Prospek Lestari Sdn Bhd
202401029763 (1575611-H)
BESS Engineering, Procurement, Construction & Commissioning
📢 Jumpa Kami di Booth A28 – Solar & Storage Live Malaysia 2026!
Industri solar dan penyimpanan tenaga akan berkumpul di Solar & Storage Live Malaysia 2026, menghimpunkan syarikat terkemuka yang mempamerkan teknologi dan penyelesaian tenaga terkini.
Bakal disertai 5,000+ profesional tenaga, 100+ pempamer dan penaja, serta 100+ penceramah pakar yang berkongsi pandangan tentang masa depan tenaga bersih di Malaysia. 🌱⚡
Kami juga berada di sana!
📍 Kunjungi kami di Booth A28 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian dan perkhidmatan yang kami tawarkan.
✨ Free Consultation Available
Jika anda berminat untuk mendapatkan konsultasi percuma bersama pasukan kami, anda boleh menempah slot melalui pautan berikut:
🔗 https://calendly.com/dinie-tectra/new-meeting
📅 8–9 April 2026
📍 MITEC, Kuala Lumpur
Jumpa anda di Booth A28! 😊
10/02/2026
Optimumkan Kos Tenaga Syarikat Anda dengan Teknologi BESS
Perhatian kepada pemilik perniagaan dan pengurus industri! 👋
Prospek Lestari akan menganjurkan di Penang : Battery Energy Storage System (BESS): How It Can Benefit Your Company.
Kami akan kongsikan bagaimana sistem bateri dapat membantu syarikat anda menjimatkan kos elektrik dan menjamin bekalan tenaga yang lebih stabil.
📚 Apa yang akan anda pelajari?
Kami mudahkan pemahaman teknikal untuk anda:
✅ Bateri vs Sistem Lain – Mana satu yang lebih cekap untuk beroperasi ?
✅ Kepentingan BESS – Bagaimana ia memberi keuntungan kepada syarikat.
✅ Cara Operasi – Fahami proses teknikal BESS dengan cara yang ringkas.
✅ kW & kWh – Penjelasan mudah tentang kapasiti dan fungsinya.
🗓️ Butiran Kursus:
Tarikh: Selasa, 28 April 2026
Tempat: Ascott Gurney, Penang
Masa: 9:00 AM – 5:00 PM
Yuran: RM 850 (HRD Corp Claimable)
Mata CPD: 8 Mata (Suruhanjaya Tenaga)
Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kecekapan tenaga syarikat anda. Tempat adalah terhad!
🔗 Cara Pendaftaran:
Imbas kod QR pada poster atau hubungi kami terus di:
📞 Tel: +604-228 0532
📧 Email: [email protected]
Sertai kami dan bersedia untuk masa depan tenaga yang lebih lestari
29/01/2026
Sebagai inisiatif berterusan bagi berkongsi pengalaman dan meningkatkan kemahiran dalam kalangan team,Prospek Lestari Sdn. Bhd. dengan kerjasama Tectra Sdn. Bhd.serta Sustainable & Innovation Engineering Sdn. Bhd., telah mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama team di Penang
Sesi kali ini fokus kepada perkongsian teknikal dan pengalaman sebenar industri oleh wakil kedua-dua syarikat. Ia diadakan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, meningkatkan kemahiran serta memberi ruang kepada staf berkongsi pandangan dan pengetahuan masing-masing.
Dalam sesi perkongsian ini, Tectra Sdn. Bhd., antara syarikat yang berpengalaman dalam pembekalan Medium Voltage (MV) Switchgear, telah berkongsi topik teknikal merangkumi pengenalan sistem MV Switchgear, operasi rack-in dan rack out bagi Switchgear & Basic Troubleshooting.
Daripada Sustainable & Innovation Engineering Sdn. Bhd. p**a berkongsi pengalaman sebagai Training Provider, Off- Grid PV System, penerangan ringkas berkaitan skim tenaga solar seperti ATAP dan Net Energy Metering (NEM) & sedikit perkongsian mengenai kerjasama Sustainable & Innovation Engineering Sdn. Bhd. dan Tectra Sdn. Bhd. melalui Prospek Lestari Sdn. Bhd. dalam pembangunan projek Battery Energy Storage System (BESS).
Sesi ini memberi pendedahan teknikal yang bermanfaat serta mengeratkan kerjasama antara kedua-dua syarikat, sekali gus menyokong perancangan dan pelaksanaan projek industri tenaga pada masa akan datang.
24/12/2025
Selesai sudah 2 hari Kursus BESS Fundamentals: Technology, Application & Design, anjuran bersama Sustainable & Innovation Engineering Sdn. Bhd & Prospek Lestari Sdn. Bhd.
Sepanjang kursus ini, kami kongsi konsep serta reka bentuk BESS,termasuk pendedahan data dan graf sebenar industri seperti SOH, RTE, SLD HV Box dan lain-lain, selari dengan keperluan sebenar industri.
Kursus kali ini menarik kerana telah menghimpunkan 17 wakil industri dan universiti, majoritinya terdiri daripada pakar Solar PV, sekali gus menggabungkan perspektif industri dan akademik dalam kursus ini.
Insya-Allah, walaupun ATAP mempunyai konsep yang hampir sama dengan NEM dan bersifat positif, BESS tetap memainkan peranan penting dalam pasaran tenaga, terutamanya bagi industri MV untuk MD reduction, serta projek-projek terpilih seperti SELCO.
Terima kasih kepada semua peserta atas sokongan dan komitmen yang diberikan sepanjang kursus ini. Insya-Allah, tahun depan kami akan bersiaran lagi dengan topik yang sama, namun dengan sedikit kelainan dan nilai tambah untuk industri tenaga.
Tidak lupa, terima kasih kepada beberapa syarikat yang telah menaja dan menyediakan model BESS untuk dibawa bersama sepanjang kursus ini, sekali gus memberi peluang kepada peserta mendapatkan gambaran sebenar produk-produk BESS di pasaran.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
George Town
10400
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |