDPA Timur Laut, amat menggalakkan penganjuran program seperti ini di setiap sekolah mahupun kawasan kejiranan sebagai salah satu langkah persediaan awal dalam menghadapi sebarang kecemasan atau bencana.

Akhir sekali, Pihak Pengurusan PDPA Timur Laut ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Al- Mashoor Perempuan Pulau Pinang, kerana sudi menjemput untuk berkongsi bersama para pelajar.

Photos from APM TIMUR LAUT's post 15/01/2026

KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI KHAS GIATMARA TANJUNG TAHUN 2026

14 - 15 Januari 2026 (Rabu -Khamis)

GEORGE TOWN - PDPA Timur Laut dengan kerjasama GiatMara Tanjung telah mengadakan Kursus Asas Pertahanan Awam kepada 21 orang pelatih GiatMara dan melibatkan 04 orang jurulatih dari PDPA Timur Laut.

Kursus ini berlangsung selama 2 hari bertempat di GiatMara Tanjung, dan sepanjang 2 hari berkursus, para pelatih di beri latihan asas Pertahanan Awam mengikut matapelajaran seperti :

✅ Pengenalan Pertahanan Awam dan Hanruh
✅ Asas Kawad Kaki
✅ Asas Pertolongan Cemas, Luka, Kepatahan dan Pendarahan/ Balutan Kecederaan
✅ Tatacara CPR/ Pengendalian AED yang betul dan selamat
✅ Asas Ikatan & Simpulan
✅ Menyelamat Kecemasan
✅ Asas Melawan Kebakaran

Pelaksanaan kursus ini, adalah tonggak dan peranan utama APM dalam memastikan 5 peratus rakyat Malaysia menerima latihan Pertahanan Awam sekaligus menganggotai Sukarelawan Pertahanan Awam sebagai persediaan jika berlaku sebarang perkara kecemasan atau bencana.

Pengurusan PDPA Timur Laut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus.

Want your organization to be the top-listed Government Service in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

No 15, Lebuhraya Peel
George Town
10350