DigitalDome Photography
Perkongsian tentang pengalaman dan pengetahuan dalam dunia fotografi. Jika ada peetanyaan, boleh ajukan diruangan komen.
Sejak 2015 sehingga sekarang, saya telah menukar haluan fotografi ke alam semulajadi, tetapi ianya tidak sekadar fotografi, malah mendedahkan saya ke dunia botani atau saintifik.
03/09/2025
Saya arkibkan kembali gambar-gambar ketika pameran solo saya di Tokyo pada tahun lepas. Buat pertama kalinya saya mengadakan pameran solo diatas jemputan pihak disana. Ianya berlansung di dua galeri iaitu di galeri Pictorico, dimana pameran ini dibuka kepada orang ramai di Tokyo dan di galeri "Research Institute for Languages and Cultures of Asia and Africa," dimana ianya dibuka kepada penuntut di Universiti Tokyo.
Ketika pameran di galeri Pictorico, satu sessi dialog dan soal jawab bersama pengunjung telah diadakan. Banyak soalan-soalan tentang gambar yang dipamerkan.
Beberapa peralatan seperti GinGong, sikat buluh dan beg mengkuang turut sama dipamerkan.
Antara pengunjung adalah terdiri daripada peminat fotografi, penyelidik, pelajar, ahli botani, pelukis, budayawan dan pelbagai lagi. Banyak komentar-komentar positif telah mereka tinggalkan.
Saya juga melihat budaya pameran fotografi agak subur di Tokyo, malah digaleri ini sentiasa ada pameran foto diadakan. Satu lagi yang saya lihat, setiap pameran yang diadakan, mereka akan menyediakan poskad bergambar sebagai cederahati kepada pengunjung, termasuk pameran saya. Semoga acara-acara sebegini akan subur juga di Malaysia dan seni fotografi itu lebih dihargai.
Terima kasih kepada semua yang telah hadir, para penaja dan galeri Pictorico yang telah membuat cetakan dan susun atur foto yang sangat baik serta Dr. Aya Kawai yang menjadi tulang belakang saya bagi menjayakan pameran ini. Tak lupa kepada Aki Uehara dari Hati Malaysia yang sudi menulis artikel berkenaan pameran dan Zuhair (pelajar Malaysia di Tokyo) sebagai penterjemah ketika sessi soal-jawab
Click here to claim your Sponsored Listing.