Moonlight Scarves

Moonlight Scarves

Share

This FB page is purpose of assignments for the subject ENT530. It's not for any business purposes.

21/06/2023

💫 CARA UNTUK MENGELAKKAN TUDUNG BERBULU 💫

Hello, para waniter lindungan Kaabah! Mesti ramai yang menghadapi masalah yang sama macam sis ☹ MASALAH APA TU? Masalah tudung kiter berbulu wak huhu! Jangan risau, sis dah discover dah masalah dan kaedah yang betul untuk memastikan tudung yang kita beli mahal tak lah cepat ROSAK! 😱

1️⃣ Basuh dengan tangan, gosok perlahan-lahan
Kaedah membasuh tudung memakai tangan adalah cara yang terbaik untuk memastikan benang tudung kita takkan mudah teracrik dan putus.
2️⃣ Basuh dengan sabun pelembut, kerana ia boleh membersihkan tanpa membuat permukaan kain kasar
Selalu, pembasuhan tudung hanya guna sabun pelembut kain (softener). Tidak perlu menggunakan terlalu banyak bahan kimia kerana jenis kain tudung tak semuanya tahan dan akan mudah rosak
3️⃣ Elakkan suhu yang sangat panas semasa menyeterika
Penggunaan seterika juga amat penting dalam mengelakkan tudung kita berbulu! Gunakan mod ironing rayon atau cotton saja bagi semua jenis kain tudung
4️⃣ Elakkan menyimpan tudung secara berlipat kerana boleh menyebabkan garis lipatan
Pastikan tempat penyimpanan tudung adalah menggunakan cara gantung dengan penyangkut tudung! Boleh dapatkan pelbagai jenis penyangkut tudung di kedai yang berdekatan

Kalau korang nak lebih banyak TIPS, korang mestilah kene LIKE & FOLLOW 📌

https://www.facebook.com/by.moonlightscarves



Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/5-tip-mudah-penjagaan-tudung/

13/06/2023

SAYANG SAYANG SEMUA, NAK KELIHATAN CANTIK TAK SEMESTINYA PERLU MEMAKAI YANG MAHAL MAHAL TAU 😊✨

Tak dinafikan, zaman sekarang ni kos sara diri meningkat, harga minyak meningkat, TAPI nak bergaya cantik tak perlu pun beli dan pakai barang yang berjenama dan mahal! Cukup dengan menggunakan tips di bawah ini sahaja !

👉 Kreatif menyuai padan

Sekiranya anda mempunyai koleksi pakaian tradisional yang banyak di dalam almari, jangan bazirkan wang untuk terus membeli pakaian baharu.

Gunakan kreativiti anda menyuai padan pakaian sedia ada untuk dijadikan satu gaya baharu. Contohnya anda boleh menggunakan kebaya atau kebarung milik ahli keluarga yang lain untuk disuai padan dengan busana bahagian bawah yang anda miliki seperti kain pario atau kain batik.

👉 Kenal pasti titik fokal gaya

Dalam menguruskan gaya peribadi sebenarnya kita dapat mengetahui bahagian yang boleh dijadikan titik fokal atau ingin ditonjolkan.

Misalnya bagi yang bertudung, anda boleh menjadikan bahagian itu sebagai satu titik fokal dalam penggayaan. Cuba cari teknik gaya baharu melilit tudung atau pemilihan corak tudung yang sedikit berbeza dengan pemakaian harian anda ke tempat kerja.

👉 Mahal tidak semestinya prestij

Jika anda mempunyai mentaliti bahawa pakaian mahal mampu menonjolkan gaya yang mewah, sebenarnya perkara itu tidak tepat.

Kadang-kala dengan kreativiti anda memilih rona dan gaya yang tertentu tanpa mengeluarkan belanja yang besar, gaya anda bakal menjadi perhatian.

Contohnya, berbalik kepada panduan yang pertama, meskipun anda menggunakan pakaian sedia ada milik ibu atau nenek anda yang begitu klasik, ia mampu menonjolkan nilai prestij tersendiri.

👉 Mekap

Bagi mereka yang tidak gemar memakai mekap pada hari-hari biasa. Dicadangkan, supaya berikan sedikit kelainan pada wajah anda dengan solekan.

Tidak perlu solekan begitu tebal seperti anda bakal menghadiri sesi fotografi akhbar. Cukup sekadar oleskan warna yang bersesuaian dengan pakaian anda pada hari itu dengan cara yang bersederhana sahaja.

✨ Sebenarnya yang mahal itu ilmu, jika kita cukup ilmu sudah tentu kita akan kelihatan sentiasa cantik dan teratur ✨

Dapatkan info2 yang lebih menarik di facebok Moonlight Scarves , anda tidak akan rugi !

https://www.facebook.com/by.moonlightscarves



Sumber : https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/WM/2023/04/960180/cantik-tak-perlu-mahal

Want your business to be the top-listed Clothing Store in Melaka?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Bandaraya Melaka
Melaka