CMK Unibina

CMK Unibina

Share

DARI TANAH KE ARUS KAMI URUS
Syarikat tertumpu kepada pelaksanaan projek projek kejuruteraan awam dan eletrik

Photos from CMK Unibina's post 05/07/2026

🎉 CMK UNIBINA FAMILY DAY 2026 🎉

Alhamdulillah, program Family Day CMK Unibina telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua warga CMK Unibina dan ahli keluarga yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan program ini.

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk berehat dan bergembira, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara staf dan keluarga. Pelbagai aktiviti menarik, permainan santai, sesi bergambar dan aktiviti berkumpulan telah berjaya mencipta kenangan indah untuk semua yang hadir.

Semoga semangat kekeluargaan, kerjasama dan ukhuwah yang terjalin sepanjang program ini akan terus diperkukuhkan demi kejayaan CMK Unibina pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Family Day ini. Terima kasih atas komitmen, sokongan dan kerjasama yang diberikan.

“Bersama Membina Kejayaan, Bersama Mengeratkan Ukhwah.”

Photos from CMK Unibina's post 29/06/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga CMK Unibina atas komitmen, dedikasi dan kesetiaan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat bersama syarikat.

Setiap usaha, pengorbanan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua staf merupakan tunjang utama kepada kejayaan dan perkembangan CMK Unibina hingga ke hari ini.

Terima kasih kerana sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan, menjaga nama baik syarikat serta bersama-sama menghadapi segala cabaran dan mencapai pelbagai kejayaan.

Semoga hubungan yang terjalin ini akan terus kukuh, dan semoga kita semua terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

“Kejayaan syarikat adalah hasil usaha dan komitmen setiap warga kerja.”

Ikhlas daripada,
Pengurusan CMK Unibina Sdn. Bhd.

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja

Photos from CMK Unibina's post 23/04/2026

Alhamdulillah, majlis Jamuan Raya Rumah Terbuka CMK telah berlangsung dengan meriah dan penuh kemesraan 🤝✨

Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi meluangkan masa untuk hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran anda semua amat bermakna dan menceriakan lagi suasana.

Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan dan kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang 🌙💫

Terima kasih sekali lagi daripada kami di CMK 🙏

Photos from CMK Unibina's post 08/04/2026

Sesi Taklimat Dan Pengenalan di Tapak Kerja bersama Pelajar Latihan Industri bagi sesi Mac 2026 sehingga Julai 2026

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai skop kerja sebenar di tapak, aspek keselamatan, serta prosedur kerja yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh latihan.

Semoga para pelajar dapat menimba ilmu, pengalaman dan kemahiran yang berguna untuk masa hadapan. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. 💪

Photos from CMK Unibina's post 21/01/2026

Penyerahan kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada pelanggan telah berjaya dilaksanakan.
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami sebagai kontraktor SPNB. 🏡🤝

Photos from CMK Unibina's post 21/01/2026

✅PROGRAM AUDIT HSE

Program Audit HSE telah dijalankan bersama pihak TNB bagi memastikan tahap keselamatan, kesihatan dan persekitaran kerja sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Sebagai kontraktor TNB, kami komited untuk mengamalkan budaya kerja selamat dan berkualiti demi kelancaran operasi di tapak kerja.

Terima kasih kepada pihak TNB atas kerjasama dan bimbingan yang diberikan. ✅

Keselamatan bukan pilihan, tetapi keutamaan!

Photos from CMK Unibina's post 20/01/2026

Antara Kerja Kerja penyelenggaraan dan pembaikan di tapak yang dijalankan oleh pasukan kami

Keutamaan kami adalah keselamatan ,kualiti dan kelancaran bekalan eletrik ⚡️⚡️

Want your business to be the top-listed Hardware Service in Kuala Selangor?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


No 6, Jalan Ujong Permatang Kg Ujong Permatang Kuala
Kuala Selangor
45000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CMK Unibina posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Kuala Selangor.