Fiza Kitchen
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fiza Kitchen, 222-274 Jalan Besar, Klang.
17/05/2019
Alhamdulillah..
Pada 16 Mei 2019 jam 6.30 ptg, FIZA KITCHEN telah menyediakan dan menghantar makanan untuk diinfakkan ke Masjid Badariah, Batu 12, Kapar sebagai juadah berbuka puasa di masjid tersebut..
Jutaan terima kasih kepada penyumbang2 yang tidak putus menghulur sumbangan sambil berebut2 untuk mengejar saham akhirat terutama di bulan Ramadhan yg mulia ini..
Semoga kalian mendapat keberkatan dan kemuliaan di sisi Allah swt.. Aminnn
Jom joint INFAK MAKANAN bersama FIZA KITCHEN sepanjang bulan Ramadhan ini..
11/05/2019
Alhamdulillah..Selesai sudah amanah yg di beri..Petang semalam ( Jumaat - 10 Mei 2019) kami telah menyediakan 30 bungkus makanan untuk diinfakkan dan menghantar makanan2 tersebut di sebuah pusat Maahad Tahfiz Al Quran Al Khairiah, Kg Sungai Serdang, Kapar, Selangor..
Sebagai penghargaan dari pihak Tahfiz ini..mereka telah menghadiahkan bacaan yasin dan tahlil arwah untuk ahli keluarga penyumbang makanan tersebut..
Di sini..kami ingin mengumumkan kepada semua penyumbang2 yg berhati mulia..jika anda berhajat untuk menginfakkan sebahagian harta anda untuk dikongsi bersama pelajar2 tahfiz ini terutama di bulan Ramadhan yg mulia ini..boleh la menghubungi kami..
Kami menyediakan pakej INFAK RAMADHAN KHAS BUAT MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AL KHAIRIAH sepanjang bulan ramadhan ini iaitu PAKEJ KHAS TAHFIZ..
PAKEJ KHAS TAHFIZ ini bermaksud seorang penyumbang akan menyumbangkan 30 bungkus makanan dan 2 kotak kurma bernilai RM150 kepada pihak tahfiz sebagai juadah berbuka puasa di mana makanan2 tersebut akan disediakan dan di hantar oleh pihak FIZA KITCHEN..
Antara keistimewaan yang akan diperolehi oleh penyumbang ialah pihak tahfiz akan mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil arwah atau bacaan yasin dan solat hajat mengikut kehendak para penyumbang.
Jika berminat..sila tekan link di bawah untuk maklumat lanjut..
http://www.wasap.my/60143501515/infakkhastahfiz
30/04/2019
Oder makanan untuk DIINFAKKAN pada hari Jumaat ni (03 Mei 2019) sedang dikumpulkan..
Kalau ada yg nk joint INFAK MAKANAN minggu ni..cepat2 hubungi kami di talian 014-350 1515 (Pn Fiza)
Sekian terima kasih..
12/04/2019
Assalamualaikum dan selamat petang...
Mcm biase..harini hari Jumaat.. So..kami nak update aktiviti kami harini..
Alhamdulillah..sebanyak 84 BUNGKUS MAKANAN kami telah sediakan dan minggu ni kami telah memilih MASJID BADARIAH, KAMPUNG BATU 12, KAPAR, SELANGOR sebagai penerima INFAK MAKANAN..
Cuba tengok menu kami minggu ni..😍😍 (tengok gambar kat bawah)
Jangan pelik ye kenapa menu kami dah berubah..
Kami tukar menu sebab atas permintaan ramai dari penyumbang-penyumbang yang berhati mulia..yang selama ini telah menyumbangkan sebahagian rezeki mereka untuk di kongsi bersama insan lain..
Penyumbang2 ni bkn saje baik hati..tetapi mereka juga prihatin dan sudi bagi pendapat untuk kami menambah baik perkhidmatan kami..
Kepada anda yang teringin nak jadi penyumbang seperti mereka..jangan tangguh2 lg..cepat2 la hubungi kami untuk menempah makanan untuk DIINFAKKAN pada hari Jumaat depan pulak.. kalau nk lagi pantas..tekan je link kat bawah ni..terus wasap kami untuk joint INFAK yang akan datang..
http://www.wasap.my/60143501515/infak
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Klang
42200