SK ABU BAKAR RASMI

SK ABU BAKAR RASMI

Share

Official Page SK Abu Bakar, Mentakab. Follow untuk info rasmi sekolah lebih lanjut 🏫

04/06/2026

Bersempena dengan Pertandingan Video TVPSS Hari Guru 2026 Peringkat Negeri Pahang, krew TVPSS kami membawakan sebuah video khas untuk menerangkan maksud di sebalik tema Hari Guru tahun ini iaitu "Guru Bitara Nadi Negara".

🎭 Info Menarik: Video ini menampilkan lakonan sepenuhnya dan hasil rakaman kreatif oleh murid-murid Kru Studio Bara TV sendiri! Dari skrip, lakonan, hinggalah suntingan, semuanya hasil kerja keras kami.

Jom tonton, beri sokongan, dan jangan lupa like, comment & share! 😉

https://youtube.com/shorts/pv5G4daOGYk?si=Rhns7PQcWb6Vg_xQ (like taw)

Photos from SK ABU BAKAR RASMI's post 04/06/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗨𝗥𝗨: 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗕𝗜𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗡𝗔𝗗𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 👩🏻‍🏫👨🏻‍🏫
(Bahagian 1)

Hari ini menjadi detik indah buat kita semua untuk berhenti sejenak dan meraikan insan-insan luar biasa yang bergelar pendidik. Majlis sambutan hari ini berjalan penuh meriah dengan pelbagai aktiviti, daripada acara rasmi yang penuh keberkatan, nyanyian lagu penghargaan, sehinggalah sukaneka yang menceriakan suasana demi menghargai pengorbanan mereka.

Momen paling bermakna adalah apabila kita dapat melihat senyuman terukir di wajah para guru semasa upacara pemotongan kek dan sesi penyampaian hadiah. Segala sorakan dan tanda ingatan yang diberikan hari ini hanyalah sebahagian kecil daripada rasa terima kasih kita yang tidak terhingga atas segala penat lelah dan kesabaran mereka dalam membimbing kita semua.

Terima kasih cikgu atas segala ilmu, kasih sayang, dan inspirasi yang mencorakkan masa depan kita. Jasa dan pengorbanan para guru akan sentiasa tersemat kemas di dalam hati sampai bila-bila. Selamat Hari Guru buat semua pendidik! ❤️

𝗞𝗥𝗨 𝗕𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗩 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 📸📽️

1) NUR FAIQAH DALYSA BINTI NOOR ADZRAAI 6N
2) NUR AIN HAZIQAH BINTI MOHD SUKRI 6M
3) AFIF ZHARFAN BIN ROSMAN 6M
4) MUHAMMAD HAZIM BIN BAHJAN 6M
5) HANNAH ANNISA' BINTI FAZLI HISYAM 5N
6) NUR'ALYA IRDHINA BINTI SYAFINDEE 5M







Telegram Rasmi PIBK:
https://t.me/+7qglYTjUuLs0MDI9

Facebook Rasmi:
https://www.facebook.com/share/16epNVDAa9/?mibextid=wwXIfr

YouTube Rasmi Bara TV:
https://youtube.com/?si=GXedb84hF5XyfT8x

Photos from SK ABU BAKAR RASMI's post 18/05/2026

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 𝗗𝗜𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡! 🏆

Satu pencapaian yang amat membanggakan! Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid hebat yang telah berjuang dan meraih kejayaan luar biasa dalam bidang sukan baru-baru ini.

Kegigihan dan semangat juang tinggi yang anda tunjukkan dalam arena 𝗿𝗮𝗴𝗯𝗶, 𝘀𝗶𝗹𝗮𝘁, 𝗯𝗮𝗱𝗺𝗶𝗻𝘁𝗼𝗻, 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗻𝗽𝗶𝗻 akhirnya membuahkan hasil yang cukup manis.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama peribadi dan keluarga, malah seluruh warga sekolah tumpang bangga melihat jalur gemilang sekolah dijulang tinggi.

Segala keringat, latihan konsisten, dan pengorbanan yang telah anda curahkan kini terbukti berbaloi. Anda semua adalah bukti nyata bahawa usaha yang tidak pernah luntur pasti akan membuahkan kemenangan.

Semoga kecemerlangan yang diraih ini tidak berhenti di sini, bahkan menjadi batu loncatan untuk anda melangkah lebih jauh ke peringkat yang lebih tinggi.

