Program DUTA GURU Kuching

Program DUTA GURU Kuching

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Program DUTA GURU Kuching, Community Organization, KUCHING, Kuching.

Photos from Program DUTA GURU Kuching's post 08/06/2026

NAMA PROGRAM/AKTIVITI:
Pameran Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 Sempena Sarawak Career and Training Fair (S**T Fair) 2026

TEMPAT:
Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching

TARIKH:
6 – 7 Jun 2026 (Sabtu &Ahad)

MASA:
9.00 pagi – 5.00 petang

PELIBATAN :
▪️Cikgu Siti Ruhani binti Saiman (Duta Guru SMK Pending)
▪️Cikgu Norlida binti Mohammad Redzuan (Duta Guru SMK St. Joseph)
▪️Cikgu Jackson B**g Wei Wee (Duta Guru SMK Tinggi Kuching)
▪️Cikgu Nurhartinie binti Jusoh (Duta Guru SMK Santubong)

OBJEKTIF PROGRAM:
• Menyebarluaskan maklumat berkaitan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 kepada masyarakat.
• Meningkatkan kefahaman pengunjung terhadap hala tuju pendidikan negara bagi tempoh sepuluh tahun akan datang.
• Memperkasa peranan Duta Guru sebagai agen perubahan dan pemacu transformasi pendidikan.
• Menggalakkan minat murid terhadap STEM, TVET, inovasi dan kerjaya masa hadapan.

PENGISIAN / RUMUSAN:
Duta Guru Kuching telah terlibat sebagai pempamer di Tapak Pameran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi turut bersama mempromosikan dan menyebarluaskan maklumat berkaitan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 sempena Sarawak Career and Training Fair (S**T Fair) 2026. Melalui perkongsian, penerangan dan aktiviti interaktif yang dijalankan, pengunjung memperoleh maklumat berkaitan transformasi pendidikan, pembangunan kompetensi murid, pengukuhan STEM, pemerkasaan TVET, pendidikan digital serta pembangunan modal insan masa hadapan selaras dengan aspirasi RPM 2026–2035.

IMPAK:
• Meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap hala tuju pendidikan negara.
• Mengukuhkan peranan Duta Guru sebagai agen transformasi pendidikan.
• Meningkatkan minat murid terhadap bidang STEM, TVET dan inovasi.
• Memperkukuh hubungan antara sekolah, komuniti, industri dan agensi pendidikan.
• Menyokong pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi, inovatif dan berdaya saing.

Photos from Program DUTA GURU Kuching's post 08/06/2026

SARAWAK ROCKETEER CAN-SAT CHALLENGE 2026

PERINCIAN PROGRAM:
🚀 Fasa 1 – Workshop
Tarikh: 13 – 15 Februari 2026
Tempat: TEGAS Digital Village

🚀 Fasa 2 – CanSat & Rocket Launching
Tarikh: 25 – 26 April 2026
Tempat: TEGAS Digital Village & Politeknik Kuching Sarawak

🚀 Fasa 3 – Pitch Out & Finale
Tarikh: 06 – 07 Jun 2026
Tempat: Hikmah Exchange Event Centre

👥PENGLIBATAN:
4 orang murid:
Muhammad Hamdani Israq (3 Amanah)
Muhammad Sya’iq Dzaqwan (3 Amanah)
Syed Iqram Dhani (3 Amanah)
Tan Lip Hung (3 Cerdik)

1 orang guru pembimbing:
Cikgu Safinah binti Abu Talip (Duta Guru SMK Padungan Kohort 5)

✍🏻OBJEKTIF:
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pembangunan projek CanSat dan roket.
- Mengaplikasikan kemahiran reka bentuk, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan dalam pertandingan berasaskan teknologi aeroangkasa

📃RUMUSAN:
Pasukan sekolah telah berjaya menyertai ketiga-tiga fasa Sarawak Rocketeer Challenge 2026 yang merangkumi bengkel pembangunan CanSat, pelancaran roket dan pembentangan projek. Penyertaan ini memberi peluang kepada murid untuk memperoleh pengalaman praktikal dalam bidang aeroangkasa serta meningkatkan kemahiran insaniah dan teknikal.

📈IMPAK:
▪️Objektif program telah dicapai melalui peningkatan kemahiran STEM, kreativiti, komunikasi dan kerja berpasukan dalam kalangan murid.
▪️Murid berjaya mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari sepanjang bengkel dan aktiviti pertandingan.

