Elisa Razman

Elisa Razman

Share

"Living to bring benefit, spread goodness, and seek the pleasure of Allah."

02/10/2024

"𝗕𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗧𝗲𝗿𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗕𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵"

Terkadang, kita merasa bahwa kita sudah terlambat untuk berubah atau memperbaiki diri. Namun, sesungguhnya tidak ada kata terlambat dalam agama Islam untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Rasulullah SAW selalu mengajarkan kepada umatnya bahwa pintu taubat selalu terbuka seluas-luasnya selama hayat masih dikandung badan.

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berdosa pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berdosa pada malam hari, hingga matahari terbit dari arah barat (hari kiamat).”
(HR. Muslim)

Hadith ini memberikan harapan bagi kita semua. Tidak peduli seberapa jauh kita tersesat atau seberapa besar dosa kita, Allah SWT selalu menunggu dan menerima hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya dengan hati yang tulus.

Perubahan diri adalah suatu proses yang memerlukan niat yang kuat dan langkah-langkah yang konsisten. Berikut adalah tiga langkah mudah yang boleh kita aplikasikan setiap hari untuk terus memperbaiki diri:

1. 𝗝𝗮𝗴𝗮 𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗗𝗶𝗿𝗶 𝗞𝗶𝘁𝗮

Apa yang kita baca, dengar, dan lihat akan mempengaruhi hati dan minda kita. Oleh itu, pastikan kita memilih input yang positif dan baik-baik, seperti ilmu yang bermanfaat dan motivasi dari sumber yang betul. Input yang baik akan mencerminkan kualiti pemikiran dan tindakan kita.

2. 𝗕𝗲𝗿𝘀𝘆𝘂𝗸𝘂𝗿 & 𝗕𝗲𝗿𝘇𝗶𝗸𝗶𝗿

Bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan dan berzikir mengingati-Nya adalah cara terbaik untuk menenangkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah. Zikir menghubungkan kita dengan Pencipta dan membantu kita melihat hikmah di sebalik setiap kejadian.

3. 𝗝𝗮𝗴𝗮 𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗠𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗞𝗶𝘁𝗮

Kata-kata kita mencerminkan apa yang ada dalam hati. Pastikan setiap ucapan kita adalah kata-kata yang baik, memberi manfaat kepada orang lain, dan tidak menyakitkan. Selain itu, pastikan tindakan kita juga selari dengan kebaikan yang kita ucapkan.

Selain langkah-langkah di atas, berikut adalah "5 𝙋𝙖𝙨𝙨𝙬𝙤𝙧𝙙 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣" yang boleh menjadi panduan dalam menjalani kehidupan harian:

❤️ 𝗜𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Mulakan segala perbuatan dengan mengingati Allah, agar segala urusan dipermudahkan dan diberkati.

❤️ 𝗕𝗲𝗿𝘀𝘆𝘂𝗸𝘂𝗿 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵:
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ
Bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan, walau sekecil mana pun. Rasa syukur akan membawa lebih banyak keberkatan dalam hidup.

❤️ 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵:
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّه
Dalam segala ujian dan cabaran, berserah kepada Allah. Ketahuilah bahawa hanya Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

❤️ 𝗖𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵:
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Selalu mengirimkan selawat kepada Rasulullah SAW, sebagai tanda cinta dan penghormatan kepada baginda.

❤️ 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗮𝘂𝗯𝗮𝘁:
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْم
Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Sentiasa beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya perumpamaan seorang mukmin adalah seperti lebah, ia makan yang baik-baik, mengeluarkan yang baik-baik, bila ia hinggap tidak membuat dahan patah dan rosak.”
(HR Ahmad)

Hadith ini mengingatkan kita untuk menjadi orang yang bermanfaat seperti lebah, yang hanya mengambil yang baik dan mengeluarkan yang baik. Mari jadikan hari ini sebagai permulaan untuk berubah menjadi versi terbaik diri kita.

Tidak ada alasan untuk menunda perubahan. Allah Maha Pengampun dan senantiasa membuka pintu-Nya untuk menerima mereka yang bertaubat. Jadikan hari ini sebagai permulaan untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Mulailah sekarang, belum terlambat untuk berubah.

Kongsi tips kewangan, rezeki dan kehidupan, boleh join telegram saya 👇🔥

https://t.me/CikLisaRezekiTips

30/09/2024

𝗠𝗘𝗠𝗔𝗔𝗙𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗨𝗣𝗔𝗞𝗔𝗡

Kawan-kawan, pernah tak kita diuji dengan sesuatu yang kita tak s**a. Hati rasa resah gelisah apabila memikirkannya. Buat itu tak kena, buat ini tak kena.
Tak tahu hala tuju. Tiba-tiba stuck jer tanpa sebab.

Tanya ini kepada diri?
1. Ada pernah sakitkan hati orang?
2. Ada pernah tak memafkan orang?
3. Ada pernah mengata / mengumpat orang?
4. Ada pernah membenci orang?

Jika jawapannya ada salah satu tu. Pernah tak kawan-kawan terfikir. Apa sebenarnya jalan yang perlu dibuat?

Dosa dengan Allah. Kita bertaubat, Allah pasti ampunkan.

Dosa dengan Orang. Selagi orang itu tidak memafkan. Selagi itu hati tidak akan tenang.

