Anakku Pintar

Anakku Pintar

Share

BANTU ANAK MUDAH INGAT DAN FOKUS DALAM BELAJAR

27/04/2023

Sampai skrg... saya masih tak boleh hadam bila bertemu dengan ibu bapa yang menganggap anak dia pandai ABC 123 dari usia 2 tahun tu takde masalah apa2 & dah cukup pandai.

Hyperlexia dan Hypernumeric di kalangan kanak2 bawah 4 tahun bukan sesuatu yg membanggakan. Ianya adalah sesuatu yg membimbangkan.

Kerana anak2 yang kenal huruf dan nombor serta sangat obses dengannya mengalami masalah depression dalam senyap. It kills the child’s imagination,creative thinking,judgement & problem solving skills. In fact,ianya juga “membunuh” emosi anak2 ini walaupun secara mata kasarnya kita nampak anak itu enjoy dengan huruf dan nombor.

Kesedaran ini saya bagi pada ibu bapa yang tiada anak Autism dan ADHD. Bagi anak Autism dan ADHD yg ada symptom Hyperlexia dan Hypernumeric ni,ianya adalah satu “anugerah”,yang mana jika kita tahu “menggunakan” symptoms ini dengan baik,ianya dapat membantu mengatasi masalah social-communication yang mereka alami

Tapi utk anak anda yang asalnya normal....lahir takde isu Sensory Processing Disorder yg ketara... tiba2 anda bersemangat terlebih nak bagi anak pandai akademik... anda silap.

Bawah usia 4 tahun kalau anak2 tak reti lagi nak membaca,kenal huruf dan nombor tu semua adalah bukan satu masalah.

Saya ulang... IANYA BUKAN SATU MASALAH.

Dan berapa banyak kes saya jumpa kanak2 yg di usia 4-6 tahun yang dah pandai membaca,kenal huruf dan nombor suffer from anxiety and depression issues? Banyak.

Nak cakap lebih2 pun susah jugak.

Sebab yang merawatnya adalah kami.

Lebih berat lagi... nak “merawat” pemikiran ibu bapa mereka sendiri.

Kanak2 sepatutnya BERMAIN. Cukup.

BERMAIN.
BERMAIN.
BERMAIN.

Jika benda yang dia main tu adalah bahaya,PANTAULAH SEPENUH HATI ANDA. TELEFON LETAK TEPI.

Create bonding dengan anak2 ketika bermain.

Tuhan bagi masa sehari 24 jam,takkan 30 minit masa bersama anak setiap hari pun kita tak boleh bagi?

P.S: NorSuhaini

Photos from Anakku Pintar's post 09/04/2023

Bagaimana merangsang otak anak .

Jati diri yg baik . Belajar secara natural tanpa paksaan

1. Bayi berada dalam Rahim . Ibu amalkan Gaya hidup sihat , banyakkan membaca AlQuran . Menjaga amanah dengan baik .

2. Bayi sudah lahir
Respond dengan baby talk Bila baby buat suara . Kita kene ekspresi muka , bertanya pada baby .

3. Bermain permainan yang melibatkan jari Dan tangan ibu
Cth .. bu cak , papet .
Simple Dan baby seronok

4. Jadi ibu yg tahu apa yg berlaku pada anak. Fokus pada anak . Bila Point kepada sesuatu . Ibu pun kene bertanya pada anak , apa tu . Nak tahu juga .. memberi rangsangan otak anak

Bayi responsive

03/04/2023

Tanda tanda anak rasa selesa bila bersama kita

- Dia s**a berkepit

Pantang nampak, mesti berlari datang nak berkepit. Nampak macam manja, sebenarnya dia rasa selesa dan senang bila bersama kita.

- Tak boleh berenggang

Tak boleh hilang kejap, memang menjerit dia cari kita. Kadang kita salah anggap kata itu penakut tapi bukan begitu.

Ini tandanya kita & anak ada bonding yang sangat kuat.

- Dia s**a tunjuk kepandaian

Sebenarnya dia s**a bila kita puji dia, makin kita puji makin dia rasa pandai. Makin cepat otak dia membesar.

- Selalu minta tolong

Kadang dia dah pandai pun, tetap ngada nak minta tolong kita. Layankan, orang tengah sayang memang s**a buat buat tak pandai.

- S**a kita peluk

Bila kita peluk tu tersipu sipu muka dia. Makin s**a makin gedik!

Anak akan rasa tenang dan tenteram hatinya jika kita peluk dia selalu.

- Kita jadi tempat mengadu

Bila dia rasa tak enak, sakit atau sedih kita la tempat dia mengadu. Kita ada calm effect pada anak kita.

- Jadi super berani

Orang lain bagi kata semangat tak jadi tapi bila kita beri kata-kata semangat, terus dia jadi berani.

- Berubah ubah perangainya

Depan orang lain dia baik, bila kita ada je dia berubah jadi mengada ngada. Ada juga yang terbalik, depan kita baik belakang kita nauzubillah.

- S**a ngekor mana kita pergi

Nak keluar buang sampah pun dia nak ngekor, tak dapat ikut melalak. Huh!

- Mudah mengikut

Cara cakap, cara makan, cara tidur sampaikan ke cara korek hidung dia ikut cara kita. Haha

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan!

Andai ada semua tanda ni jangan kita mengeluh atau rasa rimas ya, ketahui la bahawa itu tanda keramat yang anak rasa senang & selesa dengan kita.

Wallahu A’lam,

~ Mohd Fhais Salim

SEMOGA BERMANFAAT

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kampung Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Kampung Raja
Kampung Raja
22000