Labuan Society

Labuan Society

Share

Labuan Society merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang menitikberatkan pembangunan masyarakat

26/02/2026

https://www.facebook.com/share/p/1DLLNdNLpD/

JAMBATAN LABUAN - MENUMBOK TIDAK DILAKSANAKAN, GERAN RM2.88 JUTA DIPULANGKAN

LABUAN : Kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) bagi cadangan pembinaan Jambatan Labuan–Menumbok, Sabah tidak diteruskan, sekali gus menyaksikan geran berjumlah RM2.88 juta dipulangkan.

Perkara itu didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 berhubung Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2024, yang menyatakan geran berkenaan melibatkan Perbadanan Labuan (PL) yang diterbitkan pada Isnin, 23 Februari 2026.

Menurut laporan itu, jumlah RM2.88 juta berkenaan telah dikembalikan susulan keputusan untuk tidak melaksanakan kajian pembinaan jambatan yang dicadangkan menghubungkan Labuan dengan Menumbok, Sabah.

Cadangan projek jambatan tersebut sebelum ini dilihat berpotensi meningkatkan hubungan darat antara pulau bebas cukai Labuan dan tanah besar Sabah, sekali gus merangsang ekonomi serta memudahkan pergerakan penduduk dan barangan.

Bagaimanapun, berdasarkan dapatan audit, kajian kebolehlaksanaan berkenaan tidak dilaksanakan seperti dirancang dan peruntukan geran telah dipulangkan sepenuhnya.

Laporan itu turut menyenaraikan jumlah keseluruhan tertentu melibatkan agensi berkaitan seperti dinyatakan dalam Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2024.

16/02/2026

Gong Xi Fa Cai 2026!

Photos from Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan's post 24/01/2026
Photos from JKR Wilayah Persekutuan Labuan's post 24/01/2026
Photos from Labuan Society's post 10/01/2026

The Labuan Society extends our sincere appreciation to Marrybrown Labuan for their generous support. Your contribution has played an important role in the success of this campaign and has made a meaningful difference to the Labuan Society and the community we serve. We are truly thankful for your support.

Labuan Society merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Marrybrown Labuan atas sokongan dan sumbangan yang amat bermakna. Sumbangan anda telah memainkan peranan penting dalam menjayakan kempen ini serta memberi impak yang besar kepada komuniti Labuan. Kami amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Labuan