🏆 PENCAPAIAN:
🥈Pasukan SMK PADUNGAN telah berjaya meraih NAIB JOHAN Sarawak Rocketeer Can-Sat Challenge 2026.
🎯 Pasukan SMK Padungan turut terpilih untuk mewakili Sarawak ke pertandingan Rocketeer Challenge Peringkat Kebangsaan tahun 2026

🎯Tindakan Susul
- Meningkatkan latihan dan persediaan teknikal bagi menghadapi pertandingan peringkat kebangsaan.
- Memperkukuh kemahiran pembentangan, analisis data dan pembangunan CanSat dalam kalangan ahli pasukan.
- Memperluaskan penyertaan murid dalam program STEM dan aeroangkasa pada masa hadapan.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada para pemenang🎉

“EMPOWERING FUTURE INNOVATORS THROUGH STEM EDUCATION”







**TFair2026

01/06/2026

Selamat menyambut Hari Gawai bagi seluruh masyarakat yang meraikan.Semoga sambutan penuh makna ini membawa keberkatan, kemakmuran dan kesejahteraan serta mengukuhkan nilai perpaduan.

Gayu Guru Gerai Nyamai

26/05/2026

Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita hayati erti pengorbanan dan keikhlasan.
Semoga segala ibadah korban diterima Allah SWT dan kita semua dilimpahi rahmat serta keampunan-Nya.

Selamat hari raya Aidil adha

Photos from Program DUTA GURU Kuching's post 23/05/2026

TAJUK PROGRAM:
Bengkel Pembuatan Sabun Menggunakan Minyak Masak Terpakai

PERINCIAN PROGRAM:
Tarikh: 16 Mei 2026
Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Kantin Sekolah SMK Pending
Anjuran : Kelab STEM

PELIBATAN:
Siti Ruhani binti Saiman (Duta Guru Smk Pending)
Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4(14 orang)
Fasilitator

OBJEKTIF PROGRAM:
▪️Meningkatkan pengetahuan murid tentang kaedah menghasilkan sabun daripada minyak masak terpakai menjelang akhir bengkel.
▪️Memberi pendedahan kepada sekurang-kurangnya 80% murid tentang amalan kitar semula dan kelestarian alam sekitar melalui aktiviti hands-on.
▪️Menghasilkan sekurang-kurangnya satu produk sabun bagi setiap kumpulan sepanjang bengkel dijalankan.
▪️Memupuk kesedaran murid terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya berkaitan penggunaan lestari, pengurangan pencemaran dan penjagaan alam sekitar.

PENGISIAN / RUMUSAN PROGRAM:
Bengkel Pembuatan Sabun Menggunakan Minyak Terpakai telah dijalankan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat baik daripada para peserta. Program dimulakan dengan sesi penerangan berkaitan kepentingan pengurusan sisa minyak masak serta kesan pembuangan minyak terpakai terhadap alam sekitar. Peserta turut didedahkan dengan konsep kelestarian dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang menekankan amalan penggunaan semula bahan buangan bagi mengurangkan pencemaran.
Melalui aktiviti hands-on, murid dibimbing menghasilkan sabun menggunakan minyak masak terpakai secara selamat dan sistematik. Setiap kumpulan berjaya menghasilkan produk sabun sendiri dengan bimbingan guru dan fasilitator. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran secara praktikal, malah berjaya memupuk nilai kreativiti, kerjasama, inovasi serta tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.
Program ini secara tidak langsung menyokong beberapa elemen SDG
seperti:

SDG 4 – Pendidikan Berkualiti melalui pembelajaran berasaskan pengalaman dan kemahiran hidup.
SDG 12 – Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab melalui amalan kitar semula minyak masak terpakai.
SDG 13 – Tindakan terhadap Perubahan Iklim dengan usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar.

IMPAK PROGRAM:
▪️Murid memperoleh kemahiran asas menghasilkan sabun secara praktikal.
▪️Kesedaran murid tentang kepentingan pengurusan sisa minyak masak dan amalan kitar semula meningkat.
▪️Murid memahami kepentingan amalan lestari dan kaitannya dengan SDG.
▪️Murid menunjukkan sikap kreatif, bekerjasama dan aktif sepanjang aktiviti dijalankan.
▪️Program berjaya memupuk budaya inovasi dan penjagaan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.

