Markas 13 Briged

Markas 13 Briged

Share

"GAGAH BERANI"

Only The Brave Posted to 13th Infantry Brigade

05/07/2026
Photos from Markas 13 Briged's post 22/06/2026

UPACARA PENUTUP EKSESAIS PASAK BUMI 26 RAMD SIRI 1/2026

TAWAU, 21 Jun 26 - Upacara Penutup Eksesais Pasak Bumi 26 RAMD Siri 1/2026 telah dilaksanakan di Stadium Mini Brumas, Tawau dan telah disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Datuk Jagjit Singh Indar Singh, Panglima 13 Briged.

Eksesais yang telah berlangsung selama sembilan hari, bermula 13 hingga 21 Jun 26 ini turut melibatkan Unit-unit Bantuan Tempur dan Bantuan Khidmat di bawah naungan 13 Bgd di mana Peg dan LLP terlibat dilepaskan bermula di Ladang Tingkayu, Kunak sehingga di Ladang Brumas, Tawau. Eksesais ini diakhiri dengan serangan akhir pangkalan musuh di Brumas, Tawau bagi Unit Tempur.

Eksesais ini amat penting bagi melatih perintah dan kawalan bagi setiap peringkat pemerintahan dari peringkat Seksyen sehingga Kompeni. Selain itu, eksesais ini turut menguji fizikal dan mental setiap pelaku di mana pelaku dikehendaki berjalan sejauh 40 km bagi Unit Tempur dan 25 km bagi Unit Bantuan Tempur dan Bantuan Khidmat.

Eksesais ini bertepatan dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-31 di mana latihan merupakan salah satu keutamaan pemerintahan.

Disediakan oleh: Sel Risik 26 RAMD.

Photos from Markas 13 Briged's post 15/06/2026

𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝟏𝟑 𝐁𝐑𝐈𝐆𝐄𝐃 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟕 𝐑𝐀𝐌𝐃 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐒𝐀𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐓𝐑𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒 (𝐅𝐓𝐗)

TAWAU, 15 Jun 26 - Brig Jen Datuk Jagjit Singh Indar Singh, Panglima 13 Briged mengadakan lawatan ke kawasan Eksesais Satria Tangkas (FTX) di kawasan am Tawau pada 15 Jun 2026.

Lawatan ini bertujuan bagi melihat secara dekat keupayaan dan kesiapsiagaan Batalion Ke-7 RAMD dalam melaksanakan eksesais tersebut.

Fasa Latihan Medan atau Field Training Exercise (FTX) ini merupakan kesinambungan daripada latihan yang lain sebelumnya iaitu Eksesais Satria Berani (CPX).

Disediakan oleh: Sel Risik MK 13 Bgd.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Lahad Datu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Lahad Datu