Jabatan Pertanian Labuan

Jabatan Pertanian Labuan

Share

Jabatan Pertanian Labuan adalah Rakan Kebun Anda! Pengembangan adalah Teras Perkhidmatan Kami!

28/05/2026

Tahukah anda, kubis bukan lagi tanaman yang hanya sinonim dengan kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands?
Dengan pemilihan varieti yang sesuai dan penjagaan yang betul, kubis kini boleh ditanam di halaman rumah, sama ada di dalam pasu mahupun batas kecil.
Dalam keadaan dunia berdepan cabaran perubahan iklim, kenaikan kos pengangkutan dan gangguan rantaian bekalan makanan global, usaha menghasilkan makanan sendiri semakin penting.
Menanam kubis di rumah bukan sahaja memberi bekalan sayuran segar kepada keluarga, malah membantu mengurangkan kebergantungan terhadap sayuran import.
Perjalanan menanam kubis sebenarnya tidaklah rumit. Semuanya bermula dengan penyemaian benih selama 20 hingga 25 hari sebelum anak benih dipindahkan ke pasu atau batas tanaman.
Kubis memerlukan cahaya matahari antara enam hingga lapan jam sehari, suhu sederhana serta tanah yang subur dan mempunyai saliran baik untuk menghasilkan kepala kubis yang berkualiti.
Selepas dipindahkan, tanaman perlu disiram secara berkala bagi memastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak bertakung.
Pembajaan menggunakan baja organik atau NPK 15:15:15 pada 14 hari lepas tanam (HLT) dan 12:12:17:2 TE pada 35 dan 49 HLT bagi membantu pertumbuhan daun dan pembentukan kepala kubis yang padat.
Kubis boleh mula dipungut selepas 60 hari mengubah diladang. Purata hasil ialah 29mt/ha bagi tanah dataran tinggi dan 16mt/ha bagi tanah pamah.
Apabila memotong kobis diladang, 2-3 helai daun pembalut ditinggalkan. Daun ini berfungsi sebagai pelapik semasa pengendalian
dan pengangkutan.
Kubis digred berdasarkan saiz, ketumpatan, warna, kesegaran, tahap kecederaan mekanikal serta tahap serangan penyakit dan serangga. Kubis bulat boleh disimpan selama 6-12 minggu pada suhu 1-2 darjah celcius dengan kelembapan 90-95%.
Selain menjimatkan perbelanjaan dapur, kubis yang ditanam sendiri memberi keyakinan terhadap kualiti dan keselamatan makanan yang dimakan.
Lebih penting, setiap pasu dan batas yang diusahakan di rumah merupakan sumbangan kecil ke arah memperkukuh keterjaminan makanan negara.
Tanam apa yang kita makan, makan apa yang kita tanam.
Rujuk infografik untuk maklumat lanjut. Kongsikan agar lebih ramai mendapat manfaat.

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M

Dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan, saya mewakili seluruh warga kerja Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada semua umat Islam khususnya warga Labuan yang diraikan.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang ketaatan, pengorbanan dan keikhlasan dalam memperkukuhkan ukhuwah serta menyemai nilai kasih sayang sesama insan.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan dengan semangat kebersamaan, perpaduan dan kesyukuran demi kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara tercinta.

“Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kedamaian dan rahmat buat kita semua.”

Ikhlas daripada,

Pengarah
Jabatan Pertanian
Wilayah Persekutuan Labuan

serta

Seluruh Warga Kerja
Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan

18/05/2026
Want your organization to be the top-listed Government Service in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

JABATAN PERTANIAN WP LABUAN Jalan BUKIT KUDA KG KILAN WP
Labuan
87021