IKRAM Perak
Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.
12/05/2026
Bersempena dengan Hari Ibu, pada hari Ahad 10 Mei 2026, wanita IKRAM Tambun telah turun padang menyantuni para ibu dan bakal ibu di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru.
Program berlangsung dari pukul 8 pagi sehingga 10.30 pagi. Seramai 10 orang ahli- ahli wanita Ikram Tambun telah beramah mesra dan menghulurkan ' giftbag' kepada para ibu yang berjogging di sekitar bulatan SAS. 'Giftbag' mengandungi air mineral, sebungkus tisu dan penanda buku hadiah khas dari wanitaIKRAM Tambun.
Seramai 80 para ibu telah dapat di santuni sepanjang masa program berjalan. Para ibu ternyata amat teruja dengan penghormatan yang tidak di sangka- sangka ini.
Alhamdulillah program berjalan dengan sangat lancar dengan keadaan cuaca yang baik.
Terima kasih di ucapkan kepada para petugas wanita IKRAM Tambun yang gigih melaksanakan tugas yang diberi.
Semoga program- program menyantuni masyarakat sebegini dapat diteruskan dan di beri penambahkaikan di masa-masa akan datang.
Selamat Hari Ibu 2026.
Seteguh KASIH Ibu.
10/05/2026
🌷 SELAMAT HARI IBU 2026 🌷
*“Seteguh Kasih Ibu”*
Alhamdulillah, pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh insan bergelar ibu yang menjadi sumber kasih sayang, kekuatan dan pengorbanan dalam keluarga serta masyarakat.
Ibu bukan sekadar pendidik pertama anak-anak, bahkan menjadi madrasah awal yang membentuk akhlak, iman dan peribadi generasi masa hadapan.
Firman Allah SWT:
> *“Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya…”*
> **(Surah Luqman : 14)**
Semoga seluruh ibu terus dikurniakan kesihatan, ketabahan dan keberkatan dalam mendidik anak-anak menjadi insan soleh yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Buat semua ibu…
Terima kasih atas setiap pengorbanan yang tidak ternilai, setiap doa yang tidak pernah putus dan setiap kasih sayang yang sentiasa mengiringi kehidupan anak-anak.
💐 Selamat Hari Ibu
Semoga syurga menjadi ganjaran buat semua insan bergelar ibu.
Ikhlas daripada,
**Najah Saghirah binti Mohamad Ghauzilah**
Ketua Wanita
IKRAM Padang Rengas
10/05/2026
Assalamualaikum wbt
Selamat Hari Ibu buat permata hati yang Allah titipkan sebagai madrasah kasih dan doa. 🤍
Di setiap langkah seorang ibu, tersembunyi jihad yang tidak terlihat mata—lelah yang disembunyikan, air mata yang didoakan, dan kasih yang tidak pernah meminta balasan selain reda Ilahi.
Ibu, engkaulah lantunan doa yang tidak pernah putus di sepertiga malam, menyebut nama anak-anakmu dalam sujud panjang penuh pengharapan. Daripada rahimmu kami mengenal dunia, dan daripada kasihmu kami belajar makna sabar serta cinta yang diredhai Tuhan.
Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan keberkatan kepada ibu-ibu kami. Ampunkan segala dosanya, angkatlah darjatnya, dan jadikanlah syurga Firdaus sebagai tempat kembali yang abadi. 🌷
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang…” (Surah Al-Isra’ : 24)
Selamat Hari Ibu. Kasihmu kekal hingga ke syurga. 🤍✨
Daripada,
Pn Mash*tah Abdul Halim
Ketua Wanita IKRAM Kawasan Kuala Kangsar
MANJUNG - Alhamdulillah, program Jualan Ros Sempena Hari Ibu anjuran Wanita IKRAM Manjung telah berjaya dilaksanakan pada pagi Sabtu, 9 Mei di Manjung Indoor Sports Arena (MISA).
Jualan ini berlangsung sempena Karnival Hari Sukan Sekolah Rendah Al-Hidayah Manjung & Sekolah Menengah Al-Hidayah Manjung sebagai usaha menyemai budaya menghargai ibu serta menzahirkan kasih sayang dalam institusi keluarga.
Sepanjang program berlangsung, jualan ros beserta kad ucapan khas mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pengunjung, khususnya anak-anak yang teruja untuk menghadiahkan sekuntum ros buat ibu tercinta. Ucapan ringkas disertakan sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang.
Suasana bertambah menyentuh hati apabila ramai ibu kelihatan gembira dan terharu menerima hadiah kecil yang besar maknanya daripada anak-anak mereka. Walaupun hanya sekuntum ros, namun ia membawa nilai kasih sayang dan penghargaan yang cukup besar.
Acara ini bukan sahaja memeriahkan karnival, malah menjadi medium untuk mengingatkan masyarakat tentang pentingnya menghormati dan menghargai jasa seorang ibu.
Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat dan meninggalkan kenangan indah buat semua yang terlibat. IKRAM Manjung mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan menjayakan program ini.
_“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”_
(Surah Al-Isra’: 23) 🤍
Selamat Hari Ibu 🌹
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
36A, Persiaran Halaman Ampang 6, Halaman Ampang Mewah
Ipoh
31350