Media Senah Rayang
INFO TERKINI DAN AKTIVITI-AKTIVITI PENDUDUK KPG SENAH RAYANG
04/04/2026
✨ Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Taklim Kampung Senah Rayang berlangsung dengan penuh meriah.
Terima kasih kepada Taklim Kampung Senah Rayang atas jemputan.Semoga ukhuwah terus terjalin erat. 🤝🌙
24/01/2026
B E R I T A K E L U A R G A
Assalamualaikum semua
Innalillahiwainnailaihirojiun
Duka Cita dimaklumkan TURIMAN BIN SA’AIM(SU KPG SENAH RAYANG) Telah Kembali Kerahmatullah petang tadi di Hospital Serian... Sama² kita berdoa dan Sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah, semoga Almarhum ditempatkan bersama golongan orang² yang beriman dan Soleh 🤲🏻
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin³.🤲
Al Fatihah...
09/01/2026
📢 KEMAS KINI INFO TERKINI 📢
Dimaklumkan bahawa laluan masuk ke Kampung Senah Rayang dan Kampung Rudan telah berjaya dibersihkan pada petang semalam dengan menggunakan jentera excavator.
✅ Laluan kini boleh dilalui, namun pengguna jalan raya dan penduduk dinasihatkan supaya:
• Terus berhati-hati
• Memandu perlahan terutamanya di kawasan bekas runtuhan
• Sentiasa peka terhadap keadaan cuaca semasa
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan.
📸 Kredit gambar: Mak Ranes
🚜 Model tanah runtuh: Tanging
🙏 Keselamatan semua adalah keutamaan.
09/01/2026
📢 MAKLUMAN PENTING | INFO TERKINI 📢
Dimaklumkan bahawa telah berlaku tanah runtuh di jalan masuk ke Kampung Senah Rayang dan Kampung Rudan.
Selain itu, pada awal pagi , terdapat beberapa buah rumah yang dimasuki air akibat banjir berikutan hujan lebat berterusan.
🙏 Mohon semua penduduk sentiasa berwaspada.
09/10/2025
PROGRAM MENYEMAI BAKTI ANJURAN IKMAS - KALI KE-24
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat seluruh penduduk Kampung Senah Rayang!
IKMAS dengan sukacitanya membawakan siri aktiviti kerohanian, komuniti, dan sukan yang akan memeriahkan kampung kita. Jom sertai dan eratkan silaturahim!
Jadual Lengkap Aktiviti Program Menyemai Bakti
1. GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID
Tarikh: Jumaat, 10 Oktober 2025
Masa: 8:00 Pagi sehingga Selesai
Tempat: Masjid Al-Falah Kpg Senah Rayang
Semua dijemput hadir! Makanan disediakan.
2. KEM BESTARI SOLAT
Tarikh: Sabtu, 11 Oktober 2025
Kategori: Kanak-kanak 6-12 Tahun
Tempat: Masjid Al-Falah Kpg Senah Rayang
3. PERTANDINGAN AZAN
Tarikh: Jumaat, 17 Oktober 2025
Masa: 8:15 Malam sehingga Selesai
Tempat: Masjid Al-Falah Kpg Senah Rayang
Terbuka kepada kanak-kanak. Hadiah menarik menanti!
4. FUTSAL TOURNAMENT
Tarikh: Sabtu, 18 Oktober 2025
Masa: 8:00 Pagi
Tempat: Padang Kampung Senah Rayang
Penyertaan: Terbuka kepada Penduduk Kpg Senah Rayang SAHAJA.
Hadiah Wang Tunai: Juara (RM300), Naib Juara (RM200), Ketiga (RM100).
5. SUKANEKA
Tarikh: Ahad, 19 Oktober 2025
Masa: 8:00 Pagi (Start)
Tempat: Padang Kampung Senah Rayang
Acara fun seperti Larian Guni, Tarik Tali, Pecah Belon, dan Tiup Tepung! Hadiah menarik menanti anda!
🤝 CARA MENDAFTAR / PERTANYAAN:
Jangan tunggu lagi! Hubungi wakil IKMAS untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran aktiviti:
Akma: 013-5873834
Haris: 016-6530623 (Khusus untuk Futsal)
Hidayah/Dayah: 016-7089795
Mari kita semarakkan Kampung Senah Rayang dengan semangat kebersamaan! Jumpa di sana!