TINDAKAN SUSULAN:
▪️Mengadakan bengkel lanjutan berkaitan penghasilan produk kitar semula dan inovasi hijau.
▪️Menggalakkan murid menghasilkan produk inovasi
▪️Membudayakan amalan pengumpulan minyak masak terpakai di sekolah.

“EMPOWERING FUTURE INNOVATORS THROUGH STEM EDUCATION”







Pendidikan Daerah Kuching

Photos from Program DUTA GURU Kuching's post 23/05/2026

STANDARD 3.1 PENGURUSAN KURIKULUM
ASPEK 3.1.2.2 PROGRAM PENINGKATAN KUALITI PENGAJARAN GURU DIURUS SECARA TERANCANG

Nama Program :

Fasilitator Program GoSTEM : Sesi PLC Pendekatan Design Thinking Anjuran PPD Kuching 2026 (Sesi 4)

Tempat :
Bilik sumber, SJKC SUNGAI APONG

Tarikh / Hari :
21 Mei 2026 (Khamis)

Masa :
2:00 pm - 4:00 pm

Penglibatan :

Cik Chong Chee Huea
(Pegawai SISC+ Bidang Sains dan Matematik)

Cikgu Feizyline Tay
(Duta Guru SMK Tinggi Kuching)
Duta Guru PPD Kuching

1.Lee Siaw Li
2.Juliza Salleh
(Pensyarah UiTM Kota Samarahan)

Guru Sains dan Matematik SR :
1. Cikgu Lim Hong Howe (SJK Chung Hua Pending)
2. Cikgu Wee Chuan Siew (SK Green Road)
3. Cikgu Tiong Chung Yien (SK Kenyalang)
4. Cikgu Ung Sing Jiin (SK Satria Jaya)

Objektif Program :
1.Memberi pendedahan tentang pendekatan Design Thinking serta aplikasinya dalam PdP mata pelajaran STEM.
2. Memainkan peranan dan tanggungjawab fasilitator dalam mengendalikan sesi PLC kepada guru-guru PPD Kuching.
4. Meningkatkan keyakinan dan kompetensi guru untuk membimbing rakan
guru dalam mengintegrasikan Design Thinking dalam PdPc.

Rumusan:
Program pendedahan Pendekatan Design Thinking di SJKC Sungai Apong telah memberi peluang kepada guru memahami proses lima langkah yang boleh diintegrasikan dalam DSKP pelbagai mata pelajaran, khususnya Sains, Matematik dan Reka Bentuk dan Teknologi bagi memperkasa PdP. Interaksi aktif dicungkil melalui sesi soal jawab, aktiviti Rose-Thorn-Bud untuk mengenal pasti pandangan serta cabaran guru bersama murid, di samping aktiviti hands-on berkumpulan dan pembentangan kumpulan yang meningkatkan kefahaman peserta terhadap pendekatan Design Thinking dalam PdPc. Guru menunjukkan penglibatan aktif dan tahap penguasaan yang baik, manakala Duta Guru bertindak sebagai fasilitator dengan membimbing perbincangan serta menyediakan sokongan menggunakan bahan daripada UiTM untuk aplikasi berkesan di bilik darjah.

Tindak Susulan :
Guru-guru digalakkan mengaplikasikan pedagogi ini dalam sesi PdPc subjek masing-masing serta mengintegrasikannya dalam pelaksanaan PLC di sekolah untuk memperkukuh amalan pengajaran yang lebih kreatif dan berpusatkan murid. Selain itu, pemantauan, bimbingan berterusan dan pengumpulan maklum balas akan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan program. Langkah ini diharapkan dapat memperluas impak program kepada lebih ramai guru STEM di daerah Kuching serta menyokong kemenjadian murid di sekolah.

Impak Program:
1.Guru memperoleh pengetahuan dan meningkatkan kompetensi dalam pendekatan Design Thinking serta pengendalian latihan profesional kepada rakan sejawat.
2.Guru-guru STEM daerah Kuching mendapat pendedahan kepada strategi PdP yang lebih kreatif, inovatif dan berpusatkan murid.
3.Pengintegrasian Design Thinking dalam PdP membantu meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah, kreativiti, pemikiran kritis murid serta menyokong aspirasi pendidikan STEM abad ke-21.


Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Photos from Program DUTA GURU Kuching's post 19/05/2026

STANDARD 3.1 PENGURUSAN KURIKULUM
ASPEK 3.1.2.2 PROGRAM PENINGKATAN KUALITI PENGAJARAN GURU DIURUS SECARA TERANCANG

Nama Program :

Fasilitator Program GoSTEM : Sesi PLC Pendekatan Design Thinking Anjuran PPD Kuching 2026 (Sesi 3)

Tempat :
Bilik sumber, SK Sungai Stutong

Tarikh / Hari :
19 Mei 2026 (Selasa)

Masa :
2:00 pm - 4:00 pm

Pelibatan :

Cik Chong Chee Huea
(Pegawai SISC+ Bidang Sains dan Matematik)

Cikgu Norlida binti Mohammad Redzuan
(Duta Guru SMK St Joseph Kuching)
Duta Guru PPD Kuching

1.Cik Syah Runniza binti Ahmad Bakri
2.Shirley Sinatra Gran
(Pensyarah UiTM Kota Samarahan)

Guru Sains dan Matematik SR :
1. SK Jalan Ong Tiang Swee
2. SK Mejar General Datu Ibrahim
3. SK Laksamana
4. SK Tabuan Jaya
5. SK Sungai Stutong

Objektif Program :
1.Memberi pendedahan tentang pendekatan Design Thinking serta aplikasinya dalam PdP mata pelajaran STEM.
2. Memainkan peranan dan tanggungjawab fasilitator dalam mengendalikan sesi PLC kepada guru-guru PPD Kuching.
4. Meningkatkan keyakinan dan kompetensi guru untuk membimbing rakan
guru dalam mengintegrasikan Design Thinking dalam PdPc.

Rumusan:
Program pendedahan Pendekatan Design Thinking di SK Sungai Stutong telah memberi peluang kepada guru memahami proses lima langkah yang boleh diintegrasikan dalam DSKP pelbagai mata pelajaran, khususnya Sains, Matematik dan Reka Bentuk dan Teknologi bagi memperkasa PdP. Interaksi aktif dicungkil melalui sesi soal jawab, aktiviti Rose-Thorn-Bud untuk mengenal pasti pandangan serta cabaran guru bersama murid, di samping aktiviti hands-on berkumpulan dan Galeri Walk yang meningkatkan kefahaman peserta terhadap pelaksanaan Design Thinking dalam PdPc. Guru menunjukkan penglibatan aktif dan tahap penguasaan yang baik, manakala Duta Guru bertindak sebagai fasilitator dengan membimbing perbincangan serta menyediakan sokongan menggunakan bahan daripada UiTM untuk aplikasi berkesan di bilik darjah.

Tindak Susulan :
Program akan diteruskan melalui sesi terakhir mengikut perancangan yang telah ditetapkan bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan pendekatan Design Thinking dalam pendidikan. Guru-guru digalakkan mengaplikasikan pedagogi ini dalam sesi PdPc subjek masing-masing serta mengintegrasikannya dalam pelaksanaan PLC di sekolah untuk memperkukuh amalan pengajaran yang lebih kreatif dan berpusatkan murid. Selain itu, pemantauan, bimbingan berterusan dan pengumpulan maklum balas akan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan program. Langkah ini diharapkan dapat memperluas impak program kepada lebih ramai guru STEM di daerah Kuching serta menyokong kemenjadian murid di sekolah.

Impak Program:
1.Guru memperoleh pengetahuan dan meningkatkan kompetensi dalam pendekatan Design Thinking serta pengendalian latihan profesional kepada rakan sejawat.
2.Guru-guru STEM daerah Kuching mendapat pendedahan kepada strategi PdP yang lebih kreatif, inovatif dan berpusatkan murid.
3.Pengintegrasian Design Thinking dalam PdP membantu meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah, kreativiti, pemikiran kritis murid serta menyokong aspirasi pendidikan STEM abad ke-21.


Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Photos from Program DUTA GURU Kuching's post 18/05/2026

STANDARD 3.1 PENGURUSAN KURIKULUM
ASPEK 3.1.2.2 PROGRAM PENINGKATAN KUALITI PENGAJARAN GURU DIURUS SECARA TERANCANG

Nama Program :

Fasilitator Program GoSTEM : Sesi PLC Pendekatan Design Thinking Anjuran PPD Kuching 2026 (Sesi 2)

Tempat :
Perpustakaan, SJKC Bintawa

Tarikh / Hari :
18 Mei 2026 (Isnin)

Masa :
2:00 pm - 4:00 pm

Pelibatan :

Cik Chong Chee Huea
(Pegawai SISC+ Bidang Sains dan Matematik)

