Klang INFO

Klang INFO

Share

INFO terkini mengenai isu semasa di KLANG khususnya Dan diseluruh Malaysia amnya. melalui berita semasa, infografik, informasi santai Dan video terkini.

12/02/2026

Hari ni gempar kesesakan luar biasa melanda Lembah Klang sebut sahaja lokasi dimana pasti jammed.

Satu Kuala Lumpur dan kawasan bandar sekitarnya dilaporkan mengalami kesesakan trafik luar biasa yang jarang berlaku secara serentak di hampir semua laluan utama.

Paparan peta trafik (Waze/Google Maps) menunjukkan aliran 'merah pekat' melanda nadi ibu kota pagi dan petang tadi!

Antara kawasan yang terjejas teruk :

📌 Pusat Bandar: Jalan-jalan utama menghubungkan kawasan perniagaan 'locked'.

📌 Laluan Ampang: Aliran trafik sangat perlahan keluar masuk bandar.

📌 Barat KL: Kelana Jaya, Subang Jaya & Shah Alam sesak teruk.

📌 Selatan/Tenggara: Puchong dan Seri Kembangan mencatatkan kelewatan luar biasa.

📌 Utara KL: Batu Caves dan Wangsa Maju turut 'lumpuh'.

Teruknya jammed hari ni sampai penunggang motosikal pun terpaksa menunggu lama kerana ruang untuk mencelah sudah tiada.

Rata-rata netizen meluahkan rasa hairan kerana tiada laporan kemalangan besar atau banjir kilat yang menjadi punca.

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai punca sebenar Lautan Merah yang melanda Lembah Klang hari ini.

Siapa yang tersangkut dalam hari ini. Cuba komen dibawah.

Photos from Klang INFO's post 10/02/2026

PELABUHAN KLANG | 10 Februari 2026 - Satu lawatan kerja oleh YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara telah diadakan di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia ( AKPS) Pelabuhan Klang pada 9 Februari 2026.

Fokus utama lawatan adalah untuk:

• Menerima taklimat keselamatan daripada Komander AKPS Port Klang

• Meneliti isu kemasukan e-waste secara haram melalui pintu masuk utama negara.

• Meninjau pelaksanaan prosedur kerja (SOP) operasi penguatkuasaan di lapangan.

Kehadiran YBhg. Tan Sri membuktikan komitmen tinggi pihak kerajaan dalam menangani isu alam sekitar dan integriti penguatkuasaan di sempadan.

Photos from Klang INFO's post 10/02/2026

PELABUHAN KLANG | 9 Februari 2026 – DCP Datuk Nik Ezanee Bin Mohd Faisal Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia-Port Klang (AKPS)
telah mengadakan lawatan kerja dan sesi perbincangan

lawatan kerja dan sesi perbincangan telah diadakan hari ini bersama pengurusan Port Klang Cruise Terminal (PKCT).

Fokus utama perbincangan mengenal pasti kawasan berisiko yang memerlukan kawalan keselamatan lebih ketat. Menilai semula kesesuaian ruang operasi bagi memastikan kelancaran aliran penumpang dan petugas dan Cadangan transformasi & penambahbaikan struktur di kawasan tertentu bagi memenuhi piawaian keselamatan.

Segala cadangan penambahbaikan akan diteliti dan dilaksanakan secara berfasa demi memastikan integriti sempadan negara tidak dicerobohi. AKPS terus komited dalam melaksanakan amanah demi keselamatan rakyat dan negara.

24/01/2026

Orang KLANG kalau tak tau nak lepak mana malam malam? Bukan setakat healing je tapi makanan Dan minuman dia pun sedap!
Kredit: FuyohhTV

Want your business to be the top-listed Media Company in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Klang