All Netizen
Hebohkan Kepada Semua!
09/07/2026
Baru sahaja tular kes warga asing didakwa kencing di MRT Titiwangsa, kini muncul p**a rakaman baharu yang memaparkan kejadian hampir sama di dalam tren KTM.
Video itu menunjukkan seorang lelaki warga asing berbaju putih diiring keluar oleh petugas KTM selepas didakwa membuang air kecil di dalam gerabak.
Perbuatan tersebut mencetuskan rasa marah netizen yang menganggapnya memalukan serta mendesak hukuman lebih tegas dikenakan.
09/07/2026
Enam lelaki Rohingya berusia 18 hingga 38 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan merompak sebuah gudang penyimpanan barangan binaan di Sungai Udang pada 15 Jun lalu.
Mereka didakwa mengikat tangan dan kaki pengawal keselamatan sebelum melarikan aluminium formwork bernilai kira-kira RM200,000. Kesemua suspek diberkas menerusi Ops Kargo di sekitar Kajang dan polis turut merampas dua lori, tiga guni bongkah aluminium serta dua resit jualan.
Kes didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan kerana semua tertuduh tidak memahami bahasa Melayu. Kes disebut semula pada 10 Ogos bagi lantikan jurubahasa bahasa Rohingya.
Sumber: Sinar Harian
Fotoπ·: Kosmo!
09/07/2026
Perlu diperjelaskan supaya tiada yang keliru, dua kes rogol yang tular di Kelantan sejak kebelakangan ini bukan melibatkan suspek yang sama.
Kes pertama berlaku di Bachok apabila seorang lelaki Rohingya berusia 32 tahun ditahan dan direman selama enam hari bermula 8 Julai kerana disyaki merogol seorang wanita berusia 19 tahun di Kampung Kuar, dekat Tawang pada 29 Jun lalu. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Kes kedua p**a berlaku di Palekbang, Tumpat, melibatkan seorang mekanik berusia 24 tahun yang telah ditahan bagi membantu siasatan kes rogol dan samun terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ketika berjoging. Kedua-dua kes ini melibatkan lokasi, mangsa dan suspek yang berbeza.
08/07/2026
Bulan lepas, gara-gara marah kerana dibunyikan hon, seorang lelaki nekad menetak penunggang motosikal dengan pisau potong daging di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan.
Hari ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta dua sebatan terhadapnya.
Tertuduh, Azmi Jantan, 43, mengaku bersalah menyebabkan cedera parah terhadap mangsa berusia 45 tahun dalam kejadian pada 11 Jun lalu.
Sumber: Bernama
07/07/2026
Kejadian petang tadi, murid tahun 5 jatuh dari tingkat 3
Allahuakbar... Berderau darah baca berita ni. π
Budak-budak lelaki umur 11 tahun ni memang tengah fasa lasak dan berani. Tak sangka niat nak ambil sarang burung di tingkat atas bangunan sekolah berakhir dengan tragedi bila adik ni terjatuh dari tingkat 3. Kejadian dilaporkan berlaku petang tadi masa waktu kelas KAFA di Padang Terap.
Siasatan polis setakat ini memang sahkan ia kemalangan sendiri, tak ada unsur jenayah. Sekarang adik ni tengah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Kasihan ibu bapa dia, mesti tengah luruh jantung sekarang. Sama-sama kita doakan semoga adik ni panjang umur, tiada kecederaan yang serius, dan cepat sembuh.
Kepada semua ibu bapa dan guru, jom kita beringat selalu untuk pantau dan ingatkan anak-anak tentang bahaya tempat tinggi. π
07/07/2026
Seorang bekas mekanik berusia 52 tahun dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap menantu perempuannya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kuala Merotai, Tawau pada Disember 2022.
Peguam memohon hukuman ringan dengan mengambil kira usia tertuduh serta masalah jantung dan pernafasan, namun pendakwa menuntut hukuman maksimum kerana kesalahan seksual semakin membimbangkan dan perlu memberi kesan pencegahan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan serta berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman.
Sumber: Harian Metro
Click here to claim your Sponsored Listing.