Kelab Rakan Muda Bandar Labuan
No Pendaftaran - PPBM : KT8338/15/25
Akaun Rasmi Kelab Rakan Muda Bandar Labuan.
28/05/2026
π AYUH WARGA LABUAN! π
Jangan lepaskan peluang untuk sertai program paling happening tahun ini! π₯
π AEROBICTHON 90 MINIT RAKAN MUDA πΊ
πΆ Senam, hiburan & gaya hidup sihat dalam satu program yang penuh energi!
Sesuai untuk semua peringkat umur π
π Gelanggang Tenis, Kompleks Belia & Sukan WP Labuan
π
14 Jun 2026 (Ahad)
β° 7:30 Pagi
PENDAFTARAN DITUTUP PADA : 10 JUN 2026βοΈβοΈ
π Cabutan & hadiah menarik menanti anda!
π Menariknyaβ¦ hadiah wang tunai menanti pemenang!
β¨ Individu Lelaki
β¨ Individu Perempuan
β¨ Kumpulan Bertanding
π₯ Jom challenge diri anda dan rasai kemeriahan bersama instructor terkenal Tony Kong!
π² Tag member anda & daftar sekarang!
βRakan Muda, Kekal Sihat, Ceria & Aktif!β πͺβ¨
_π Link Pendaftaran:π_
Individu Terbuka:
https://forms.gle/1Ly2sy73E5taoptT8
Individu Bertanding:
-https://forms.gle/ku9UmnJxQ9QZscru5
Kategori Berkumpulan:
-https://forms.gle/2LTmM3LG6AktV9Ao8
BeliaLabuan
26/05/2026
Kelab Rakan Muda Bandar Labuan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya buat warga Labuan.
Bagi kita generasi muda, Aidiladha adalah refleksi tentang erti pengorbanan yang sebenar sama ada dalam menuntut ilmu, menyumbang tenaga kepada komuniti, mahupun mendidik hati untuk sentiasa ikhlas dalam setiap tindakan.
Mengambil ibrah daripada ketabahan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, jom kita bawa semangat pengorbanan ini untuk terus memacu impak positif demi Wilayah Persekutuan Labuan yang tercinta.
Selamat Hari Raya Aidiladha, tulus ikhlas daripada kami di Kelab Rakan Muda Bandar Labuan.
ππ
25/05/2026
πβ½οΈπ₯ SATU MINGGU SATU SUKAN π₯β½οΈπ
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kelab Rakan Muda Bandar Labuan (RMK) melalui portfolio Rakan Aktif telah menganjurkan aktiviti futsal bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan belia πͺβ½οΈ
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan semangat kesukanan, malah memberi peluang kepada para belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat, bermanfaat dan penuh semangat berpasukan π₯
Terima kasih kepada semua peserta, penyokong dan pihak yang sentiasa memberi sokongan terhadap setiap aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Rakan Muda Bandar Labuan.
BeliaAktif
YakinBoleh
Labuan
25/05/2026
Kelab Rakan Muda Bandar Labuan mengucapkan syabas kepada 4 orang wakil yang telah menyertai Kursus Pemimpin Baharu ARPRM Peringkat W.P. Labuan 2026 pada 19β21 Mei 2026 di Dewan Desa Tunas, W.P. Labuan.
Teruskan melangkah maju dalam melahirkan generasi pemimpin muda yang berkualiti dan berdaya saing!
19/05/2026
15 - 17 MEI 2026: SELESAI TUGASAN DI KOTA BELUD π
Pada hujung minggu yang lalu, Kelab Rakan Muda Bandar Labuan telah menghantar dua orang wakil kelab untuk menyertai Bengkel Refresher Pemimpin Bertauliah ARPRM 2026 Peringkat W.P. Labuan bertempat di Dewan Masyarakat Kg. Tambatuon, Sabah.
Penyertaan mereka bukan sekadar memenuhi jemputan, tetapi satu usaha kelab untuk memastikan kepimpinan kita sentiasa relevan dan bertauliah mengikut standard kebangsaan. Semoga semangat yang dibawa pulang dari Kota Belud ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak program hebat untuk belia di Labuan kelak.
19/05/2026
πΈβ½π― SATU MINGGU SATU SUKANππββοΈπ
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kelab Rakan Muda Bandar Labuan (RMK) melalui portfolio Rakan Aktif telah menganjurkan program Satu Minggu Satu Sukan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan beliaπ₯
Program ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta memberi ruang kepada para belia melibatkan diri dalam aktiviti yang bermanfaatπ€
Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang sentiasa menyokong setiap aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Rakan Muda Bandar Labuan.
BeliaAktif
Labuan
16/05/2026
πβ¨ SELAMAT HARI GURU 2026β¨π
*βGuru Bitara, Nadi Negaraβ*
Kelab Rakan Muda Bandar Labuan (RMK) ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa ikhlas mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu demi masa depan generasi muda.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan kesabaran yang tidak ternilai dalam membentuk anak bangsa menjadi insan yang berilmu dan berakhlak.
Sesungguhnya, guru bukan sahaja penyampai ilmu, malah menjadi inspirasi dan pencorak masa depan negara.
Selamat Hari Guru kepada semua insan bergelar pendidik π©βπ«π¨βπ«
16/05/2026
β¨SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2026β¨
Walaupun tanggal 15 Mei telah berlalu, semangat belia akan terus mekar tanpa mengira waktu πͺπ₯
Kelab Rakan Muda Bandar Labuan (RMK) ingin mengucapkan Selamat Hari Belia Negara kepada seluruh anak muda yang sentiasa berani mencuba, sanggup belajar dan terus membuktikan kemampuan diri demi masa depan yang lebih baik π
Belia bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi pencipta perubahan pada hari ini π€
Teruskan melangkah, berkarya dan memberi inspirasi kepada masyarakat.
βTeach & Proveβ belajar, tunjukkan kemampuan dan buktikan bahawa belia mampu membawa perubahan.
YakinBoleh
Click here to claim your Sponsored Listing.