Mache-AafiyatSynergy

Mache-AafiyatSynergy

Share

Agent sah Aafiyat Synergy Sdn.Bhd.

24/05/2022

ISTIMEWANYA MINYAK SAWIT MERAH ELAIESE

🌴Terdapat kajian menyatakan bahawa pengambilan Vitamin E yang cukup mampu mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung. Minyak sawit merah mengandungi kedua-dua ahli keluarga vitamin E, tokotrienol dan tokoferol. Vitamin E merupakan antioksida, yang melindungi sel badan daripada radikal bebas yang merosakkan.

🌴Sebagai antioksidan, tokotrienol adalah 40-60 kali lebih kuat daripada tokoferol. Anda boleh menggunakan minyak sawit merah sebagai salah satu sumber terbaik untuk tokotrienol kerana tidak semua minyak masak memiliki tokotrienol. Contoh minyak sawit merah yang terdapat dipasaran adalah Elaiese.

🌴Di Malaysia, minyak sawit sangat popular, namun ramai yang terlepas pandang atau tidak menyedari kehadiran minyak sawit merah, yang kaya dengan karotena. Minyak sawit merah adalah produk buah kelapa sawit yang diproses secara minima.

🌴Minyak diekstrak secara khusus daripada “flesh” (sama seperti minyak kelapa sawit), tetapi dengan teknologi berbeza yang mengekalkan kandungan provitamin A yang kaya dengan karotenoid (pigmen kuning, oren, dan merah).

🌴Malah, disebabkan oleh proses istimewa ini, minyak sawit merah mempunyai rasa dan aroma yang istimewa. Minyak sawit merah adalah satu-satunya minyak kaya dengan provitamin A karotenoid dan beta-karotena.

🌴Lebih istimewa kami ingin beri Promosi Minyak Sawit Merah Elaiese khas kepada pelanggan. Jom dapatkan Jute Bag Eksklusif bernilai RM20.00 dengan setiap pembelian 3 botol Minyak Sawit Merah Elaiese bernilai RM90.00. Promosi bermula 15 Mei 2022 sehingga 30 Jun 2022. (Sementara stok masih ada).

-Team Aafiyat Synergy-

13/05/2022

Kenapa Anda Perlu Minum Choco Kami?

🌞Minuman Choco kami ini LEBIH BANYAK KHASIAT dengan kandungan 70% coklat yang merupakan antara produk minuman choco yang tinggi kandungan kokonya.

🌞Selain itu ia juga mengandungi ekstrak safron, madu, susu kambing, safron, maca dan malt. Tanpa gula tambahan, krimer mahupun pengawet.

🌞Choco amat bagus untuk anak anda kerana kandungan koko yang tinggi membantu menggalakkan perkembangan minda anak-anak anda.

🌞Selain itu, ia juga membekalkan tenaga untuk kecergasan dan Kecerdasan minda kanak-kanak serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Paling penting ia membantu mengatasi tekanan (stress).

Ayuh dapatkannya sekarang.

-Team Aafiyat Synergy-

19/04/2022

3 Biji Kurma

🥠Kurma pastinya tidak dapat dipisahkan dari Ramadan dan dijadikan sajian semasa berbuka atau bersahur.

🥠Selalunya 3 biji kurma dimakan pada satu-satu masa kerana mengikut sunnah. Tetapi, 3 biji kurma juga mengandungi khasiat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

🥠3 biji kurma bersamaan 80 kcal. Ia mempunyai 15mg Kalsium, 37mg Caratones (antioksidan), 16g Fosforus dan 140mg Potassium.

🥠Kurma kaya dengan sumber tenaga dan nutrien jadi tidak hairanlah ia menjadi sajian pilihan ramai semasa berbuka. Nak dapatkan kurma anda, boleh hubungi kami sekarang.

-Team Aafiyat Synergy-

15/04/2022

Madu Oh Madu

🐝Madu yang terdiri dari kandungan gula ringkas seperti glukosa dan fruktosa yang tinggi dapat memudahkan proses penyerapan nutrien ke dalam tubuh. Di samping itu, madu juga mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti vitamin B1 dan B2, mineral seperti kalsium, potasium dan polifenol yang baik untuk tubuh dan telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif pelbagai jenis penyakit.

Jadi apakah antara khasiat madu ini?

🐝Mengurangkan berat badan
Menurut pengarang dan pakar nutrisi, Mike McInnes, madu dapat membakar lemak badan walaupun ketika anda tidur. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk mengurangkan berat.Waktu terbaik untuk pengambilan madu ini adalah ketika perut kosong. Hanya mengambil sesudu kecil madu sebelum tidur atau campurkan madu dengan air suam ketika perut masih kosong pada awal pagi. Pengambilan madu ketika perut kosong dapat membantu penyerapan yang lebih baik untuk meningkatkan metabolisme tubuh. Secara tidak langsung, ia dapat bantu untuk mengurangkan berat badan dengan lebih pantas.

🐝Menyokong Sistem Imuniti
Dianggap sebagai ubatan semula jadi bagi membantu melegakan sakit tekak. Fungsi antioksidan dan anti-bakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat.Dengan kandungan antioksidan yang tinggi, ia mampu mempertingkatkan imun untuk jangka masa panjang jika diambil setiap hari.

🐝Membekalkan Tenaga
Madu yang diambil pada setiap pagi sebelum makan atau bersenam dapat memberikan tenaga ekstra. Dengan kandungan gula semula jadi, vitamin dan mineral yang membekalkan tenaga terbaik bagi tubuh.Dalam kajian dari Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis, menunjukkan madu adalah pilihan karbohidrat terbaik diambil sebelum bersenam. Malahan, ia juga dikatakan pilihan yang baik untuk diambil selepas bersenam.

🐝Menyokong Sistem Kardiovaskular
Sebagai sejenis makanan yang tinggi kandungan antioksidan, madu dapat memperbaiki tahap kolestrol tubuh. Apabila tahap kolestrol rendah, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan tahap kesihatan sistem kardiovaskular.Menurut kajian, madu boleh membantu menurunkan hampir 5.8% LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan 3.3% HDL (kolesterol baik).

🐝Khasiat madu yang baik pastinya akan memberikan sesuatu yang positif bagi kesihatan tubuh. Hanya dengan pengambilan sesudu kecil atau campurkan dengan air suam semasa perut kosong sebelum sarapan dan pada waktu malam sebelum tidur dapat membekalkan tenaga dan menyokong sistem imuniti tubuh.

-Team Aafiyat Synergy-

Want your business to be the top-listed Shop in Machang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Jalan SK MACHANG 2, Kg Hutan Kuin
Machang