Cikgu Nurfatin Amirah binti Ahmad Fadzli
(Duta Guru SMK St Teresa)
Duta Guru PPD Kuching

Puan Christina Eu Nguk Ling
(Pensyarah UiTM Kota Samarahan)

Guru Sains dan Matematik SR :
1. SJKC Bintawa
2. SJKC Chung Hua No 2
3. SJKC Stampin
4. SK Lumba Kuda
5. SK Tabuan Hilir

Objektif Program :
1.Memberi pendedahan tentang pendekatan Design Thinking serta aplikasinya dalam PdP mata pelajaran STEM.
2. Memainkan peranan dan tanggungjawab fasilitator dalam mengendalikan sesi PLC kepada guru-guru PPD Kuching.
4. Meningkatkan keyakinan dan kompetensi guru untuk membimbing rakan guru mengintegrasikan Design Thinking dalam PdP.

Rumusan:

Guru-guru di SJKC Bintawa telah didedahkan kepada Pendekatan Design Thinking sebagai satu proses lima langkah yang boleh diintegrasikan dengan DSKP mata pelajaran berkaitan bagi memperkasa amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) semua subjek, khususnya Science, Mathematics dan Reka Bentuk dan Teknologi. Dalam program ini, guru telah dibahagikan kepada lima kumpulan untuk melaksanakan aktiviti hands-on bagi meneroka setiap langkah dalam proses Design Thinking. Perkongsian daripada guru yang terpilih menunjukkan tahap penguasaan yang baik, dengan semua peserta terlibat secara aktif sepanjang sesi. Duta Guru berperanan sebagai fasilitator dengan membimbing proses pembelajaran dan memberi khidmat nasihat semasa perbincangan kumpulan. Peserta juga akan memanfaatkan bahan yang dibekalkan oleh Universiti Teknologi MARA untuk mengaplikasikan pendekatan ini secara berkesan dalam PdPc.

Tindak Susulan :

Dua sesi program seterusnya akan diteruskan mengikut perancangan. Peserta digalakkan mengaplikasikan pendekatan Design Thinking dalam PdP dan PLC di sekolah masing-masing. Pemantauan, bimbingan berterusan serta pengumpulan maklum balas akan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan program dan memastikan impaknya dapat diperluas kepada lebih ramai guru STEM di daerah Kuching.

Impak Program :
1. Guru yang dilantik memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang lebih
mendalam mengenai pendekatan Design Thinking.
2. Peningkatan kompetensi guru sebagai fasilitator dalam mengendalikan latihan profesional kepada rakan sejawat.
3. Guru-guru STEM di daerah Kuching mendapat pendedahan kepada strategi PdP yang lebih kreatif, inovatif dan berpusatkan murid.
4. Pengintegrasian Design Thinking dalam PdP dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah, kreativiti dan pemikiran kritis murid.
5. Program ini menyokong aspirasi pendidikan STEM untuk melahirkan murid yang berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran abad ke-21.


Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Photos from Program DUTA GURU Kuching's post 14/05/2026

STANDARD 3.1 PENGURUSAN KURIKULUM
ASPEK 3.1.2.2 PROGRAM PENINGKATAN KUALITI PENGAJARAN GURU DIURUS SECARA TERANCANG

Nama Program :

Fasilitator Program GoSTEM : Sesi PLC Pendekatan Design Thinking Anjuran PPD Kuching 2026

Tempat :
Bilik STEM, SK St Andrew

Tarikh / Hari :
13 Mei 2026 (Khamis)

Masa :
12:45 pm - 3:00 pm

Pelibatan :

Dr Felix Chuo Sing Ting
(Pegawai SISC+ Bidang TVET)

Cikgu Nurhartinie binti Jusoh
(Duta Guru SMK Santubong)
Duta Guru PPD Kuching

Guru Sains dan Matematik SR :
1. SK St Andrew
2. SK Catholic English
3. SK Tabuan
4. SK Tabuan Ulu

Objektif Program :
1.Memberi pendedahan tentang pendekatan Design
Thinking serta aplikasinya dalam PdP mata pelajaran
STEM.
2. Memainkan peranan dan tanggungjawab fasilitator
dalam mengendalikan sesi PLC kepada guru-guru
PPD Kuching.
4. Meningkatkan keyakinan dan kompetensi guru untuk
membimbing rakan guru mengintegrasikan Design
Thinking dalam PdP.

