TJC SABAH GA

TJC SABAH GA

Share

Live:
Saturday: 1.45pm (2.00pm)

YouTube: TJC Sabah GA Official

*Untuk bukan Muslim sahaja 只限于非慕斯林

10/04/2026

"Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku.” Filipi 4:13

Dalam hidup ini, bukan semua perkara mudah. Ada saat lemah, ada saat hampir menyerah. Namun sebagai orang percaya, kita harus belajar bahawa kekuatan sejati bukan datang dari diri sendiri, tetapi dari Tuhan.

Melalui doa, pimpinan Roh Kudus, dan iman yang teguh, kita percaya bahawa Tuhan Yesus sentiasa menyertai dan memberi kekuatan untuk menghadapi setiap ujian dengan setia.

Marilah kita datang ke hadirat-Nya dan menerima berkat hari Sabat yang berlimpah daripada-Nya.

Selamat hari Sabat 😇

Photos from TJC SABAH GA's post 06/04/2026

Roma 1:16 merupakan sebuah ayat daripada Perjanjian Baru dalam Alkitab, yang ditulis oleh Rasul Paulus. Dalam ayat ini, Rasul Paulus menyatakan kepercayaan dan keyakinannya yang teguh terhadap injil, iaitu perkhabaran tentang Yesus Kristus dan ajaran-ajaran-Nya.

Rasul Paulus menyatakan bahawa dia tidak berasa malu dengan injil itu kerana dia mengakui ianya sebagai satu kuasa besar yang membawa penyelamatan kepada semua orang yang mempercayainya. Perkataan "penyelamatan" merujuk kepada pengampunan dosa dan janji kehidupan kekal bersama Tuhan.

Rasul Paulus menekankan bahawa injil adalah untuk semua orang, tanpa mengira latar belakang mereka. Beliau menyebut "pertama-tama kepada orang Yahudi, dan juga kepada orang bukan Yahudi" untuk menonjolkan bahawa perkhabaran penyelamatan itu pada mulanya dikhabarkan kepada orang Yahudi, tetapi ia juga bertujuan untuk semua individu bukan Yahudi.

Secara keseluruhannya, Roma 1:16 adalah satu pengisytiharan iman Rasul Paulus yang tidak berbelah bahagi terhadap injil dan kepentingan sejagatnya sebagai sarana penyelamatan bagi semua orang yang menerima, percaya, dan patuh.

03/04/2026

Selamat Hari Sabat 😇

Pada hari Sabat ini, marilah kita berhenti seketika daripada segala kesibukan dunia untuk menguduskan hari perhentian Tuhan.

Dalam Kitab ​Ibrani 4:9,10 mengingatkan kita bahawa masih tersedia perhentian bagi umat Allah. Apabila kita berhenti daripada pekerjaan kita, kita sebenarnya sedang memberi ruang kepada Tuhan untuk memenuhi jiwa kita.

Marilah kita menerima berkat hari Sabat yang berlimpah daripada-Nya.

Segala kemuliaan hanya bagi nama Tuhan 😇

Photos from TJC SABAH GA's post 01/04/2026

📅四月份灵恩会节目 Kebaktian Kebangunan Rohani Bulan April

无论你在哪里,救赎之门随时为你敞开。 真耶稣教会的灵恩佈道会包括全天的道理分享和晚间福音佈道会。
Di mana saja kamu berada, pintu keselamatan sentiasa terbuka untuk kamu! Jom sertai Kebaktian Kebangunan Rohani Gereja Yesus Benar.
Sepanjang hari dipenuhi dengan perkongsian Alkitab yang membina iman, dan pada waktu malam, Kebaktian Penginjilan yang menguatkan rohani.

我们诚心邀请您参加下个月在沙巴各地举行的灵恩佈道会,并把握机会体验神的恩典。
Kami mengalu-alukan semua untuk menyertai Kebaktian Kebangunan Rohani yang diadakan pada bulan ini dan seterusnya di pelbagai tempat di Sabah.
Marilah datang untuk mengalami kasih dan anugerah Tuhan.

有关项目和地点的更多详情,欢迎在 Facebook 或 Instagram 上留言。我们期待与您相见!
Untuk maklumat lanjut mengenai program dan lokasi, sila tinggalkan mesej di Facebook atau Instagram. Kami menantikan kehadiran semuanya!

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Kota Kinabalu