JSJK Pahang

JSJK Pahang

Share

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Pahang Laporan Polis
Hubungi / lapor kepada pihak polis di kawasan anda.

Photos from JSJK Pahang's post 21/05/2026

Seluruh warga Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn. Zaharah Bt Mohamad atas segala jasa, pengorbanan serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama keluarga JSJK Pahang.

Sebagai tanda penghargaan dan kenangan, satu majlis ringkas potong kek telah diadakan oleh warga JSJK Pahang bersempena persaraan beliau yang akan bermula dengan cuti persaraan pada minggu ini sebelum menamatkan perkhidmatan secara rasmi pada 1 Ogos 2026.

Pemergian seorang insan yang penuh dedikasi pastinya meninggalkan seribu kenangan dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga kerja JSJK Pahang. Segala tunjuk ajar, kerjasama serta keikhlasan beliau sepanjang perkhidmatan amat dihargai dan sukar dicari ganti.

Semoga Pn. Zaharah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta dipermudahkan segala urusan dalam fasa kehidupan yang baharu.

“Jasa dikenang, budi disanjung.”

16/05/2026

Lipis, 16/05/2026 (Sabtu),Bertempat di dewan dewan orang ramai Kg Baru Sri Penjom, Kuala Lipis, Pahang. BSJKD Lipis telah menjalankan program pencegahan jenayah komersil dengan mengedarkan risalah serta memberi penerangan berkait maklumat modus operandi trend terkini jenayah komersil kepada orang awam.

Program ini dilakukan bertujuan memberi perkongsian tips dan nasihat serta tindakan yang perlu diambil bagi mencegah daripada menjadi mangsa penipuan jenayah komersil supaya sentiasa berhati-hati.

Seterusnya,Pihak PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPD Lipis turut memberikan pendedahan kepada semua yang terlibat dalam program ini agar tidak terlibat menjadi mangsa keldai akaun dan mengambil tahu tentang Modus Operandi jenayah komersil seperti penipuan online, PTW, Tipu Pelaburan dan lain-lain lagi.

Semua yang hadir juga telah dimaklumkan senarai perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil iaitu :-

🚨SemakMule (https://semakmule.rmp.gov.my)
🚨Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997
🚨page dan

Diharapkan program sebegini dapat meningkatkan informasi berkaitan jenayah komersil dan langkah-langkah pencegahan daripada menjadi mangsa “Scammer”.

Photos from JSJK Pahang's post 16/05/2026

PAMERAN & EDARAN RISALAH JENAYAH KOMERSIL

Pada 16 Mei 2026 (Sabtu), Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Maran telah melaksanakan Program Pameran dan Edaran Risalah Jenayah Komersil sempena Program Belia Perkasa Pahang dan Karnival Sukan Belia Maran 2026 bertempat di Dewan Besar Kompleks Belia dan Sukan Daerah Maran.

Program ini memberi pendedahan kepada orang ramai berkaitan trend terkini jenayah komersil seperti E-Dagang, Phone Scam, Pinjaman Tidak Wujud, Pelaburan Tidak Wujud, Love Scam / Parcel Scam serta penipuan penyamaran melalui panggilan telefon dan aplikasi Whatsapp.

Turut dikongsikan langkah-langkah pencegahan jenayah scammer, kepentingan menjaga kerahsiaan maklumat peribadi serta bahaya menjadi “Keldai Akaun”.

Selain itu, risalah pencegahan jenayah komersil turut diedarkan kepada pengunjung dan hebahan berkaitan perkhidmatan JSJK seperti Semak Mule, CCID Scam Response Center (997), CCID Infoline serta media sosial rasmi JSJKPDRM dan CyberCrimeAlertRMP turut disampaikan kepada masyarakat.

Program berjalan dengan baik dan mendapat sambutan daripada kira-kira 450 orang responden.

09/05/2026

National Scam Response Centre (NSRC) telah ditubuhkan pada 7 Oktober 2022 sebagai pusat penguatkuasaan utama dalam menangani penipuan kewangan siber.

🔹 Operasi 24/7 – Bertugas tanpa henti, termasuk cuti umum
🔹 1 Talian Khas: 997 – Intervensi segera untuk menyekat aliran dana
🔹 Pengesanan Dana Masa Nyata – Jejak transaksi mencurigakan
🔹 Penyekatan Akaun Serta-Merta – Tindakan drastik terhadap akaun keldai
🔹 Penguatkuasaan Tegas – Kerjasama rentas agensi bersama NFCC, PDRM, Bank Negara Malaysia serta industri perbankan & telekomunikasi

Pendekatan “Smart Enforcement” ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam melindungi rakyat melalui tindakan pantas, koordinasi bersepadu dan ketegasan undang-undang.

📞 Jika anda menjadi mangsa scam, hubungi 997 SEGERA.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia

09/05/2026

🚨 KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL 🚨

Pada 09 Mei 2026 (Sabtu), Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Bentong telah melaksanakan Kempen Pencegahan Jenayah Komersil sempena Program Hari Bertemu Pelanggan Perodua Se-Malaysia bertempat di Showroom Perodua Bentong.

Program ini memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan trend terkini jenayah scammer, modus operandi sindiket penipuan dalam talian, bahaya “Keldai Akaun”, risiko aplikasi mencurigakan serta langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa penipuan.

Turut dikongsikan perkhidmatan dan saluran rasmi JSJK seperti aplikasi Semak Mule, CCID Infoline, media sosial rasmi JSJK serta talian NSRC 997.

Terima kasih kepada semua agensi terlibat dan pengunjung yang hadir dalam menjayakan program ini.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Jalan Gambut, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri
Kuantan
25990