PVC-Prime Venture Consultancy

PVC-Prime Venture Consultancy

Share

PVC menyediakan perkhidmatan perundingan kewangan profesional untuk individu atau perniagaan

10/05/2023

1) Kadar faedah/keuntungan yang jauh lebih rendah berbanding Kad Kredit.
Bukanlah sesuatu yang pelik apabila seseorang dikenakan faedah sehingga 18% apabila menggunakan Kad Kredit. Namun, rata-rata di luar sana, hampir setiap orang mempunyai kad kredit. Alasan yang diberikan adalah mudah jalankan transaksi dan sebagai kegunaan untuk masa kecemasan.
Tetapi, faedah pinjaman peribadi hanya sekitar 6-11% sahaja pada kadar tetap dan tempoh pembayaran balik boleh didapati sehingga 10 tahun. Sebab itu ramai orang yang mohon pinjaman peribadi untuk langsaikan hutang kad kredit.
Jadi, untuk kemudahan berbelanja, masukkan wang pinjaman tersebut kedalam akaun simpanan dan gunakan kad debit atau perbankan online anda untuk membuat pembayaran.
2) Pinjaman Pelbagai Guna
Pinjaman peribadi adalah amat unik berbanding pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman perumahan, beli kenderaan dll. Anda tidak perlu menyatakan atas tujuan apa pinjaman dibuat. Dalam erti kata lain, s**a hati andalah nak buat apa dengan duit itu.
Kebiasaaannya peminjam memohon pinjaman peribadi untuk tujuan-tujuan seperti perkahwinan, pendidikan, melangsaikan hutang, mengubahsuai rumah, melancong, memulakan perniagaan dan lain-lain lagi.
3) Simpanan atau Pelaburan
Untuk mengumpul simpanan dan meletakkan simpanan tersebut dalam instrument-instrumen pelaburan akan mengambil masa mengikut kemampuan anda. Pulangan atau dividen pelaburan juga bergantung kepada jumlah simpanan/pelaburan yang dibuat. Kerana itu adanya produk seperti ASB Loan untuk memenuhi keperluan seperti ini.
Dengan pinjaman peribadi, anda tidak terhad kepada satu instrumen pelaburan sahaja. Terp**ang pada anda untuk menilai, institusi pelaburan manakah yang wajar mejadi destinasi pilihan pelaburan anda.
Mungkin juga anda mendapat tips berkenaan saham yang bakal naik harga atau peluang perniagaan yang boleh beri p**angan jangka pendek. Alangkah indahnya jika pada waktu itu anda mempunyai wang tunai untuk mengambil kesempatan ke atas peluang-peluang yang datang bergolek ini.
4) Melonjakkan “Credit
Bukanlah sesuatu yang pelik apabila anda membuat permohonan pinjaman rumah misalnya dan pihak bank bertanyakan tentang pinjaman-pinjaman yang lain. Dalam menilai permohonan pinjaman, “Credit Score” merupakan penanda aras yang digunakan dalam mendapatkan gambaran tentang profil hutang-hutang anda. Dalam erti kata lain, “Credit Score” ini menunjukkan prestasi anda sebagai seorang “paymaster”.
Pihak bank agak s**ar memberi pinjam kepada orang yang tidak mempunyai hutang dengan mana-mana institusi kewangan kerana mereka tidak dapat kenal personaliti kredit anda. Lebih banyak hutang yang anda ada, lebih tepat analisis “Credit Score” dapat dibuat dan ini akan menjadi hujah utama dalam menyokong permohonan pinjaman yang sedang anda buat.
5) Penyatuan Hutang
Kadar faedah yang rendah berbanding hutang lain seperti kad kredit dan lain-lain membolehkan anda menggunakan pinjaman peribadi untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut dan komitmen bayaran bulanan anda akan menurun.
Penyatuan hutang juga akan memudahkan proses menguruskan pembayaran balik kerana sekarang anda hanya perlu bayar pada satu institusi kewangan sahaja berbanding sebelum ini.
Banyak bank dan institusi kewangan menawarkan pinjaman peribadi untuk tujuan ini dan yang menariknya adalah sewaktu proses permohonan, komitmen-komitmen sedia ada yang bakal dilangsaikan nanti tidak diambil kira dalam menentukan kadar keterhutangan anda dan jumlah yang layak dipinjam.

02/05/2023

Majikan s**ar dapatkan pekerja berkelayakan, berkemahiran

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan untuk menubuhkan pas**an petugas khas untuk mengatasi cabaran masa depan pekerjaan memandangkan majikan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) s**ar untuk mendapatkan pekerja yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran yang sesuai.

Pengerusinya, Datuk William Ng, berkata teknologi baharu telah mengganggu pasaran kerja secara ketara.
Beliau berkata, walaupun kadar pengangguran berada pada tahap rendah 3.5 peratus, ia tidak mengambil kira fenomena 'underemployment' atau ketidakpadanan dalam kelayakan dan pekerjaan.
Justeru, ia memberi kesan teruk kepada pertumbuhan produktiviti dan memaksa majikan untuk menanggung kos yang tinggi untuk melatih semula pekerja, jelasnya.

"Pas**an Petugas Khas Masa Depan Pekerjaan perlu ditubuhkan secepat mungkin dan merangkumi bukan saja agensi kerajaan yang berkaitan, tetapi juga industri, termasuk PKS, untuk menangani hal ini dan membantu negara dan rakyat untuk mengharungi masa depan pekerjaan yang cukup berbeza," katanya dalam satu kenyataan.

