Sarawak Network

Sarawak Network

Share

​Nadi info warga Bandaraya Kuching. Berita, lifestyle, dan perkembangan politik tanah air — segalanya tentang kita dan hak Sarawak di sitok.

11/06/2026

Duak Lelaki Ditangkap Miliki Air Ketum Di Serian

Duak orang laki, umur 34 ngan 53 tahun, kenak tangkap di Kampung Seniawan, Serian masa lewat malam marek.

Sidak duak tok kenak tahan ketegal ada simpan cecair nang disyaki air ketum. Kes tok disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Hasil siasatan awal nemu bekalan ketum ya dipercayai ditanam sidak duak pun di kawasan rumah tempat tinggal sidak nya.

Hukuman berat nunggu sekiranya disabit kesalahan:
Denda: Denda s*k lebih RM100,000; atau Penjara: Boleh kenak penjara s*k lebih 5 tahun.

Pihak PDRM, utamanya Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Serian, nang s*kkan main-main akan ambik tindakan tegas ke atas pengedar ngan pengguna dadah tegar di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mun kenak kesalahan tok, hukuman nya boleh kenak penjara antara 5 hingga 7 tahun dengan sebatan s*k lebih 3 kali sebatan.

Info dan gambar serian

11/06/2026

Kemalangan Maut Di Tanjung Skrang, Betong.

Duak buah keluarga nerimak berita sedih ari tok apabila kereta Perodua Axia yang dinaiki duak lelaki terbabas lalu nerempuh pembahagi jalan di kawasan pusingan P Tanjung Skrang, Betong.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1.46 tengah hari ya, pemandu kenderaan yang berusia 64 tahun, Liang Sait, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan KKM.

Sorang lagik mangsa yang merupakan penumpang kereta berkenaan, Stanley Embawa Liang, berusia 30 tahun, dilaporkan cedera parah.

Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pas**an bomba sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pihak bomba terpaksa makei peralatan khas untuk ngeluar keduak-duak mangsa dari dalam kenderaan yang remuk teruk ya.

Mayat mangsa yang meninggal dunia kinek udah diserah kepada pihak polis untuk tindakan yang seterusnya.

Salam takziah dirujuk kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tok.

Semoga tabah ngadapi ujian tok, dan sama-sama kita doakan mangsa yang cedera parah ya cepat sembuh.

10/06/2026

AirBorneo Bantu Penumpang Terjejas Urus Tempahan Semula, Refund.

AirBorneo kinek tok udah menghubungi semua penumpang yang kenak kesan tegal flight delayed ngan cancel, semata-mata maok nolung urusan tukar tiket baharu, bayaran balik (refund), ngan sokongan perjalanan yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo Airways Sdn Bhd, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin madah, pihak syarikat nang faham impak gangguan tok nang nyusahkan penumpang ngan keluarga sidaknya, sampei polah orang berasa ralat ngan kecewa.

Nya turut mintak maaf atas gangguan, kesulitan, ngan ketidakpastian yang berlaku susulan flight delayed ngan cancel yang merusak pelan perjalanan sebahagian penumpang di Sarawak ngan Sabah.

Menurutnya, gangguan tok jadi tegal ada beberapa buah belon terpaksa diletak serentak sebab ada keperluan maintenance ngan kerja pembaikan teknikal yang mustahak.

“Walaupun keselamatan nang tetap jadi keutamaan nombor satu kami, kami sedar impak gangguan tok nang nyusahkan komuniti yang ari-ari bergantung ngan perkhidmatan kami,” nya madah dalam satu kenyataan rasmi ari tok.

Beliau madah, team AirBorneo kinek tok tengah bekerja siang malam maok memulihkan balit operasi kedak selalu secepat mungkin.

Syarikat ya udah nambah sumber tambahan maok polah belon ya cepat beroperasi balit, nunggu proses ketibaan alat ganti yang diperlukan, ngan ngurangkan gangguan kedak tok lagik.

Pada masa yang sama, AirBorneo turut ambik langkah maok memperkukuhkan kebolehpercayaan operasi sidaknya.

“Kedak yang udah diumumkan awal tahun tadik, kami akan memperkenalkan belon baharu ATR 72-600 secara berperingkat sebagai sebahagian daripada usaha pembaharuan belon kami yang tengah berjalan.

“Walaupun penambahbaikan tok ambik masa s*kit maok nampak hasil sepenuhnya, tapi tok nang pelaburan yang besar demi menyediakan perkhidmatan yang selamat, boleh diharap, ngan diyakini oleh para penumpang,” nya madah lagik.

Megat Ardian madah, untuk penumpang yang kenak kesan, AirBorneo turut menyediakan makanan, hotel tempat nginap, ngan pengangkutan darat sekiranya perlu.

Mana-mana penumpang yang perlukan bantuan lanjut atau ada pertanyaan pasal pelan perjalanan sidaknya, boleh terus menghubungi team khidmat pelanggan AirBorneo.

“Fokus kami tetap maok menyediakan pengalaman perjalanan yang selamat ngan boleh diharap kepada para penumpang, sambil terus berkhidmat untuk rakyat Sarawak ngan Sabah serta menghubungkan komuniti kita,” nya madah balit.

Terima kasih atas kesabaran, pemahaman, ngan sokongan berterusan kitak orang.

10/06/2026

Nyaman palak, semua dah tersedia. Mun pandei menang kelak esok, nanggar duit billion² lalu bergegar rasa nyawa sidak ya.

10/06/2026

Tok lah gaya seorang pemimpin yg pandang ke hadapan. S*k perlu nak menghasut rakyat utk menyokong nya. Rakyat pandei menilai nak ni yg bagus, nak ni yg s*k bagus.

Video kredit pada UKAS (Unit Komunikasi Awam Sarawak)

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Kuching
93050