Pihak sekolah juga berharap agar kejayaan ini dapat menyalakan api semangat dan menjadi inspirasi terbaik buat murid-murid lain untuk terus berusaha menggapai impian masing-masing.

Teruskan beraksi dan teruskan membanggakan kami! Majulah sukan untuk sekolah!

Photos from SK ABU BAKAR RASMI's post 18/05/2026

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛: 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 17 🏆✨

Kebersihan adalah asas keselesaan pembelajaran. Syabas diucapkan kepada kelas-kelas yang telah dinobatkan sebagai Kelas Terbersih & Terbaik bagi Minggu 17!

Semoga pengiktirafan ini menjadi motivasi kepada murid-murid lain untuk terus menjaga kebersihan fizikal dan keceriaan kelas masing-masing. Kekalkan momentum ini demi persekitaran sekolah yang kondusif.







Telegram Rasmi PIBK:
https://t.me/+7qglYTjUuLs0MDI9

Facebook Rasmi:
https://www.facebook.com/share/16epNVDAa9/?mibextid=wwXIfr

YouTube Rasmi Bara TV:
https://youtube.com/?si=GXedb84hF5XyfT8x

Photos from SK ABU BAKAR RASMI's post 18/05/2026

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛: 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 16 🏆✨

Kebersihan adalah asas keselesaan pembelajaran. Syabas diucapkan kepada kelas-kelas yang telah dinobatkan sebagai Kelas Terbersih & Terbaik bagi Minggu 16!

Semoga pengiktirafan ini menjadi motivasi kepada murid-murid lain untuk terus menjaga kebersihan fizikal dan keceriaan kelas masing-masing. Kekalkan momentum ini demi persekitaran sekolah yang kondusif.







Telegram Rasmi PIBK:
https://t.me/+7qglYTjUuLs0MDI9

Facebook Rasmi:
https://www.facebook.com/share/16epNVDAa9/?mibextid=wwXIfr

YouTube Rasmi Bara TV:
https://youtube.com/?si=GXedb84hF5XyfT8x

Photos from SK ABU BAKAR RASMI's post 04/05/2026

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛: 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 15 🏆✨

Kebersihan adalah asas keselesaan pembelajaran. Syabas diucapkan kepada kelas-kelas yang telah dinobatkan sebagai Kelas Terbersih & Terbaik bagi Minggu 15!

Semoga pengiktirafan ini menjadi motivasi kepada murid-murid lain untuk terus menjaga kebersihan fizikal dan keceriaan kelas masing-masing. Kekalkan momentum ini demi persekitaran sekolah yang kondusif.







Telegram Rasmi PIBK:
https://t.me/+7qglYTjUuLs0MDI9

Facebook Rasmi:
https://www.facebook.com/share/16epNVDAa9/?mibextid=wwXIfr

YouTube Rasmi Bara TV:
https://youtube.com/?si=GXedb84hF5XyfT8x

Photos from SK ABU BAKAR RASMI's post 30/04/2026

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛: 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 14 🏆✨

Kebersihan adalah asas keselesaan pembelajaran. Syabas diucapkan kepada kelas-kelas yang telah dinobatkan sebagai Kelas Terbersih & Terbaik bagi Minggu 14!

Semoga pengiktirafan ini menjadi motivasi kepada murid-murid lain untuk terus menjaga kebersihan fizikal dan keceriaan kelas masing-masing. Kekalkan momentum ini demi persekitaran sekolah yang kondusif.







Telegram Rasmi PIBK:
https://t.me/+7qglYTjUuLs0MDI9

Facebook Rasmi:
https://www.facebook.com/share/16epNVDAa9/?mibextid=wwXIfr

YouTube Rasmi Bara TV:
https://youtube.com/?si=GXedb84hF5XyfT8x

Photos from SK ABU BAKAR RASMI's post 30/04/2026

𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛: 𝗡𝗔𝗜𝗕 𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗣 𝗥𝗔𝗚𝗕𝗜 𝗥𝗜𝗠𝗔𝗨 𝗠𝗦𝗦𝗗 𝗧𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗢𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟲 🥈🏉

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi sekolah yang telah mempamerkan aksi luar biasa dalam Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Temerloh 2026.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari di SK Abu Bakar (22-24 April) ini telah menjadi saksi kehebatan dan keberanian anak-anak didik kita di padang.

