Nacqris Backyard Garden
Perkongsian kebun dapur dan jalan-jalan di pasar.
Semai semula tomato ceri dari buah yang cukup matang.
Cili muda ni bercampur biji benih dengan cili padi semasa disemai. Cili ni boleh makan macam ulam dan tak pedas sangat.
08/07/2026
Akibat Kurang Kasih Sayang.
Pokok halia sudah mula menunjukkan tanda-tanda ‘merajuk’.
Sejak minggu lepas, hujan sangat kurang. Dapat dikira dengan sebelah tangan saja berapa kali turun hujan. Itupun sekejap-sekejap.
‘Video hujan’ semalam itu video tiga (3) minggu lepas. Jangan salah faham.
Pokok halia mengalami daun kuning sebab kurang air. Jadi saya ambil keputusan untuk pindahkan tanaman halia ni ke tempat berhampiran cili geronong awal pagi tadi.
Sebelum pindah tadi, bahagian bawah saya lapis dengan plastik silvershine supaya rumput tak tumbuh. Nampak lebih kemas.
Senang nak siram sebab saya dah pasang paip siraman manual.
Saya pun dah berikan baja kopi sebelum ‘top-up’ media tanam cocopeat minggu lepas.
Hujung minggu ni mungkin saya akan pasangkan sistem drip p**a jika dripper yang saya beli sudah sampai.
Anak pokok halia ada beberapa pokok lagi belum dipindah ke polibeg. Anak pokok yang tak bercambah semasa pindah tanam beberapa bulan lepas.
Ingatkan langsung tak nak hidup rizom tu. Cuma perlu ambil masa sedikit.
Begitulah,
“Tanam halia di tanah yang subur,
Bercambah lambat tapi belum mati,
Begitulah impian yang sedang diatur,
Teruskan berusaha walau belum menjadi.”
Saya potong batang utama pokok bendi kerana pucuk kena serangan ulat. Tinggal cabang pokok yang kini sedang berbunga dan berbuah. Pokok bendi boleh bertahan lama lagi
07/07/2026
YANG DITUNGGU SUDAH TIBA!!!
BENGKEL DAN KURSUS PERTANIAN MODEN & PINTAR 2026 anjuran HFE Agro Resources Sdn Bhd.
Buat yang tertanya-tanya sesi bengkel dan kursus pada tahun ini, khas untuk anda.
Kami akan menganjurkan siri Kursus & Bengkel Pertanian Moden & Pintar 2026 yang sesuai untuk usahawan tani, komuniti, belia, pelajar, penjawat awam, NGO, koperasi serta individu yang ingin mula menceburi bidang pertanian moden.
📌 Program yang ditawarkan:
✅ Bengkel Hidroponik: HLT & NFT
📅 25 Julai 2026
💰 RM185/PAX
📍 HFE Agro Resources, Petra Jaya, Kuching
✅ Bengkel Praktikal Fertigasi
📅 1 Ogos 2026
💰 RM185/PAX
📍 HFE Agro Resources, Petra Jaya, Kuching
✅ Kursus Penyediaan Kertas Kerja / Rancangan Perniagaan Pertanian
📅 2 Ogos 2026
💻 Secara Online melalui Google Meet
💰 RM100/PAX
🎤 Penceramah Utama:
Ts Ahmad Shafiq Hfe Ahmad Sabirin
Peserta akan didedahkan dengan ilmu asas, teknikal dan praktikal berkaitan hidroponik, fertigasi, pengurusan tanaman serta penyediaan kertas kerja pertanian yang lebih tersusun untuk tujuan projek/geran, permohonan dana, komuniti atau perniagaan.
📢 Tempat adalah terhad!
klik https://bengkelpertanian.wasap.my untuk daftar sekarang dan bina langkah pertama anda dalam dunia pertanian moden.
📞 Hubungi kami:
017-8488171 / 013-6533452
Ikuti kami di media sosial HFE Agro
Facebook | Instagram | TikTok
Salam Maghrib dari Kebun Dapur Nacqris Backyard Garden - Samarahan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 12:00 |