APM Lahad Datu

APM Lahad Datu

Share

VISI
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana. MOTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

01/04/2026

Terbang tinggi si burung helang,
Memantau rapi pesisir pantai;
Ulang tahun ESSCOM kini menjelang,
Keamanan dikecap, rakyat santai.

​Dari APM buat ESSCOM,
Semoga terus gagah berbakti;
Kerjasama erat sentiasa dikulum,
Kedaulatan negara tetap di hati.

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN ESSCOM KE-13!

​Seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lahad Datu ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sempena hari ulang tahun penubuhan pada hari ini.

​Sebagai rakan strategik di lapangan, kami sentiasa menyokong penuh peranan ESSCOM dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) kekal terpelihara.

​Semoga sinergi antara APM Lahad Datu dan ESSCOM terus utuh demi kesejahteraan rakyat, khususnya di Daerah Lahad Datu. Terima kasih atas dedikasi dan pengorbanan dalam menjaga keamanan kita semua! 🤝💪

​"Sedia, Pantas, Berintegriti"
"Bersama-sama Menjana Kesejahteraan"
"Bersama Menjaga Kedaulatan Negara"

Sebarang pertanyaan hubungi pihak APM Lahad Datu bagi kecemasan di talian 089-880991 atau talian kecemasan kebangsaan NG999.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Eastern Sabah Security Command

Want your organization to be the top-listed Government Service in Lahad Datu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Lahad Datu