26/06/2025
Assalamualaikum,Mohon doa daripada sahabat semua buat saudara kita, Azim Arfan, yang telah selesai menjalani pembedahan. Semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan yang sempurna, kekuatan dan ketabahan buat beliau. Aamiin.
06/06/2025
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Warga Senah Rayang Media mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh penduduk Kampung Senah Rayang yang beragama Islam.
Semoga Hari Raya Korban ini membawa keberkatan, keinsafan dan pengorbanan yang ikhlas dalam diri kita semua. Moga kita terus mengamalkan semangat gotong-royong, perpaduan, dan kasih sayang dalam komuniti kampung tercinta ini.
“Sesungguhnya pengorbanan yang besar datang dengan keikhlasan yang tinggi.”
Salam Aidiladha daripada kami di
Senah Rayang Media
🌾🐄🕌
31/05/2025
SRAMAT ANDU GAWAI 2025 ngien d sopǔrǔg bara dingan pimas madih..arap bara tak sentiasa sihat gaǔn..
Tara! Tara! Tara! Ooohaaa!!!
22/04/2025
Majlis Kesyukuran & Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Majlis Islam Sarawak
TEBEDU: Majlis Islam Sarawak (MIS) terus memperkukuhkan peranannya dalam memastikan kesejahteraan masyarakat dengan penganjuran Majlis Kesyukuran & Ramah Mesra Aidilfitri bersama Majlis Islam Sarawak.
Program ini bukan sahaja bertujuan mempererat silaturahim tetapi turut memperlihatkan kerjasama erat antara pelbagai pihak, termasuk masyarakat setempat, agensi kerajaan persekutuan dan negeri, serta badan bukan kerajaan (NGO).
Majlis ini diadakan pada hari yang sama di dua lokasi, dimulakan di Kampung Senah Rayang pada sebelah pagi sebelum diteruskan di Kampung Darul Islam Belimbing pada sebelah petang.
Keunikan majlis ini membolehkan lebih ramai masyarakat setempat menikmati suasana mesra dan penuh keberkatan sambutan Aidilfitri bersama pihak MIS serta rakan strategik.
Majlis ini mendapat sokongan padu daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Senah Rayang dan Kampung Darul Islam Belimbing yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran program serta keterlibatan aktif masyarakat setempat.
Kerjasama erat ini menggambarkan semangat perpaduan dan usaha kolektif dalam memperkukuhkan kesejahteraan sosial.
Antara organisasi yang turut serta dalam majlis ini ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak selaku Pengelola Majlis di Kampung Senah Rayang, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) selaku Pengelola Majlis di Kampung Darul Islam Belimbing, selain dibantu oleh Tabung Baitulmal Sarawak, Institut Kemajuan Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Pertubuhan HIKMAH, serta Angkatan Tentera Malaysia (Markas 1 Divisyen). Kesatuan usaha ini mengukuhkan lagi MIS sebagai agensi peneraju hal ehwal Islam di Sarawak, dengan sokongan padu pelbagai pihak.
Majlis ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
Antaranya, Pertandingan Mewarna, Takbir dan Selawat untuk pelajar sekolah rendah yang dikendalikan oleh HIKMAH, serta Pertandingan Lampu Raya yang dikendalikan oleh YADIM.
Aktiviti-aktiviti ini bertujuan memupuk semangat kreativiti, kecintaan terhadap tradisi Islam, serta memeriahkan suasana Aidilfitri dalam komuniti.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan Aidilfitri, seramai 173 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah telah menerima sumbangan peralatan sekolah dan duit raya.
Manakala seramai 190 orang telah menerima sumbangan Kotak Makanan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.
Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban serta membawa kegembiraan kepada mereka sempena Syawal yang mulia ini.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan
Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junadi serta isteri.
Turut hadir Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha serta para tetamu kenamaan lain yang menyokong usaha memperkukuh kesejahteraan masyarakat.-EDISI UKAS
22/04/2025
Berbunga mekar si bunga kantan,
Harum semerbak sepanjang hari,
Gadis bidayuh ayu menawan,
Berbaju tradisi indah berseri.
Tiba-tiba min nak jadi sungai pulak🤣🤣🤣
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
94200