KRT Perumahan Bukit Rangin Perdana 2
KRT Perumahan Bukit Rangin Perdana 2
2024/2025
30/07/2025
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ*
*اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه*
JPKK Bukit Rangin, Surau (SKJ) PBRP2 dan KRT PBRP2 dengan kerjasama Alam Flora menjemput semua penduduk untuk turun padang dalam Program Gotong-Royong Pembersihan Kawasan:
📅 Ahad | 3 Ogos 2025
⏰ 8.00 pagi – 11.30 pagi
📍 Berkumpul di Surau (SKJ) PBRP 2
Aktiviti:
🪓 Tebang pokok di laluan keluar masuk taman & bersihkan pokok semak
🪓 Tebang pokok² tumbang di hadapan kedai Arshad dan berhampiran Lorong 9 (tempat kemalangan kereta)
🧹 Kutip dan lupuskan sisa
Datanglah beramai-ramai bawa peralatan yang sesuai (chainsaw, parang, penyapu dll).
*Bagi yang ingin menjual barang kitar semula, pusat jualan turut dibuka pada hari Ahad nanti.*
01/07/2025
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Penduduk Taman Bukit Rangin Perdana 2, Kuantan dan kawasan sekitar dijemput hadir ke program Jualan Rahmah Madani Bergerak anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.
📅 Tarikh: 1 Julai 2025 (Selasa)
🕙 Masa: 10:00 pagi – 1:00 petang
📍 Lokasi: Perkarangan Surau, Taman Bukit Rangin Perdana 2, Kuantan
Datanglah beramai-ramai untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan dan berkonsepkan rahmah untuk semua.
🛒 Harga Rahmah
💙 Prihatin Rakyat
🇲🇾 Malaysia MADANI
16/04/2025
Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Perumahan Bukit Rangin Perdana 2 ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tok 4 Faisal atas lantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Rangin sesi 2025/2026.
Kami di KRT Perumahan Bukit Rangin Perdana 2 sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama penuh demi memastikan kejayaan Tok 4 Faisal dalam menggalas tanggungjawab ini.
Tahniah sekali lagi, Tok 4
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuantan
25150