BSMM Negeri Perak

BSMM Negeri Perak

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BSMM Negeri Perak, Nonprofit Organization, Jalan Kompleks Sukan, .

12/06/2026

πŸ“’ **SELAMAT MENJAWAB KUIZ LENCANA KECEKAPAN BSMM PERAK 2026** πŸ“’

Seketariat Guru BSMM Perak selaku penganjur mengucapkan selamat maju jaya dan selamat menjawab Kuiz Lencana Kecekapan BSMM Perak kepada semua ahli BSMM kategori Junior dan Kadet yang telah mendaftar untuk menyertai pertandingan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para guru penasihat, khususnya jurulatih sekolah, atas komitmen, usaha serta bimbingan yang diberikan dalam membantu pelajar membuat persediaan dan menyertai kuiz ini.

Semoga penyertaan dalam kuiz ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta penghayatan terhadap nilai-nilai kemanusiaan dan prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia.

🌟 **Semoga berjaya dan beroleh kejayaan yang cemerlang!** 🌟

Photos from BSMM Negeri Perak's post 09/06/2026

**Demonstrasi CPR dan Teknik Heimlich oleh BSMM kepada Fantastic Pastry Academy**

BSMM telah mengadakan sesi demonstrasi **Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)** dan **teknik Heimlich** kepada para pelajar serta tenaga pengajar di Fantastic Pastry Academy.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai tindakan kecemasan yang boleh menyelamatkan nyawa, khususnya dalam situasi serangan jantung, individu tidak sedarkan diri, serta kes tercekik yang sering berisiko berlaku di persekitaran dapur dan penyediaan makanan.

Sepanjang sesi, para peserta diberi pendedahan mengenai kaedah mengenal pasti mangsa yang memerlukan bantuan kecemasan, langkah-langkah melakukan CPR yang betul, penggunaan Automated External Defibrillator (AED), serta teknik Heimlich bagi membantu mangsa tercekik. Demonstrasi secara praktikal turut dijalankan bagi memberi pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan kepada peserta.

BSMM berharap perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi kecemasan serta melahirkan lebih ramai individu yang mampu memberikan bantuan awal sebelum ketibaan pasukan perubatan.

Photos from BSMM Negeri Perak's post 07/06/2026

πŸ“ **REKAP HARI TERAKHIR RERUAI JAWATANKUASA BELIA BSMM DAERAH IPOH SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2026**

Hari terakhir reruai Jawatankuasa Belia Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Ipoh berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung pelbagai lapisan umur.

Sepanjang program, para sukarelawan belia BSMM telah memberikan penerangan mengenai sejarah dan peranan BSMM sebagai sebahagian daripada Bulan Sabit Merah Malaysia serta gerakan kemanusiaan antarabangsa International Red Cross and Red Crescent Movement.

Antara persoalan yang paling kerap diajukan oleh pengunjung ialah:

* Apakah fungsi dan peranan Bulan Sabit Merah Malaysia?
* Mengapa lambang Bulan Sabit Merah sama dengan simbol yang digunakan oleh hospital?
* Siapakah yang dibenarkan menggunakan lambang Bulan Sabit Merah?
* Bagaimanakah seseorang boleh menjadi sukarelawan BSMM?

Para pengunjung turut berpeluang mempelajari asas bantuan kecemasan dan kepentingan tindakan awal menyelamatkan nyawa melalui demonstrasi yang dijalankan oleh sukarelawan BSMM.

Reruai ini bukan sahaja menjadi platform memperkenalkan BSMM kepada masyarakat, malah berjaya meningkatkan kesedaran mengenai nilai kemanusiaan, kesukarelawanan dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua sukarelawan, rakan kerjasama dan pengunjung yang telah hadir serta memberikan sokongan sepanjang dua hari penganjuran. Semoga usaha ini terus menyemarakkan semangat belia untuk berkhidmat kepada masyarakat berlandaskan prinsip kemanusiaan.

**β€œSetiap belia mempunyai potensi untuk membawa perubahan. Dengan kesabaran, komitmen dan semangat sukarelawan, kita mampu membina komuniti yang lebih berdaya tahan dan prihatin.”** ❀️🀍

24/05/2026

20-24 Mei 2026: Kursus Latihan Pengendalian Bot,Keselamatan dan Penyelamatan di Air Peringkat Kebangsaan [ Tahap 2 : Pertengahan ] anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia Malaysian Red Crescent dengan kerjsama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telahpun selesai pada hari ini.

Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Perak BSMM Negeri Perak telah menghantar 4 orang anggota pasukan penyelamat bot negeri iaitu;
1.ENCIK ISRAVELU A/L DAVID
2.ENCIK SHAMSUL ANUAR BIN MOHD NORANI
3.ENCIK AHMAD IRFAN BIN AHMAD NORNIZAM
4.ENCIK MOHAMMAD SAMAN BIN ARSHAD

Lokasi kali ini adalah di Sungai Terengganu, Kampung Jenagor,Hulu Terengganu dan melibatkan anggota BSMM di seluruh negara.

Syabas dan tahniah kepada 4 orang anggota BSMM Perak yang telah hadir dan Lulus Kursus tersebut.

Telephone

Website

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00