Digital Marketer
Designer Canva Pro
10/07/2021
Antara iklan yang saya run dan uruskan. Sebenarnya purchase value lagi tinggi sebab ada yang buat pembelian secara manual.
Asas paling penting untuk beriklan adalah ads creative.
Copywritting adalah salah satu asas ads creative.
Ramai yang buat silap, banyak terlalu fokus kepada setting sampai terbakar habis duit.
Nak belajar buat strategy content dan copywriting ala-ala story telling filem hindustan?
Link ada dikomen.😊
“We want to get into the mind of our prospect. What do they really want? It’s rarely the thing you are selling. It’s usually the result of the thing you are selling” – Allan Dib
Kalau di translate, “Kita nak masuk ke dalam pemikiran prospek. Apa yang sebenarnya mereka mahukan? Jarang sekali mereka membeli apa yang kita jual. Tapi biasanya mereka membeli result/hasil dari apa yang anda jual”
Sebagai contoh pemikiran orang yang membeli jam tangan bernilai RM50 sangat berbeza dengan orang yang membeli jam berharga RM10,000.
Orang yang membeli jam berharga RM50 adalah orang yang hanya nak beli jam. Asal tahu waktu pukul berapa dah cukup.
Tapi bagi orang yang beli jam 10k, mereka bukan beli jam. Mereka beli status,luxury dan exclusivity.
Ofcourse kegunaan jam semua sama. Tapi yang membezakan adalah motivation seseorang untuk membeli.
Percaya tak kos pembuatan G-Shock yang bernilai RM1,000 sebenarnya tak sampai RM100 pun.
Jadi untuk memahami pemikiran prospek, kita kena tahu apa sebenarnya yang mereka mahukan.
Jika anda penjual skincare, jangan jual pencuci muka, serum, toner dan sebagainya. Anda kena mula bertanya “Kenapa mereka ni nak beli skincare?” “Apa yang mereka cuba capai sebenarnya?”
Prospek tak nak beli skincare. Mereka sebenarnya membeli impian. Mereka mahukan apa yang mereka rasa pencuci muka ni boleh buat pada mereka. Mereka mahukan result.
Best practices : saya dulu s**a tanya customer yang membeli dengan saya. Tanya mereka “kenapa beli produk ni?” “Kenapa beli dengan saya?”
Dari situ nanti anda akan nampak yang sebenarnya ada keunikan pada diri anda yang orang lain nampak. Dan itu boleh membuatkan anda keluar dari persaingan.
04/07/2021
Kami bukan la yang menjual air liur semata-mata.
Memamg khas untuk marhein, harga pun harga marhein ja.
Nak join webinar rakyat marhein?
Klik link dibawah.
https://seminaradshero.com/pages/seminar
3 Strategi Untuk Jadi Popular
1) CONTENT CONTENT CONTENT !
Ya, Content adalah tools paling penting untuk anda memulakan langkah supaya lebih di kenali di dalam media sosial.
Tidak kira anda memilih mana-mana platfom sekalipun, content yang paling banyak memberi manfaat atau paling ramai orang s**a akan mendapat sambutan.
Ini penting untuk langkah awal anda untuk menjadi popular.
2) Konsisten
Ini lah perkara yang paling payah nak di buat haha! itu sebab semasa pemilihan konten itu sangat penting.
Kalau anda cuba membina konten yang anda tidak minat, anda akan mudah give up.
Cuba mulakan membina konten dari topik yang anda paling minat. Contoh : jika anda minat memasak, mulakan buat video memasak anda. Banyak kongsi resepi atau tips & tricks memasak.
Walaupun anda bukan jual produk makanan, tidak mengapa. Peringkat awal ni kita nak jadi popular dan ramai followers dulu 🙂
3) Tumpang Populariti Orang Lain
Strategi ini saya selalu guna haha! ini adalah antara cara yang paling cepat untuk anda naikkan followers anda.
Mula rapatkan diri dengan influencers.
Tapi, nak rapat dengan mereka ni, anda mestilah buatkan diri anda supaya mereka kenali terlebih dahulu.
Rajin-rajinkan diri komen di posting mereka. Jika mereka jual sesuatu, support mereka.
Sehingga mereka dah mula kenali anda, Baru mulakan langkah untuk berjumpa. Ingat, mereka takkan senang-senang nak jumpa anda jika anda tidak akan memberi apa-apa manfaat pada mereka.
Guna strategi 1 dan 2 sehingga anda mula di kenali. Baru guna strategi 3 🙂
PKP 2.0
APA PERSEDIAAN PARA USAHAWAN?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
George Town
11700