Beraksi dalam kategori paling kompetitif, sekolah kita berjaya melangkah jauh sehingga ke peringkat akhir. Daripada 12 pasukan terbaik daerah yang bertanding, pasukan kita telah membuktikan taring mereka dan berjaya dinobatkan sebagai 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗖𝘂𝗽, satu pencapaian yang amat membanggakan seluruh warga sekolah.

Tahniah juga kepada adik Shahmikail yang dinobatkan sebagai Pemain Harapan 2026 🌟

Setiap larian, hantaran, dan sentuhan yang dilakukan mencerminkan semangat juang yang tinggi dan disiplin yang mantap. Walaupun berdepan dengan saingan sengit, pemain kita tetap tenang dan fokus, sekali gus meletakkan nama sekolah sebaris dengan gergasi ragbi daerah Temerloh bagi tahun 2026 ini.

Jutaan terima kasih dirakamkan kepada barisan jurulatih yang tidak kenal erti lelah, serta ibu bapa yang hadir memberikan sokongan padu dari tepi padang. Sokongan moral dan doa anda semua adalah nadi kekuatan pasukan sehingga kita mampu berdiri megah di podium kemenangan pada hari ini.

Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan untuk pasukan terus terbang lebih tinggi pada masa hadapan. Teruskan usaha, kekalkan momentum, dan sentiasa bawa semangat "Rimau" dalam setiap perlawanan. Syabas buat wira-wira ragbi sekolah!

Pautan gambar penuh:

DAY 1

https://drive.google.com/drive/folders/1cZi6jvGQyHse6pZ76zsc49x5SPjLjXC1

DAY 2

https://drive.google.com/drive/folders/1IZUo3lLgJtBETFjDqRSEDjnXLYPsqeix

https://drive.google.com/drive/folders/164gEplYSWmmCvGnX_L2MVEpIFiY1CROw

DAY 3

https://drive.google.com/drive/folders/1xddm49c2B8KTooAnwzCD4LDgwHHLJbf5



Pautan video perlawanan Semi Final & Final:

Semi Final [ABS vs SK Kuala Mai]
https://youtu.be/7he97tdJ_Co?si=0ebysa5TNijGsDyS

Final [ABS vs SK Gunong Senyum]
https://youtu.be/wueuk_8e8m0?si=8QagYtDpPTcAy-oF

26/04/2026

𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗚𝗕𝗜 𝗥𝗜𝗠𝗔𝗨 𝗠𝗦𝗦𝗗 𝗧𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗢𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟲 🏈🐯

🔗 https://youtu.be/bmIId4-HQD4?si=QzPqSTmmLPX4gsD4

Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Temerloh bagi tahun 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya setelah berlangsung selama 3 hari, bermula pada 22 hingga 24 April 2026.

Penganjuran yang bertempat di SK Abu Bakar ini telah menyaksikan komitmen tinggi daripada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran setiap perlawanan sepanjang kejohanan berlangsung.

Sukan ragbi merupakan wahana yang sangat berkesan dalam membentuk jati diri dan disiplin murid. Melalui sukan ini, nilai-nilai murni seperti semangat kerja berpasukan, ketahanan mental, dan kepatuhan kepada peraturan dapat diterapkan secara langsung. Ia bukan sekadar aktiviti fizikal, malah merupakan proses pembelajaran di luar bilik darjah yang membina karakter pemimpin masa hadapan.

Penyertaan pada tahun ini amat memberangsangkan apabila sebanyak 12 pasukan dari seluruh daerah Temerloh telah menyahut cabaran untuk bertanding. Peningkatan jumlah penyertaan ini mencerminkan perkembangan positif sukan ragbi di peringkat akar umbi serta sokongan padu daripada pihak sekolah dan ibu bapa dalam menggalakkan murid menceburi sukan yang mencabar ini.

Sepanjang 3 hari kejohanan, setiap pasukan telah mempamerkan kualiti permainan yang kompetitif dan semangat kesukanan yang tinggi. Kehadiran 12 pasukan ini secara tidak langsung telah meningkatkan taraf persaingan, di mana setiap pemain berusaha memberikan persembahan terbaik demi menjaga imej dan nama baik sekolah yang diwakili.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat, para guru pembimbing, serta pegawai kejohanan yang telah menjayakan program ini. Semoga pengalaman yang diperoleh sepanjang kejohanan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan ragbi yang lebih cemerlang di daerah Temerloh pada masa hadapan.

Want your school to be the top-listed School/college in Mentakab?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

SK Abu Bakar, Jalan Siantan Mentakab
Mentakab
28400