Orang yang TENANG
selalu MENANG

Rahsianya.Ya. Memaafkan dan Melupakan. Ini antara perisai rezeki.

Jika kita tak memaafkan orang maka orang pun tidak memafkan kita. Jika ada dosa dengan orang lain, bagaimana hendak masuk syurga Allah.

Mari saya ajak berimaginasi sekejap. Andai saya tanya, bagaimana sifat Ahli Syurga?
Pasti, jawapan nya ada lah sifat-sifat baik antaranya seorang yang tenang, baik hatinya, baik tingkah lakunya, baik dengan semua orang, bercakap yang baik-baik, lemah lembut, pemaaf dan lain-lain yang baik.

Ada atau tidak sifat-sifat pada Ahli Syurga?
1. Sakit hati
2. Pendendam
3. Pengumpat
4. Pembenci

Mana mungkin kan. Ini sifat Ahli Neraka. Tak nak..Tak Nak..😢

Nauzubillahminzali...Moga Allah jauh kan sifat-sifat neraka ini.

Sukar memaafkan orang, tanda ada keegoan dalam diri. Sifat ego ini perlu dibuang jauh-jauh, dengan cara bertaubat kepada Allah.

Paling utama, sebelum minta maaf dengan orang. Taubat dulu dengan Allah. Mohon Allah ampunkan dosa kini, dahulu dan akan datang.

Ingat memaafkan membuang sifat ego dalam diri. Walau s**ar bagaimanapun, pasti ada jalan untuk memaafkan dan melupakan. Berdoa dan mohon pada Ar Rahman Ar Rahim.

Tidak berkurang harta, pangkat atau kedudukan bila kita saling memaafkan. Yakinlah dunia ini tipu semata-mata. Di akhirat kelak adalah abadi. Usahlah kerana hanya setitis nila yang busuk, rosak susu sebelanga.

Lihat lah dunia dengan mata hati yang bersih.

Hiduplah bahagia tanpa menyakitkan. Maafkan dan Lupakan semua yang tidak baik.

Kata bijak pandai:

"Memaafkan itu mudah, melupakan yang s**ar. Tetapi hanya dengan melupakan kita dapat melepaskan beban dan hidup lebih tenang."

Walaupun melupakan adalah proses yang s**ar, ianya penting untuk kita benar-benar melepaskan kesakitan.

Audit diri sama-sama jom.

Kata-kata hikmah, semangat setiap hari..
Join telegram channel

https://t.me/CikLisaRezekiTips

30/09/2024

Alhamdulillah, Allah izinkan berpeluang berselfie bersama .ahm4d ni. Cantik dan brilliant women. Tak berhenti cari ilmu.

Kami sama-sama ambil peluang menghadiri program workshop Desperation to Celebration bersama .

Amazing Life.

Tak rugi berada dalam circle Artist Of Life, 5am club, Prof Muhaya Circle (PMC) kawan-kawan.

30/09/2024

“Always give without remembering and always receive without forgetting.” — Brian Tracy

Tanya diri: “Apa satu perkara yang saya boleh beri sekarang untuk orang terdekat?”

Doa? Beri masa? Telinga yang mendengar? Penghormatan?

Fikirkan dan buat sekarang?

SugarOfMindCircle with Coach

26/09/2024

𝙅𝙪𝙨𝙩 𝙆𝙚𝙚𝙥 𝙈𝙤𝙫𝙞𝙣𝙜 𝙁𝙤𝙧𝙬𝙖𝙧𝙙..!
𝘽𝙚𝙧𝙩𝙞𝙣𝙙𝙖𝙠 𝙎𝙚𝙜𝙚𝙧𝙖!

Petikan dari buku yang ditulis oleh Pahrol Mohamad Juoi, dari buku Berteduh Daripada Kegelisahan Hati.

Halangan besar bagi seseorang dalam hidupnya apabila dia sering merasa ketakutan.
Rasa takut yang tidak dapat dikawal kadang mengganggu potensi diri untuk terus ke depan. Berdiam diri, tanpa melakukan apa-apa hanya akan membesarkan lagi risiko ketakutan itu.

Bertindak akan menjadikan diri lebih banyak belajar dan berkembang. Individu itu akan merasa lebih matang dalam membuat keputusan terutama keputusan yang melibatkan kehidupan.

Ada beberapa point yang ingin saya kongsikan disini :

💡 Risiko Tidak Bertindak
Kajian menunjukkan bahawa risiko tidak bertindak ketika menghadapi ketakutan jauh lebih besar daripada risiko mengambil tindakan.

💡 Kegagalan adalah Maklum Balas
Orang yang berjaya tidak melihat kegagalan sebagai akhir, tetapi sebagai maklum balas untuk belajar dan terus memperbaiki diri.

💡 Putuskan Rantai Ketakutan
Tindakan kita akan memutuskan rantai ketakutan yang menghalang kemajuan. Bertindak sekarang supaya ketakutan yang sama tidak menghantui kita berulang kali.

Ambil langkah pertama hari ini.
Pengalaman dan ilmu ada di depan mata, jika kita berani bertindak! 💪

Telephone

Opening Hours

Monday 17:00 - 22:00
Tuesday 17:00 - 22:00
Wednesday 17:00 - 22:00
Thursday 17:00 - 22:00
Friday 12:30 - 14:00
17:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00