PPKI SK Raja Chulan
Maklumat aktiviti PPKI SK Raja Chulan
Tautan Kasih PPKI SK Raja Chulan
05/11/2025
Lawatan Sambil Belajar Murid PPKI 2025! ๐
Hari yang penuh keceriaan dan pengalaman baharu buat murid-murid Pendidikan Khas (PPKI)! ๐๐ซ
Destinasi kami kali ini cukup istimewa โ
๐ข Cruise Tasik Putrajaya โ murid berpeluang menikmati pemandangan indah sekitar Putrajaya sambil merasai pengalaman menaiki kapal pelayaran.
๐ซ Kilang Coklat Berylโs โ murid seronok melihat proses pembuatan coklat dan tentu sekali, menikmati rasa coklat yang lazat! ๐
๐ Farm Fresh @ UPM Serdang โ pengalaman berharga melihat haiwan ternakan dan mengenali hasil tenusu tempatan. ๐ฎ๐ฅ
Lawatan ini bukan sekadar keseronokan, tetapi juga memberi peluang kepada murid untuk belajar melalui pengalaman sebenar โ mengasah kemahiran sosial, komunikasi, dan pengetahuan tentang dunia sekeliling mereka. ๐
Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa, dan pihak yang terlibat menjayakan program ini. Setiap senyuman murid hari ini adalah kenangan yang tidak ternilai. ๐โจ
Terima kasih kepada Puan Aznur Radin dari Salsabeel Gs Farm Fresh KL/Cheras atas sumbangan 'goodies bag'. Terima kasih juga kepada Bos Susu Tuan Azmi Zainal Farm Fresh, untuk tempat lawatan yang best ini.. Farm Fresh....semooooonya BAIK! Ini barulah susu segar!!!! โค๏ธ
14/10/2025
๐ด Terapi Kuda Bersama Murid PPKI
Hari ini pengalaman yang cukup bermakna buat murid-murid PPKI!
Mereka berpeluang mengikuti sesi terapi kuda (equine therapy) โ satu aktiviti yang bukan sekadar menyeronokkan, tapi juga membantu meningkatkan keyakinan diri, fokus, koordinasi, dan kawalan emosi.
Melihat senyuman dan keberanian mereka menunggang kuda buat kali pertamaโฆ memang menyentuh hati โค๏ธ
Setiap langkah kecil atas belakang kuda itu adalah satu kejayaan besar untuk mereka. ๐
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini! ๐ซถ
12/08/2025
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2025
Gambar sekitar aktiviti perkhemahan 8 dan 9 Ogos 2025.
10/08/2025
Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform SK Raja Chulan 2025 (8&9 Ogos 2025) bertempat di Padang SKRC.
Seramai 8 orang murid Pendidikan Khas turut menyertai perkhemahan tersebut. Satu pengalaman baru bagi murid-murid MBPK ini bermalam di luar dan menyertai aktiviti seumpama ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
31400