BN Semambu

BN Semambu

Share

Barisan Nasional for Semambu....

Photos from UMNO Online's post 06/12/2025
29/11/2025

Kami mengucapkan Semoga memperoleh kejayaan kepada semua calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17. Dan kepada semua pengundi di Negeri Sabah, buatlah pilihan yang bijak dengan memilih Calon daripada yang telah terbukti mampu berkhidmat untuk rakyat.

29/11/2025

๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ข ๐€๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐€๐ง๐š๐ค ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐Š๐ข๐ญ๐š

Dalam setiap perjalanan saya di Sabah, dari kampung ke kampung, dari PDM ke PDM.. saya melihat wajah rakyat yang sabar, tabah dan penuh hasrat.. Impian yang tidak pernah padam, meskipun diuji pelbagai kekurangan dan kesulitan.

Ada waktu, kita diuji.. Ada masa, langkah kita disalah tafsir.. Ada hari di mana penat terasa lebih berat daripada biasa.. Namun setiap kali saya berjumpa rakyat Sabahโ€ฆ setiap kali saya melihat masa depan anak-anak kecil negeri iniโ€ฆ hati saya kembali kuat.

Kerana perjuangan ini bukan tentang saya..
Ia tentang agama yang perlu dipelihara,
Tentang bangsa yang perlu dibina,
Tentang negeri yang mesti dimajukan untuk kemakmuran bersama.

Hari ini, segala usaha telah dilaksanakan..
Kita sudah bergerak sedaya yang mampu..
Selebihnya, saya serahkan kepada Allah SWT,
Tuhan yang Maha Mengetahui isi hati dan niat perjuangan ini.

Semoga setiap langkah yang diambil, setiap salam yang disambut, setiap doa yang dititipkanโ€ฆ menjadi saksi bahawa perjuangan parti ini ikhlas untuk rakyat Sabah yang saya sayangi.

Moga Allah menentukan yang terbaik.
๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐ซ๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ,
๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก,
๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ฉ๐š๐ง ๐š๐ง๐š๐ค ๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐ค๐ข๐ญ๐š.

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Bukit Setongkol
Kuantan
25200