ARC (Altenative Riding Club) Pahang
ARC Alternatif Riding Club ingin Menghimpunkan semua peminat sukan permotoran di Negeri Pahang
29/04/2026
Semoga dipermudahkan segala urusan dikurniakan kesembuhan dan kebaikan buat ayahanda Ustaz Hanafi.
Hari ini… ayah terpaksa ditidurkan.
Anak-anak tengok atuk mereka, tapi bukan seperti yang mereka selalu jumpa ketika balik kg.
Saya teringat dua minggu lepas. Dan lah singgah kampung, selepas balik misi hantaq bantuan di Lubuk Merbau, adik bagitau, lama dah ayah tak sebut “rindu anak cucu.”
Saya tanya “awat?”.
Ayah jawab dengan nada yang pelahan…
“Aku bukan tak rindu… tapi aku tau kalau aku sebut, abang mesti balik… jalan jauh. Diesel mahal la ning. Kesian kat hang.”
Saya diam sat, dan janji habaq kat ayah: Insyallah awal Mei abang bawa anak-anak balik.
Saya bagitau ayah: “Abang tak balik bukan pasai diesel mahai… ayah toksah bimbang, kalau mahai dari la pun, insyallah abang akan balik, tapi kerana ada komitmen yang saya terpaksa diselesaikan, insyallah ayah toksah bimbang”.
Ada rindu yang dipendam. Terpaksa pendam, kerana tak mau membebankan. Itulah perasaan seorang ayah dari mula menjaga kami dari kecik sampailah laning kami dah besaq.
Hari ini kami balik juga. Tapi bukan cara yang ayah harapkan. Tak dapat tengok anak cucu. 🥺
Doakan ayah saya. Semoga diberikan kesembuhan.
Wad Melor
Hospital Baling
02/02/2026
🌙 Malam Nisfu Sya’ban 🌙
Malam yang penuh keampunan dan rahmat.
Marilah kita bersama-sama membersihkan hati,
memperbanyakkan istighfar
serta saling memaafkan sesama insan.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa kita semua. 🤲
Ride | Bone | Comeback
ALTERNATIVE RIDING CLUB (ARC) PAHANG
Click here to claim your Sponsored Listing.