Democratic Action Party

Democratic Action Party

Share

Laman Facebook rasmi Parti Tindakan Demokratik
The official page of Democratic Action Party The DAP was formed on 18 March 1966.

05/07/2026

Pakatan Harapan mengetengahkan calon daripada pelbagai latar belakang, pengalaman dan kaum kerana Johor memerlukan kepimpinan yang benar-benar memahami serta mewakili semua rakyat.

Inilah komitmen kami: membina sebuah pasukan yang inklusif, bekerja untuk rakyat dan berkhidmat tanpa mengira kaum atau agama.

Johor Ke Depan. Undi HARAPAN.

05/07/2026

Apabila ekonomi diurus dengan baik, manfaatnya akan dirasai oleh seluruh rakyat.

Harga barangan import lebih terkawal, kuasa beli rakyat semakin kukuh, inflasi dapat dikawal dan keyakinan terhadap masa depan ekonomi terus meningkat. Semua ini bukan berlaku secara kebetulan, tetapi hasil dasar yang konsisten, pengurusan ekonomi yang berhemah dan keyakinan pelabur terhadap negara.

Ayuh teruskan usaha membina Johor yang lebih maju, lebih berdaya saing dan penuh peluang untuk semua.

Johor Ke Depan. Undi HARAPAN.

05/07/2026

Di sebalik setiap troli barang, setiap bil utiliti dan setiap perbelanjaan sekolah, ada sebuah keluarga yang mahu kehidupan yang lebih baik. 🛒

Itulah sebabnya Kerajaan MADANI laksanakan STR, memperluas SARA dan meneruskan Jualan RAHMAH. 💯

Bukan sekadar membantu hari ini, tetapi memastikan rakyat terus mempunyai ruang untuk membina masa depan. ☀️

Kerajaan bekerja, rakyat menikmati hasilnya. 🫡

JOHOR KE DEPAN, UNDI HARAPAN!

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

DAP Headquarters, Jalan Yew
Kuala Lumpur
55100