Global UNITY Network

Global UNITY Network

Share

#UNITYThroughKnowledge
#unfoldingHARMONIOUScoexistence

Photos from Global UNITY Network's post 26/04/2026

Alhamdulilah selesai kursus Fundamentals & Basics of Interfaith (FBI Essentials).

Pelbagai latar belakang peserta yang hadir daripada remaja sekolah hingga ke yang dah bersara.

Ada yang datang daripada Singapura semata-mata nak menambah pengetahuan.

Peserta didedahkan dengan kefahaman asas agama lain tanpa mengelirukan akidah

Belajar cara jawab soalan sensitif dengan hikmah & tenang

Bina keyakinan bila berkongsi tentang Islam.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan dimanfaatkan sepenuhnya.

Photos from Global UNITY Network's post 28/03/2026

UNITY RAYA GET2GETHER 2026
28/3/2026

Alhamdulillah, UNITY RAYA GET2GETHER berlangsung dengan penuh warna-warni, meriah dengan semangat ukhuwah dan perpaduan.

Pelbagai bangsa, budaya dan agama berkumpul dalam satu suasana penuh kasih sayang. Ia membuktikan bahawa perbezaan bukan penghalang, tetapi jambatan untuk kita membina persaudaraan yang lebih erat.

Antara wakil komuniti bukan Islam yang turut hadir memeriahkan majlis:
• Most Venerable Datuk K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thera
• His Excellency The Most Reverend Julian Leow Beng Kim
• Dr Balachandran Gopal Krishnan
• Mr Jason Leong (Advisor, Christian For Peace And Harmony Malaysia – CPHM)
• Wong Choon Tat
• Dr Charanjit Kaur

Kehadiran mereka membuktikan bahawa nilai saling menghormati dan kasih sayang rentas agama bukan sekadar slogan tetapi sesuatu yang boleh kita hidupkan bersama.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak, terutamanya AJK Induk CUTe yang bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan lancar dari awal hingga ke akhir.

Ada yang tidak dapat hadir, namun mengirim juadah sebagai pengganti diri.
Ada yang menyumbang wang ringgit.
Ada yang menyumbang tenaga.
Ada juga yang mendoakan dari jauh.

Begitulah indahnya tradisi Raya Potluck UNITY, meriah bukan hanya pada juadah, tetapi pada keikhlasan dan kebersamaan.

Semoga usaha kecil ini menjadi benih kepada perpaduan yang lebih besar, menyuburkan rasa persaudaraan, dan menguatkan lagi ikatan ukhuwah antara kita semua, insyaAllah.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Kuala Lumpur