SWCorp Pahang

SWCorp Pahang

Share

MALAYSIA YANG BERSIH, INDAH DAN SEJAHTERA

🏢Government organisation
☎️09-5663151

Photos from SWCorp Pahang's post 05/07/2026

PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENA KEMPEN MEMBASMI INFESTASI TIKUS MAJLIS DAERAH RAUB 2026

05 Julai 2026 (Ahad) - SWCorp Raub bersama Konsesi Alam Flora Raub telah dijemput bersama di dalam Program Gotong Royong Sempena Kempen Membasmi Infestasi Tikus Majlis Daerah Raub di Pasar Awam Sempalit, Raub.

Program bertujuan Membasmi tikus yang merupakan makhluk perosak dan membawa penyakit kepada kawasan persekitaran terutama kawasan tumpuan seperti pasar awam. Kempen Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah serta Penguat Kuasaan Sampah Kecil turut diadakan bagi memberi kesedaran kepada peniaga dan orang awam agar sentiasa membuang sampah ke dalam tong sampah. Dengan adanya program ini akan dapat membasmi tikus melalui pembersihan keseluruhan pasar secara manual dan menggunakan jentera HP Jetter.

Program dirasmikan oleh YBrs Tuan Mohd Farid Bin Abdul Manap, Setiausaha Majlis Daerah Raub meawakili YH. Dato' Yang Dipertua Majlis Daerah Raub. Dihadiri bersama Pengerusi JKKB Kg. Baru Sempalit, Ahli Majlis Daerah Raub, Ketua-Ketua Jabatan MDR dan wakil Pejabat Kesihatan Daerah Raub.

Turut diadakan program Trash To Cash bagi memberi peluang kepada penduduk setempat dalam membuat penjualan barangan kitar semula.

Terima kasih kepada semua turut hadir menjayakan program gotong royong ini.

Photos from SWCorp Pahang's post 03/07/2026

KEMPEN KITAR SEMULA TADIKA TAHFIZ NEGERI PAHANG (TTNP) KOTASAS

3 JULAI 2026 | SWCorp Pahang telah dijemput untuk melaksanakan Taklimat Kesedaran Awam, Pameran dan Aktiviti Kitar Semula di Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP) cawangan Kotasas.

Program yang berlangsung di premis tadika tersebut telah melibatkan seramai 92 orang pelajar dengan bimbingan sembilan orang guru pengiring. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Ashraff bin Kaharudin, Ketua Seksyen Pendidikan Masyarakat SWCorp Pahang.

Objektif program adalah memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan serta membudayakan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk taklimat kitar semula, aktiviti mengenali kenderaan pembersihan, aktiviti pengasingan sisa di punca (SAS), pameran kitar semula, Trash To Cash serta permainan interaktif bagi menerapkan kefahaman kitar semula dalam kalangan kanak-kanak.

Pihak SWCorp Negeri Pahang sedia membantu mana-mana agensi / NGO / komuniti yang berminat untuk bekerjasama dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan membudayakan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat SWCorp Negeri Pahang di talian 09-566 3151.

Photos from SWCorp Pekan Pahang's post 03/07/2026

Program Walkabout Pusat Bandar Pekan

3 Julai 2026 - SWCorp Pekan bersama Alam Flora Pekan telah melaksanakan sesi walkabout di sekitar Pusat Bandar Pekan bagi memantau tahap kebersihan, mengenal pasti isu pengurusan sisa pepejal serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.

Kerjasama erat antara agensi dan masyarakat amat penting dalam mewujudkan bandar yang bersih, ceria dan lestari. Marilah kita bersama-sama memainkan peranan menjaga kebersihan demi keselesaan dan kesejahteraan semua.

Bandar Bersih, Tanggungjawab Bersama.

Telephone

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00