Rumusan:
Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di SK St Andrew, Kuching sebagai sesi pertama daripada empat sesi yang dirancang. Sepanjang program, peserta telah didedahkan kepada konsep dan proses Design Thinking, peranan fasilitator dalam mengendalikan sesi PLC, serta kaedah mengintegrasikan pendekatan tersebut dalam PdP mata pelajaran STEM. Program ini turut meningkatkan kefahaman, keyakinan dan kompetensi guru untuk membimbing rakan sejawat dalam melaksanakan pedagogi inovatif secara lebih berkesan. Diharapkan tiga sesi seterusnya akan dapat memperluas impak program ini kepada lebih ramai guru di daerah Kuching serta memperkukuh amalan PdP berasaskan Design Thinking di sekolah.

Tindak Susulan :
Tiga sesi program seterusnya akan diteruskan mengikut perancangan. Peserta digalakkan mengaplikasikan pendekatan Design Thinking dalam PdP dan PLC di sekolah masing-masing. Pemantauan, bimbingan berterusan serta pengumpulan maklum balas akan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan program dan memastikan impaknya dapat diperluas kepada lebih ramai guru STEM di daerah Kuching.

Impak Program :
1. Guru yang dilantik memperoleh pengetahuan dan
kemahiran yang lebih mendalam mengenai
pendekatan Design Thinking.
2. Peningkatan kompetensi guru sebagai fasilitator
dalam mengendalikan latihan profesional kepada
rakan sejawat.
3. Guru-guru STEM di daerah Kuching mendapat
pendedahan kepada strategi PdP yang lebih kreatif,
inovatif dan berpusatkan murid.
4. Pengintegrasian Design Thinking dalam PdP dapat
meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah,
kreativiti dan pemikiran kritis murid.
5. Program ini menyokong aspirasi pendidikan STEM
untuk melahirkan murid yang berdaya saing dan
mampu menghadapi cabaran abad ke-21.


Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Photos from Program DUTA GURU Kuching's post 11/05/2026

BENGKEL KERJA PENATARAN KURIKULUM PERSEKOLAHAN 2027 (KP 2027) MATEMATIK TAHUN 1 & TINGKATAN 1 KEPADA JURULATIH UTAMA (JU) DI ZON SARAWAK

Tarikh: 4 - 7 MEI 2026 (Isnin hingga Khamis)
Tempat: Hotel Imperial Bintulu

Pelibatan:
🔹Cikgu Voon Chui Khim
(Pegawai SISC+ Bidang TVET)
🔹Cikgu Norlida binti Mohammad Redzuan
(Duta Guru SMK Green Road)
🔹Cikgu Siti Ruhani binti Saiman
(Duta Guru SMK Pending)
🔹Cikgu Feizyline Tay
( Duta Guru SMK Tinggi Kuching)
🔹Cikgu Chang Hui Chung
(PDG SMK ST. Thomas)

Objektif:
Meningkatkan kefahaman dan kemahiran Jurulatih Utama (JU) dalam melaksanakan penataran Kurikulum Persekolahan 2027 kepada guru-guru sekolah bagi Tahun 1 dan Tingkatan 1 secara berkesan, terancang dan selaras dengan ketetapan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Rumusan:
Bengkel ini telah memberi pendedahan dan kefahaman yang jelas kepada Jurulatih Utama (JU) berkaitan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 serta kaedah penataran kepada guru-guru sekolah. Melalui bengkel ini, JU akan dapat menyelaras penyampaian maklumat dan perancangan pelaksanaan di peringkat daerah agar penataran dapat dilaksanakan secara lebih teratur, berkesan dan selaras dengan ketetapan semasa.

Impak:
Pendedahan dan perbincangan dalam bengkel ini telah memperjelas hala tuju pelaksanaan Bengkel Penataran Kurikulum Persekolahan 2027 untuk Matematik Tahun 1 & Tingkatan 1 di peringkat daerah serta meningkatkan kefahaman Jurulatih Utama daerah terhadap kandungan, pedagogi dan keperluan pelaksanaan secara lebih menyeluruh.

Tindakan Susulan:
Melaksanakan Bengkel Penataran Kurikulum Persekolahan 2027 kepada guru-guru sekolah di daerah Kuching bagi memastikan kefahaman dan pelaksanaan kurikulum dapat disampaikan secara tepat, seragam dan berkesan.

“EMPOWERING FUTURE INNOVATORS THROUGH STEM EDUCATIONS”

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

KUCHING
Kuching