Azley Yahya
YB.ADUN BUKIT MELAWATI, KUALA SELANGOR. NAIB KETUA BERSATU BAHAGIAN KUALA SELANGOR.
07/05/2026
Pada sebelah petang, saya telah menziarahi Keluarga Bukit Melawati di Kampung Assam Jawa iaitu Puan Kamariah Muhammad, 63 tahun, yang tinggal di Lot 114, Batu 24 1/2, belakang Masjid Kampung Assam Jawa, yang kini diuji dengan masalah kesihatan.
Saya turut mengambil kesempatan bertanya khabar serta menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan. Semoga Puan Kamariah diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.
Semoga ahli keluarga terus tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini.
05/05/2026
Saya menziarahi keluarga Allahyarham Nor Aiman Ishak yang telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi tadi dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Assam Jawa.
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke hospital sejak bulan Syawal yang lalu dan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh. Arwah meninggalkan seorang anak perempuan berusia lebih kurang setahun serta seorang lagi anak yang masih dalam kandungan, berusia sekitar dua bulan.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Saya turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
25/04/2026
Saya hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Taman Bayu Alam, Kuala Selangor, yang berlangsung dalam suasana penuh meriah, seolah-olah kemeriahan Syawal masih terasa.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, bersama Sdr. Tiban serta barisan pemimpin setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Pengerusi TBA, Tuan Saiful Ridzan, serta Timbalan Pengerusi, Tuan Nordin Abu Bakar, atas jemputan dan layanan yang sangat baik.
Semoga ukhuwah yang terjalin bersama penduduk TBA ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan komuniti setempat.
19/04/2026
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri si PASTI Nur Saadah, Kg Kuantan yang berlangsung di Balairaya Masyarakat Kg Kuantan, Kuala Selangor.
19/04/2026
Setiausaha Pusat Khidmat saya telah mewakili saya ke Majlis Jamuan Riang Ria Aidilfitri anjuran KRT Taman Desiran Malawati, Kuala Selangor.
Dalam majlis tersebut, turut disampaikan sumbangan kepada lima orang pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kejayaan mereka.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan serta menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.
Terima kasih kepada pihak pengerusi serta jawatankuasa KRT Taman Desiran Malawati atas jemputan serta menganjurkan program yang bermanfaat kepada komuniti.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Kuala Selangor
45700
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |