AB Creative Renovation

AB Creative Renovation

Share

AB Creative Renovation (AB Renovation) menyediakan perkhidmatan renovation dan ubah suai rumah secara profesional.

Photos from AB Creative Renovation's post 23/04/2026

Kerja pembinaan ground floor (slab & asas) bagi projek rumah banglo di Bangi kini sedang dijalankan.

Bermula dari kerja matimbus tanah, pemasangan hardcore, pemadatan menggunakan mesin compactor, diikuti pemasangan layer sheet (plastic membrane) sebagai penghalang lembapan, kemudian pemasangan BRC (wiremesh), dan seterusnya tuangan konkrit menggunakan readymix bagi memastikan struktur lantai yang kuat, rata dan tahan lama.

Setiap peringkat dilaksanakan mengikut spesifikasi bagi memastikan beban diagihkan dengan sempurna serta memberi kestabilan maksimum kepada keseluruhan struktur bangunan.

Asas yang kukuh adalah kunci kepada rumah yang berkualiti.

- Kerja kemas & mengikut standard
- Struktur tahan lama & stabil
- Sesuai untuk pembinaan atas tanah sendiri

Lokasi: Bangi, Selangor

Konsultasi & lawatan tapak adalah PERCUMA
WhatsApp: https://abcreativ.wasap.my

AB CREATIVE RENOVATION
Kajang | Seri Kembangan | Bangi | Putrajaya

Photos from AB Creative Renovation's post 04/04/2026

PROJEK SAMBUNG TEPI RUMAH SEMI-D
Taman Desa Saujana, Sungai Merab, Kajang

Daripada ruang tepi rumah yang asalnya kosong, kini telah siap dibina menjadi ruang tambahan yang lebih luas, kemas dan praktikal.

Kerja dimulakan dengan penyediaan tapak, pemasangan besi tetulang dan pembinaan slab konkrit sebelum struktur tambahan dibina di bahagian bawah dan atas rumah.

Tambahan ruang yang dibina merangkumi:

• Tingkat bawah: 2 bilik dan 1 ruang laundry
• Tingkat atas: 3 bilik tambahan

Hasil akhir bukan sahaja memberi lebih banyak ruang untuk seisi keluarga, malah menjadikan rumah kelihatan lebih moden dan bernilai.

Setiap proses dilaksanakan mengikut spesifikasi bagi memastikan struktur yang kukuh, selamat dan tahan lama.

Jika anda merancang untuk sambung rumah, tambah bilik atau ubah suai rumah, kami sedia membantu dari peringkat awal hingga siap.

Hubungi kami untuk konsultasi, lawatan tapak dan quotation percuma:
https://abcreativ.wasap.my

AB Creative Renovation
Kajang | Bangi | Cheras | Seri Kembangan | Semenyih

Telephone

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 17:00