Dr Azman Ibrahim

Dr Azman Ibrahim

Share

Exco Pertanian Negeri Terengganu | ADUN Jabi | AJK PAS Pusat

23/06/2026

Saya biasa bermesyuarat bersama Dr Sam samada Mesyuarat Exco, Mesyuarat Perancang Negeri, Mesyuarat Agensi Kerajaan Negeri, Mesyuarat Parti dan pelbagai mesyuarat lagi.

Sebagai Pengerusi biasanya beliau tak banyak cakap, tak ada muqadimah panjang berjela-jela. Ahli mesyuarat diberi peluang untuk bercakap jika ada point dan jangan point sama yang diulang-ulang. Hanya fokus kepada agenda. Keputusan mesyuarat akan dibuat berdasarkan pendapat yang paling kuat. Bila timbul sesuatu perkara berbangkit, pendapat ahli mesyuarat akan ditanya sebelum Pengerusi membuat keputusan.

Masuk agenda lain-lain hal, semua ahli mesyuarat sekali lagi akan diberi peluang secara round table jika ada apa-apa hal yang nak dikemukakan.

Mesyuarat biasanya tak mengambil masa lama. Apa yang penting ialah keputusan untuk dilaksanakan.

Dr Azman Ibrahim

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuala Terengganu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuala Terengganu