Pusat Koreksional Labuan

Pusat Koreksional Labuan

Share

Pusat Koreksional Labuan, Jabatan Penjara Malaysia, Peti Surat 82275, Poskod 87032, W.P Labuan. Sabah

Photos from Pusat Koreksional Labuan's post 11/03/2026

π™»π™°π™Ώπ™Ύπšπ™°π™½ π™Όπ™°π™Ήπ™»π™Έπš‚ π™±π™΄πšπ™±πš„π™Ίπ™° π™Ώπš„π™°πš‚π™° π™Ώπšπ™Ύπš‚π™Ώπ™΄π™Ί π™±π™΄πšπš‚π™°π™Όπ™° π™Ώπ™΄π™½π™Άπ™°πšπ™°π™· π™Ώπš„πš‚π™°πšƒ π™Ίπ™Ύπšπ™΄π™Ίπš‚π™Έπ™Ύπ™½π™°π™» π™»π™°π™±πš„π™°π™½ 2026

Pada 10 Mac 2026 bersamaan 20 Ramadhan 1447H, Pusat Koreksional Labuan telah berjaya menganjurkan Program Berbuka Puasa Penghuni bersama Pengarah bertempat di Surau Muhammad Al-Fateh (Blok Sejahtera). Majlis yang bermula seawal jam 5:00 petang ini dihadiri oleh Pengarah Pusat Koreksional Labuan, 15 orang pegawai kanan serta pegawai lain-lain pangkat dan melibatkan penglibatan seramai 470 orang banduan (prospek). Program ini merupakan aktiviti tahunan yang bertujuan untuk mengukuhkan aspek kerohanian dan menyemai sifat kerendahan dalam diri prospek di bulan yang mulia ini.

Atur cara dimulakan dengan Majlis Tadarus Al-Quran dan sesi Tazkirah Ramadan bagi memberikan pengisian jiwa kepada prospek. Sejurus ketibaan Pengarah pada jam 6:00 petang, majlis diserikan dengan alunan Tilawah Al-Quran oleh Prospek Tahfiz yang mempamerkan keberkesanan modul pembelajaran agama (tahfiz) di dalam institusi ini. Pengarah dalam ucapannya menekankan bahawa bulan Ramadan adalah "Madrasah Jiwa" yang mendidik sifat sabar, syukur, dan kelembutan hati bagi membentuk insan yang lebih bertaqwa. Beliau juga menekankan bahawa program ini adalah sebahagian daripada usaha Jabatan Penjara Malaysia dalam memberikan pendidikan kerohanian yang terbaik kepada semua prospek.

Tepat jam 6:33 petang, majlis diteruskan dengan bacaan doa berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah. Suasana ukhuwah jelas terpancar apabila barisan pegawai kanan duduk bersama-sama 470 orang penghuni untuk menikmati juadah berbuka puasa dalam sesi jamuan makan yang disediakan. Penglibatan secara langsung pihak pengurusan dalam majlis ini mencerminkan sikap keprihatinan dan nilai kemanusiaan tinggi yang diterapkan dalam proses pemulihan para prospek.

Kesimpulannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif utamanya dalam memberikan ruang kepada prospek merasai suasana kekeluargaan di bulan Ramadan. Majlis bersurai pada jam 7:20 malam dengan harapan agar pengisian kerohanian ini dapat memberikan impak positif kepada perubahan tingkah laku dan jati diri para prospek. Usaha murni ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menyokong agenda pemulihan dalam fasiliti di Pusat Koreksional Labuan.

Photos from Pusat Koreksional Labuan's post 05/03/2026

05 Mac 2026 bersamaan 15 Ramadhan 1447H -

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBOK

Pusat Koreksional Labuan mengadakan aktiviti gotong royong memasak bubur lambok di Surau Fath Al-Bari, Pusat Koreksional Labuan. Aktiviti gotong royong memasak bubur lambok tersebut berjalan dengan jayanya oleh kerjasama kakitangan Pusat Koreksional Labuan . Program ini bertujuan menyemarakkan dan mengukuhkan lagi ukhwah silaturrahim diantara kakitangan Pusat Koreksional Labuan bersama di dalam bulan ramadhan yang penuh barakah pada tahun ini.

Sekian, terima kasih.

Photos from Pusat Koreksional Labuan's post 09/08/2024

*PROJEK RIBEN KUNING PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL LABUAN BERSAMA AGENSI LAIN BAGI TAHUN 2024*

Projek Riben Kuning yang diadakan pada 5-8 Ogos 2024 di Pusat Koreksional Labuan merupakan inisiatif bersama yang bertujuan untuk memberi peluang dan sokongan kepada belia dan individu (prospek) yang terlibat dalam sistem pemulihan. Program ini melibatkan kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, PERKESO WP Labuan, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN Kinarut) Sabah, dan Jabatan Penjara ( Pusat Koreksional Labuan) untuk menyediakan latihan kemahiran berasaskan teori dan praktikal dalam dua bentuk kemahiran iaitu Penyelenggaraan Penghawa dingin dan Pendawaian Elektrik. Majlis Penutupan program ini dihadiri Oleh PP Richard Robin, Insp. Azlan, Sarjan Bidazulhaiziz dan Wadar Jaamin manakala wakil daripada agensi lain dihadiri oleh Tracy Tumay Binti Rigar
Penolong Pengarah Jabatan Belia Sukan WP Labuan, Encik Ahmad Rithaudin bin Ibrahim Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Kinarut,Sabah dan Encik Soripin Ripol Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO WP Labuan. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil kepada peserta yang terlibat dalam program ini iaitu seramai 30 orang Prospek. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari Pusat Koreksional Labuan kepada agensi yang terlibat dan sesi bergambar. Jabatan Penjara Malaysia Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

Want your organization to be the top-listed Government Service in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Pusat Koreksional Labuan, Jabatan Penjara
Labuan
87032