Ng berkata, pada masa sama, pekerja, termasuk pekerja gig, mendapati diri mereka tidak bekerja secara optimum.

Beliau berkata, EMIR Research dalam satu kenyataan baru-baru ini telah menyatakan bahawa fenomena 'underemployment' kini sudah 'berstruktur'.

Katanya, Forum Ekonomi Dunia menyatakan bahawa menjelang 2025, lebih separuh daripada semua pekerja perlu dilatih semula.
Malah, pemenang Nobel Prize Sir Christopher Pissarides turut berkata bahawa, teknologi digital mengganggu pasaran buruh dan cara mereka bekerja kerana ia memerlukan kemahiran yang berbeza (dari sekarang).
"Situasi serba kalah ini mesti ditangani dengan segera. Ini bukan saja untuk menyelesaikan isu gangguan pasaran pekerjaan, tetapi untuk memastikan ketersediaan tenaga kerja terlatih untuk menyokong pertumbuhan industri negara, menyediakan pekerjaan bernilai tinggi yang lebih bermakna untuk rakyat, dan membantu perniagaan terutamanya PKS untuk menaik taraf tenaga kerja dan keupayaan digital mereka," katanya.

17/04/2023

Khas untuk Kakitangan Penjawat Awam / GLC / Badan Berkanun

Tawaran Istimewa Pembiayaan Peribadi
100% dengan bank Malaysia .

Anda boleh memohon jika :

1. REKOD CTOS / CCRIS KURANG CANTIK
2. KOMITMEN TINGGI
3. GAJI MIN RM1500 KE ATAS
4. INGIN MENGURANGKAN KOMITMEN
BULANAN DENGAN PENYATUAN HUTANG

Semak percuma dan mohon dengan cepat melalui kami ,
lebih jimat masa dan lebih tinggi peluang untuk kelulusan.

Untuk maklumat lanjut , sila hubungi atau whatsapp untuk
SEMAK PERCUMA :

*Tanpa caj pendahuluan

PM kami untuk semakan kelayakan !!!

https://wapp.my/601126007676/PVConsultancy-Hubungi+Kami+

12/04/2023

Pinjaman tak berbayar Aeon Credit meningkat sedikit

Nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) Aeon Credit Service (M) Bhd menokok sedikit kepada 2.89 peratus pada suku keempat tahun kewangan 2023, berbanding 2.54 peratus pada suku ketiga 2023 dan 2.66 peratus pada suku sama tahun lalu.

RHB Investment Bank dalam satu penyelidikan bagaimanapun berkata, melangkah ke hadapan, angka ini diramalkan kembali menurun berikutan paras semasanya yang masih lagi tinggi berbanding purata prapandemik yang kurang daripada 2.75 peratus.

"Namun, perlindungan kerugian pinjaman (LLC) sebanyak 251 peratus (naik daripada purata sebelum 2018 iaitu kurang daripada 110 peratus) masih lagi memadai pada pandangan kami.

"Kos kredit p**a susut kepada 273 mata asas pada suku keempat 2023 dan pihak pengurusan menjangka kos kredit akan jatuh lebih lanjut kepada kira-kira paras 250 mata asas pada tahun kewangan 2024," kata bank pelaburan itu dalam nota yang disediakan bersama penganalisis, Nabil Thoo dan David Chong.

Keuntungan bersih AEON Credit bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari 2023 meningkat kepada RM417.69 juta daripada RM365.42 juta pada tahun sebelumnya.

Pendapatan meningkat 7.6 peratus kepada RM1.64 bilion daripada RM1.52 bilion sebelumnya.

RHB Investment Bank berkata, pembiayaan kasar belum terima AEON Credit adalah sebanyak RM10.8 bilion, peningkatan 9.9 peratus berbanding setahun lalu dan hanya kurang sedikit daripada sasaran pihak pengurusan iaitu kenaikan melebihi 10 peratus.

Ia berkata, pemacu utama untuk pertumbuhan ialah pembiayaan kenderaan yang meningkat tujuh peratus berbanding tahun lalu dan pembiayaan peribadi, menokok 15 peratus.

"Menuju ke hadapan, pihak pengurusan optimis untuk mencapai pertumbuhan pembiayaan belum terima dalam dua angka pada tahun kewangan 2024, yang akan diterajui oleh pembiayaan kenderaan (terutamanya motosikal dan kereta terpakai) dan pembiayaan peribadi," katanya.

Bank pelaburan itu menambah, jumlah urus niaga dan pembiayaan berkembang 31 peratus tahun ke tahun kepada RM6.25 bilion dan perkembangan ini memberikan kesan positif kepada pertumbuhan

pendapatan faedah Aeon Credit pada masa hadapan.

"Kump**an masih lagi mempunyai modal yang mencukupi dengan nisbah kecukupan modal 27.1 peratus

setakat akhir Februari 2023," katanya.

RHB Investment Bank tidak membuat sebarang perubahan kepada saranan 'beli' harga saham Aeon Credit dengan mengekalkan sasaran harga pada RM15.20.

"Kami percaya harga saham yang rendah baru-baru ini adalah peluang yang baik untuk mengumpul kaunter ini pada penilaian yang murah," kata RHB Investment Bank.

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Kuala Lumpur