JPJ Negeri Perak

JPJ Negeri Perak

Share

Facebook Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak

Photos from JPJ Negeri Perak's post 14/06/2026

𝐎𝐏𝐒 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐒𝐈𝐊𝐀𝐋 '𝐄𝐊𝐒𝐓𝐑𝐄𝐌'

IPOH, 13 Jun 2026 - JPJ Perak terus komited melaksanakan operasi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan jalan raya terjamin serta mengurangkan risiko kemalangan akibat kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seramai 32 orang anggota telah ditugaskan untuk menjalankan penguatkuasaan dan hasilnya pasukan berjaya menahan dan memeriksa motosikal secara rawak yang melakukan pengubahsuaian secara 'ekstrem' semasa berada di atas jalan raya sekitar Ipoh. Antara kesalahan yang dikesan ialah :

➡️ Tiada Lesen Memandu
➡️ Lesen Kenderaan Motor Tamat Tempoh
➡️ Tiada Perlindungan Insurans
➡️ Tiada Cermin Sisi
➡️ Tidak Pamer Nombor Pendaftaran
➡️ Mempamer Nombor Pendaftaran Tidak Mengikut Spesifikasi
➡️ Menggunakan Tayar Yang Tidak Mengikut Spesifikasi
➡️ Tiada Brek Belakang
➡️ Ubahsuai Ekzos Motosikal

Sebanyak 13 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987 dan dibawa ke Depoh Sita JPJ Ipoh bagi tujuan tindakan selanjutnya.

JPJ Perak akan terus mempertingkatkan operasi penguatkuasaan di seluruh negeri bagi memastikan undang-undang dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Perak untuk sebarang informasi terkini.






✍🏻 oleh : PRO
📸 oleh : Bhg. Penguatkuasa JPJ Negeri Perak

Photos from Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Seri Manjung's post 12/06/2026
Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak, Jalan Kompleks Sukan, Kampung Simee
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 16:30